nuffnang 3

26 August 2011

27 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Ho Ho Ho Balik Kampung, Ho Ho Ho Balik Kampung, Hati Riang

Bismillahirahmanirahim
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)




Assalamualaikum,
hari ini hatiku sungguh gumbira
kerana tgk entry pun dah tau kan...
maybe time skrg aku on the way balik
ataupun aku telah selamat sampai
dikampung halamanku yg indah dan damai.
fuhhh ayat bukan main lagi
ye lah hatiku riang tidak terkata.


Ok lah...
bagi yg balik kampung pandu berhati-hati,
bersabar dan patuhilah undang2 jalan raya.
semoga selamat sampai di kampung
halaman masing-masing.


Bagi yg belum balik kampung,
aku hadiahkan lagu Balik Kampung
oleh Allahyarham Surdiman Haji Arshad.





HO HO HO
BALIK KAMPUNG

HO HO HO
BALIK KAMPUNG

HATI RIANG


25 August 2011

26 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Tolong...Pening mau Packing Barang!




Bismillahirahmanirahim
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)


Pagi ini semangat berkobar-kobar mau balik kampung, tp satu apa pun belum packing lagiii...whuu waaaa..xtau mana satu nak packing ni. banyaknya barang nak bawa balik ni. muat ke tak nak letak dlm bonet kereta Myvi ni. Baju je rasanye dah 1 beg besar dgn 2 beg kecik. Kuih dah satu beg plastik besar. Pampers Ashraaf lagi 1 beg, susu ayuni 1 tin besar, buaian Ashraaf dan toto. mana nak campak barang2 yg banyak ni dlm RM (Red Myvi). Pandai2 my hubby masukkn & susun dlm RM nnt. w'pun keje aku packing brg je pening jugak nak pilih bj mana nak bawa ni. ye la seminggu tu kat kampung kena la angkut baju lebih 5 pasang sorang (tak termasuk bj raya tau).

Malam td slps berbuka puasa di luar (first time berbuka diluar). Berbuka kat Santai Cafe dkt Tasik Permaisuri xjauh pun dr rumah 5 minit je sbb last2 minit decide nak mkn luar jadi yg mana sempat je lahh. Buffet Ramadhan just RM 25/adult and RM 15/children. Makanan dia boleh tahan sedap jugak la...


 
Meja sebelum penuh dgn makanan
harapkan Papa je yg ambilkan


Papa pegang Ashraaf pulak
Mama nak melantak lagi huu huu


 
Selepas kenyang makan terus balik rumah. rehat2 kejap pastu ajak my hubby pergi shopping kat jalan TAR tp my hubby bw pergi downtown je (sedih jugak la xdpt pergi jln TAR)...my hubby ckp jam dan ramai sgt org kat sana. so, xnak spoilkan mood utk shopping jadi aku pun ikut je lah.

Sumber : Google

kitaorg sampai awal jugak la dlm kul 9.40 so, gerai2 byk tak buka lagi. so, tunggu jap dlm kul 10.00 br la kitaorg mulakan rondaan. Macam biasa la kena buat satu round dulu survey2 pastu br la beli. Sempat jugak singgah gerai tudung Bienda. Dia dgn husband dia ada kat situ. Aku borong tudung je mlm td 4 helai (2 utk aku, 1 utk Mak dan 1 utk anak sedara)..Oppp lupa 1 helai tudung utk Ayuni. My hubby beli songkok je...tu je yg beli tp dekat 1jam lebih kat Downtown ni. Mmg tenaga dah betul2 xde dah masa tu sampai nak jln pergi kat kete pun dah hampir nak pitam. Pagi td mmg xlalu nak bangun...sakit satu badan tp kuatkan jugak utk sahur. So, roti dgn telur je menu sahur pagi td.

Ok la...nak start packing baju & barang2 ni. masak la aku satu hari ni buat keje packing2 je...alamatnya berbuka kat luar lagi la hari ni.

24 August 2011

25 RAMADHAN 1432 HIJRAH : My Red Myvi dah Service

Bismillahirahmanirahim
(dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)

Yeahhh...my Red Myvi (RM) dah siap service semalam
hu huuu...boleh balik kampung dgn selamatnya

aku dgn hubby mmg pentingkan soal keselamatan ni
kalo nak travel jauh mesti pastikan RM dlm keadaan baik
mmg kitaorg hantar RM kat perodua service je
service ikut milage yg diberikan.

Selama 3 tahun bersama dgn RM ni
tak pernah lagi la RM ni meragam
teruk & xtentu hala...sikit2 tu ada la.



My RM sedang di service


RM dah tergantung di atas


makenik tu tgh check brek dan gear kot..


ini check minyak hitam,
air bateri kot


check apa lagi ntah
akupun xtau
hu huuu


check kat tmpt bateri lagiii


ok dah check semua...


ini check balancing tayar


dah cabut tayar depan
hu huuu


RM dah xde tayar



Perodua Service


xsabar mau pulang ke kg halamanku
Mak Abah tunggu kepulangan anakmu
hari sabtu ni anakmu sampai




Jadual perjalanan utk yg balik kampung



SUMBER : NST




"HATI-HATI JALAN RAYA,
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"



23 August 2011

Cornflakes Coklat : Kuih Raya Pertamaku



Bismillahirahmanirahim
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)



Alhamdulillah,
semalam dgn jayanya membuat kuih raya.
percubaan pertama aku sejak berkeluarga ni....
walaupun kuih simple dan senang je...
tp sgt2 puas hati tercapai hajat
nak buat kuih raya
di saat2 akhir pulan ramadan ni.



Dah xmau ckp banyak2...
bulan2 puasa ni...
tekak cepat kering...hu huuu,
...pada hal ketuk2 keyboard je....



ok ..ok...ok...
nak tayang kuih raya aku......

^

^

^

^

^


Hias dgn Coklat rice warna warni
biar nampak ceria gituuu




hmmm..yummy yummy
sambil buat sambil makan
sbb tu buat waktu mlm
mcm dlm iklan tu
"satu utk kuih satu lagi masuk mulut"





Malam td dpt 1 setengah bekas je...
dlm 50 bijik jugak laaa





Thanks to my Hubby & my Princess
tolong mama buat kuih dan tolong makan sekali
mlm ni kita buat lagi ok









WAKTU BERBUKA HARI INI
7:24 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & kws2 sewaktu dgnnya)





- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN -



24 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Series 5 - Wordless Wednesday


Bismillahirahmanirahim
(dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)




WORDLESS WEDNESDAY
^
^
^
^
^

Tema Hari Ini

- SIAKAP TIGA RASA -

^

^

^

^

^




22 August 2011

23 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Teringin Buat Kuih Rayaa

Bismillahirahmanirahim,
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)



Debaran raya kian terasa hari demi hari.
Persiapan raya masih byk yg belum buat.
Tiba2 rasa teringin nak buat kuih raya...
selalu tiap2 tahun beli je...senang,
mungkin sekarang aku dah jadi housewife
sepenuh masa jadi apa salahnya
kalo aku try buat kuih raya...



Kuih apa yg senang dan sedap ye?
Semalam google2 jumpa kuih raya
yg sgt2 menarik utk dicuba...
hmmmm kuih cornflake madu & coklat.
Jap lagi nak g barang2 buat kuih...
mlm ni percubaan pertama Qaseh
utk buat kuih raya tau...
jadi ke tak tunggu nnt akan di upload asap.



So mommies semua...jom buat kuih raya!




21 August 2011

22 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Baju Raya Purple Sedondon

Bismillahirahmanirahim,
(dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)


Lagi 9 hari lagi nak RAYAAAAAA....hu huuu huu, terlebih sudah..very d'excited nak raya...korang pun sama jugak kan kannn...

5 hari xupdate blog coz sibuk buat persiapan raya.....bukan sibuk buat kuih raya tp sibuk mencari baju raya, kasut raya, tudung raya dll untuk raya. Alhamdulillah, semalam dah beli Baju Raya.......


Shopping di Peringgit, Melaka.

Sumber: Google


Betul2 depan TESCO dan tak jauh dr Melaka Sentral, mmg tiap2 tahun kat sini lahhh kita org satu family shopping utk raya...harga dia pun berpatutan dan yg penting boleh tawar menawar lagiii...biasa la xnak over bajet kena la pandai tawar-tawar harga supaya dapat paling murah.

Baju-baju kat Peringgit ni pun mmg cantekkk dan berkualiti semua. Tahun lepas kitaorg shopping tengah2 malam tp semalam kitaorg shopping petang2, xramai sgt org tp panas sgt2 tuuu yg xtahan tekak ni mmg haus xterkata la tp nasib la iman ku masih kuat dpt bertahan sehingga berbuka. Nasib la Ashraaf dan Ayuni pun xbuat perangai sgt...Ashraaf boleh tido w'pun panas2. Dekat 2 jam jugak kat Peringgit ni...kena buat satu round dulu sambil tgk baju & survey2 harga baru boleh beli...Shopping dgn bijak!




Hasil Shoppingan
Taa daa


Baju Melayu Cekak Musang utk PAPA
Baju Melayu Johor utk ASHRAAF



Baju Kurung Pahang utk MAMA
dan jugak AYUNI.



Color purple light sedondon utk my family raya tahun ni...

Raya tahun ni balik kampungku di PERAK...












WAKTU BERBUKA HARI INI
7:25 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur dan kws2 sewaktu dgnnya)



 - SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANA DAN KETAQWAAN -

14 August 2011

TERBAIK : Final World Championship antara Dato' Lee Chong Wei vs Lin Dan


Perlawanan yang paling sengit dan penuh dramatik, setiap saat mendebarkan begitulah yg aku rasakn masa menonton secara live final Yonex BWF  World Championships 2011 di ASTRO mlm td. Bukan aku terlebih excited tp aku percaya semua rakyat Malaysia yg menonton perlawanan akhir tu pun rasai perkara yg sama.

Walaupun Dato Lee Chong Wei kalah pada musuh tradisi Lin Dan dgn keputusan Set 1: 22-20 (Lee Chong Wei menang), Set 2 : 14 : 21 (Lin Dan menang) dan Set penentuan : 21-23 Lin Dan menjuarai perlawanan dlm masa 1jam 22 minit ni.

Aku sedikit pun xrasa kecewa dgn kekalahan Lee Chong Wei kerana semangat lawan yg beliau tunjukkan amatlah TERBAIK dengan seluruh kudrat yg ada beliau seakan-akan berlawan bermati-matian utk mengalah Lin Dan. Sungguh aku terharu dgn kesungguhan beliau. Syabas kpd Dato Lee Chong Wei kerna persembahan yg cukup2 The BEST among The BEST.









13 August 2011

14 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Ku Mengharap Ramadhan Kali Ini Penuh Makna

Bismillahirahmanirahim,
(dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)




HARAPAN RAMADHAN
- MAN BAI & RAIHAN -







"Ku Mengharapakan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"













WAKTU BERBUKA HARI INI
7:27 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & Kws2 Sewaktu dengannya)





- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN -

12 August 2011

13 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Bertukar-tukar juadah berbuka dengan jiran dan Rendang Daging

Bismillahirahmanirahim
(dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)



Alhamdullilah dah masuk hari ke 13 berpuasa...xpernah tinggal lagi. Harap2 cukup la sampai sebulan mcm tahun lepas...xpayah susah2 nak ganti pose nnt.

Dah 3 hari bertukar-tukar juadah berbuka puasa dengan jiran depan rumah. Walaupun duduk kat Apartment tak semestinya xbertegur sapa dgn jiran2 kan kan... Lebih2 lagi di bulan yg mulia ni. Bila bertukar-tukar juadah ni dptlah mengeratkan lagi tali siratulrahim di antara jiran tetangga. tak kira la apa pun juadah yg penting ikhlas.

Semalam, masak rendang daging. jangan ingat time raya je ada rendang. Saja buat lebih coz nak bagi kat jiran depan rumah balas balik kiuh-miuh yg dia bagi kelmarin. Takkan nak bagi pinggan kosong kot...so, penuhkan pinggan dgn rendang daging baru kasi balik kat tuan punya.







Inilah Rendang Daging dlm pinggan jiran hu huuu
snap gambo dulu br pergi bagi kat jiran




Bahan-Bahan

1. Daging Lembu Tempatan (dihiris nipis2)
2. Minyak masak
3. cili kering (diblender)
4. 3 ulas bawang putih
5. 5 ulas bawang merah
5. 1 ulas bawang besar
7. 1/2 inci halia
8. 3 batang serai
9. 1/2 kunyit hidup
10. 1 kotak santan
11. Kerisik
12. daun limau purut
13. 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih & lawang)
14. asam keping
15. garam
16. air

Cara Masak

Blender bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, kunyit dan serai (guna 2 batang je) sehingga halus.

Panaskan minyak dan masukkan 3 sekawan. kacau dan masukkan semua bahan-bahan yang telah diblender tadi.

Tumiskan sehingga naik bau baru masukkan cili kering yang telah diblender. masukkn sedikit air dan kacau sehingga cili betul2 masak dan pecah minyak.

Masukkan daging lembu dan kacau sehingga bahan2 yg dimasak mesra dengan daging tadi. masukkan santan, asam keping dan sedikit air. biarkan 15 minit dan kacau sehingga kering sedikit.

Masukkan kerisik dan daun limau purut kacau sehingga betul mesra. masukkan sedikit garam kacau lagi biarkan 5 minit baru tutup api. 













 WAKTU BERBUKA HARI INI
7:27 MALAM
(bg Kws WP Kuala Lumpur dan kws2 sewaktu dgnnya)



- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN -


11 August 2011

12 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Siapa 'SETAN BERTOPENG' di bulan Ramadhan ?

Bismillahirahmanirahim,
(dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)


Ya Allah, SubahanAllah...........
sedih dan geram sgt dgr berita pagi ni ttg wanita yg disamun kemudian dirogol pastu simbah asid pulak. Mmg layak si penyamun dan perogol ni digelar "SETAN". inilah yg dikatakan manusia bertopengkan Setan.

^

^

^

Macam mana rupa si 'SETAN BERTOPENG' seekor ni.


^

^

^

Harian Metro


Kuala Lumpur : Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.

Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.

“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya.











WAKTU BERBUKA HARI INI
7: 28 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & kws2 sewaktu dgnnya)




- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN & KETAQWAAN -

09 August 2011

10 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Series 4 - Wordless Wednesday

Bismillahirahmanirahim,
(dgn nama Allah yg Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)


Tema Hari Ini






Di mana sahaja




tak kira TUA




tak kira MUDA




Mahupun BANGSA




Kibarkan...Kibarkan...Kibarkan





dan yang paling
PENTING!






 

 

 
WAKTU BERBUKA HARI INI
7:28 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & kws2 sewaktu dgnnya)



- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN & KETAQWAAN -


08 August 2011

Penantian 7 tahun akhirnya dikurniakan anak kembar 4

Tahniah...Tahniah...Tahniah

kpd Pasangan

Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39,

 & Hazli Zakaria, 39

kerana dikurniakan anak kembar 4


^

^

^

^

^


Murah rezeki pasangan ni
dpt anak 4 org sekaligus
yg seronoknya complete set
(2 girls & 2 boys)
so, xyah beranak lagiiii


Dr JASMINA  - Bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.

Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.

“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.

“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.








- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN & KETAQWAAN -

9 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Tepuk Amai-Amai

Bismillahirahamanirahim,
(dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Baru lepas sahur, ada mood nak update blog...hari ni nak bw Ashraaf pergi cucuk utk 3 bulan punya. Dah lewat seminggu dah. Mylittle Hero ni semakin comel & bertambah bam bam...dah semakin bijak & pandai nyanyi.....



TEPUK AMAI-AMAI,
BELALANG KUPU-KUPU,
TEPUK ASHRAAF PANDAI,
NANTI MAMA UPAH SUSU,

SUSU LEMAK MANIS,
SANTAN KELAPA MUDA,
ASHRAAF JANGAN NANGIS,
MAMA NAK BUAT KERJA,



Ooppp bukan Ashraaf yg nyanyi, Mak dia yg melalak2 tiap2 hari sambil tepuk tangan...Mesti ramai ibu2 yg selalu nyanyi lagu ni utk anak2 kecil diaorg kan...lagu terun temurun dr zaman tok nenek kita lagi kan kan..


Huu huuu, layan la gambar Ashraaf dlm Play Pen. Kesian Ashraaf, main sorang2...Mama dia sibuk bereskan kerja2 umah.




Pandang camera pulak...
he hee mama snap2 gambar.




Ashraaf tgh tgk Bintang yg tergantung2 tu
tapi nak pegang tgn xsampai...



Opp salah snap laa..xnampak muka
Tak abis tgk bintang tu je.




Ashraaf bukan main geram tgk Bintang tu
Kaki tangan mengedik2 nak capai Bintang


07 August 2011

8 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Ihya' Ramadhan

Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum,
Ihya' Ramadhan Ya Ramadhan





3 Martabat Orang Yang Berpuasa


1. Puasa Umum
    - Sekadar menahan diri dari tidak makan dan minum tanpa menjaga adab-adab berpuasa
      

2. Puasa Khusus
    - Puasa yang berusaha menahan diri & pancaindera daripada melakukan dosa


3. Puasa Khusus Bil Khusus
    - Menahan diri dari makan dan minum, menjaga pancaindera & adab-adab berpuasa serta memelihara hati daripada lalai mengingati ALLAH.


*** harap2 kita berada dlm golongan yg ketiga***


 

WAKTU BERBUKA HARI INI
7:29 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & kws2 sewaktu dgnnya)



 
- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAQWAAN -


06 August 2011

7 RAMADHAN 1432 HIJRAH : PadaMU Ku Bersujud


- Hayatilah dgn penuh keinsafan -



PADAMU KU BERSUJUD
-(AFGAN)-


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama MU
YA ALLAH

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba MU yang selalu bertaqwa

Ampuniku YA ALLAH
Yang sering melupakan MU
Saat Kau limpahkan kurnia MU
Dalam sunyi aku bersujud




WAKTU BERBUKA HARI INI
7:29 MALAM
(bg kws2 WP Kuala Lumpur & kws2 sewaktu dgnnya)


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN & KETAQWAAAN

05 August 2011

6 RAMADHAN 1432 HIJRAH : Juadah Berbuka Satu Malaysia

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia....

Hari ini sesudah subuh, terus balik Melaka...Pelannya nak berbuka puasa bersama-sama dgn Ayah mertua & ibu mertua.  Ada juga pelan nak pergi jamu mata di Peringgit. Kalo ada yg berkenan baru beli.

Pagi ni bersahur dgn juadah berbuka puasa malam tadi je...Panaskan je lauk2 tuuu. semua juadah ala2 makanan Satu Malaysia gitu.




Sambal Tempe Ikan Bilis
Sinonim dgn masyarakat Jawa Melayu




Kari Ikan dgn Bendi
Tentunya masakan ini dekat dgn org India





Sayur Campur
Org Cina kan suka mkn sayur2 ni.



TERBAIKKK....
inilah untungnya hidup dlm negara yg berbilang Bangsa ni.
dapat merasai makanan yg pelbagai citarasa ni...kan kann.





WAKTU BERBUKA HARI INI
7:29 MALAM
(bg kws WP Kuala Lumpur & Kws2 yg sewaktu dgnnya)



- SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN & KETAQWAAN -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...