nuffnang 3

30 December 2009

take over new job

dah dekat 2 minggu aku xdpt update dlm blog ni
minta maaf sgt2, last week aku mmg betul2 busy.

Firstly, busy dgn keje...............
keje yg sedia ada bertambah2...tu tup aku kena take over kerja finance pulak...
boleh ke aku handle dua tugas ni....mmg risau tp aku mesti try
rasanye tak la teruk sgt keje finance ni....jg duit je kan
tp aku gembira jugak coz bos bagi kepercayaan kat aku utk pegang kewangan ni....bukan ape besar tanggungjawab tau dan kena amanah...hope2 aku boleh lakukan yg terbaik nanti.

Secondly, busy dgn kenduri adik ipar.
25 & 26 hb lepas, aku sibuk dgn kenduri adik ipar aku kat melaka. ye la sebagai kakak ipar mesti la tolong apa2 yg patut kan. 3 hari 3 mlm mmg sibuk buatkan persiapan kenduri kat umah nenek husband kat melaka.
ye la kalo boleh semuanya nak majlis berjalan dgn lancar. tapi best la...coz semua adik beradik husband yg seramai 15 org (termasuk 4 org adik tiri) berkampung kat Melaka. heeee...riuh rendah gak la....mcm2 gelagat gak.sorry la tak dpt nak upload gambr kat sini...pada adik ipar aku Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga berkekalan ke akhir hayat....

Lagi 2 hari masuk tahun 2010.....Azam Baru? Mcm mana dgn korang semua dah buat azam tuk 2010 nanti.
mari la kita sama2 buat azam yg baru tuk tahun 2010 atau nak sambung azam yg lepas pun leh gak.

16 December 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah


SALAM MA'AL HIJRAH 1431

Kepada semua diucapkan selamat menyambut kedatangan Maal Hijrah atau lebih dikenali dengan Awal Muharam. Apa itu Awal Muharam? Click Here

Marilah kita bersama-sama menadah tangan, memohon kehadrat Illahi agar tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Doa Awal Tahun ini seeloknya dibaca selepas solat Maghrib.





Hayatilah dan mari kita nyanyikan lagu Maal Hijrah ini untuk semangat tahun baru

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi & Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah


Atas keyakinan & Keimanan yang Teguh
Kaum Muhajirin & Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta & Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah itu Pengorbanan
Hijrah itu Perjuangan
Hijrah itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


Oleh itu, Mari Semua Kita Sambut Ma'al Hijrah
Naikkan Semangat, Tegakkan Syiar Islam untuk Sepanjang Zaman.

11 December 2009

Tragedi yg Menginsafkan

Apa Nak Dikata...: Tragedi Nikah Empat Jam...Memang menyedihkan..........masa aku melihat berita di TV3, berita pasal tragedi ni....Kesian, tu je yg terpacul dr mulut aku. bayangkan lah perasaan keluarga arwah.........mmg tak dpt diungkapkan dgn kata kesedihan yg mereka tanggung.

Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah, Sesungguhnya Dari ALLAH kita Datang Kpd ALLAH juga Kita akan Kembali.
Apa yg penting.....Berserah dan Bertawakal kpd yg Maha Esa.....Dia lebih Mengetahui Segalanya........Mungkin ada Hikmah di sebaliknya....Jadikanlah Pengajaran yg menginsafkan kita semua.....



10 December 2009

KECIL-KECIL CILI API

Kali ni nak cerita tentang Idola Bintang Kecil Musim Ke-2 TV9



You all ada tengok tak.....rancangan ni memang bagus sgt...coz dpt cungkil bakat2 kecil yang terpendam..
Ayuni pun suka sgt tgk....siap ikut menari sekali sekali kalo tgk rancangan ni.......comel sgt bila tgk ayuni goyangkan kaki, punggung dia.....rasa terhibur dgn keletah dia...

tp yang pasti idola kecil kali ni mmg best coz semua pesertanya berbakat besar....semua leh nyanyi dengan baik sekali....mcm orang selalu ckp "Kecil2 Cili Api".

dlm byk2 peserta, tiga peserta kecil ini yang paling aku suka sekali....kira-kiranya menjadi pilihan laa...

first, this boy AZAM

cute sgt, nyanyian di sgt mengasyikan sbb dia nyanyi dgn penuh perasaan 

Second, the Little AIN



suara yg mmg mantap, persembahan yg bertenaga setiap minggu

third, very sweet INAZ
 
ada pakej yang menarik n suara serak-serak basah yang sedap

sesiapa yg ada tonton rancangan ini, apa komen anda ttg peserta-peserta ini?


30 November 2009

Ingat sampai MATI

Tanggal 28 oktober 2009 bersamaan 11 zulhijrah 1430 hijrah
sekitar pukul 10.40 pagi, hari yang cerah dan tenang
bertempat di halaman rumah abang ipar aku di Alor Gajah,

Aku, husband(papa), Ayuni dan adik ipar (amey)...sedang bersiap-siap utk pergi beraya ke rumah saudara aku di air keroh, pada waktu tu aku mendukung Ayuni keluar rumah & terus letakkan dia dlm kereta Myvi (kat sit driver), hidupkan enjin dan terus tutup pintu sbb takut ayuni jatuh pulak. pd ketika tu gak papa & amey tgh sibuk masukkan beg dlm bonet kereta..aku pun sibuk tgk diaorg masukkan beg. pas papa tutup pintu bonet belakang aku pun terus nak buka pintu belakang sebelah driver tp xleh buka..masa tu gak amey buka pintu driver tmpt ayuni duduk tp xleh gak. cermin pulak semua dinaikkan...aircond xbukak.masa tu je satu degupan kencang aku rasa di dada...otak pun bertindak balas..."Ayuni terkunci dlm kereta". 

ketika tu perasaan cemas yg amat sgt...papa n amey pun nmpk cemas gak. Ayuni masa tu dok main2 kat stereng kereta. papa cuba bertenang dan terus minta ayuni tekan button turunkan cermin tp ayuni xdpt buat...aku pun ckp perkara yang sama kat ayuni...malangnya ayuni xleh buat gak....masa tu aku sgt panik....papa n amey tgh cari jln utk bukakan pintu kereta...diaorg try buka bonet dpn kereta tp xleh bukak pun...amey terus telipon uzair (adik ipar) di belajar automotif so tau pasal kereta. Jadi, papa pun tanya mcm ne cara nak buka kereta yg terkunci so papa pun ikut yg uzair ckp. papa kopek getah yg melekat kat cermin pd pintu driver kereta...pas tu ambik besi yang ada kat situ terus jolok ke lubang cermin utk tarik log pintu kereta tu tp xleh gak...ms tu aku berusaha gak ckp kat ayuni spy tekan button utk turunkan cermin.

sudah hampir 15 minit dah papa & amey berusaha tp xberjaya. ayuni pun nmpk mcm cemas je tp dia xnangis pun. aku mmg tgk ayuni je kat dlm tu dia main2 brg2 yg ada dlm kereta tu.so aku kurang sikit rasa cemas....tgk ayuni ok kat dlm tu...sambil ayuni main2 dia buka kipas kereta tp xtekan aircond....papa pun nmpk lega sekurang2 ada angin masuk dlm kereta tu..papa tahan budak yang bawa motor lalu dpn umah nak pinjam motor g tgk bengkel kereta yang buka kat tmn tu..tp org bengkel kereta tu kata dia tak leh buat....masa tu papa geram sgt kat org tu...pas tu papa minta tlg jiran kat sebelah..kalo ada yang pandai tlg buat.at the time, aku tgk ayuni dah berpeluh2...aku pun terus jerit kat papa yang tgh ckp dgn jiran  "Papa cepatla, ayuni dah berpeluh". aku semakin risau masa tu....aku ckp kat papa pecah je la cermin kereta....tp papa kata tunggu dulu....dia minta pinjamkan kereta kakak jiran sebelah tu. papa minta amey bw kereta g cari org kat workshop yang leh bukakkan pintu kereta.masa tu dah ramai jiran yang dtg tengok....ayuni yg kat dlm tu dah mcm takut ngok org ramai2 kat luar kereta. tp ayuni xnangis pun...dia ke depan ke belakang kereta.

masa tu dah hampir setengah jam ayuni kat dlm kereta tu....aku & papa masa berusaha ckp dgn ayuni supaya tekan button turunkan cermin tp ayuni mcm dah malas nak buat. masa tu aku dah nak nangis coz usaha kitaorg x berjaya...ayuni nmpk aku nangis masa tu jadi dia pun terus nangis...lagi la sayu hati aku masa tu...xdpt nak peluk dia...tenteramkan dia. sekali lagi aku ckp kat papa pecahkan cermin, ayuni dah nangis. tp papa kata tunggu amey balik..kalo xde org yg leh buka gak baru papa pecahkan cermin. aku xtau mcm ne dah....tp ayuni xnangis lama...kejap je. aku still tgk apa yg ayuni buat kat dlm kereta tu.....

sudah 45minit berlalu ayuni still dlm kereta....5 minit kemudian aku & papa tarik nafas lega nmpk amey bw seorg cina dr workshop yg dia cari...org cina tu pun terus tolong dgn guna sebatang pembaris besi yg panjang masukkan melalui celah pintu kereta utk tekan button cermin....dlm masa 7 minit je cermin kereta berjaya di turunkan. amey terus bukak pintu n ambik ayuni......masa tu aku amat2 la lega....papa dokong ayuni...aku cepat2 ambik air mineral bagi ayuni minum byk2....aku peluk ayuni erat2...cium byk2....masa tu papa ckp pas ni "Ingat Sampai Mati" mendalam sgt maksudnya..tp papa xmarahkan mama pun walhal mmg mama yg salah. Pesanan papa tu...mama akan ingat sampai mati.


Dlm kereta inilah Ayuni terperangkap hampir satu jam


Maafkan Mama.......Papa. Maafkan Mama.......Ayuni, Mama yg lalai smpai jadi mcm ni...mama terlalu leka
Mama sayang Ayuni...sayang sangat-sangat.

Terima Kasih kpd semua yg membantu.....terima kasih byk2..
Semoga Tuhan dpt membalas jasa baik kamu semua

25 November 2009

Balik Kampung




Habis keje petang ni terus balik kampung.......
balik Melaka je...kampung sebelah suami......
so, xde la excited sgt.......tp dah lama jugak tak balik Melaka.
Raya puasa hari tu balik Perak....

Harap2 lebuhraya ke selatan xjam la.....
Harap2 dapat sampai dgn selamatnya...
 
Pesanan ikhlas kpd semua, yang akan memandu balik kampung

"Pandu Cermat,Jiwa Selamat"
"Ingatlah Orang yang Tersayang"




20 November 2009

Jungle Trekking

Letih...letih...letih....x hilang lagi...wpun dah 3 hari balik dr kursus.
tu la masa kursus xingat bukan main ligat lagi....
seronok sakan sgt smpai tak ingat dunia.
ye la mana tak nye......bukan selalu dpt g seronok2 mcm ni,
tu pun rasa tak cukup lagi
he he...3 hari je kursus kat Cope Adventure bukit Ampang (Isnin-Rabu)


                 posing kat pintu masuk kem site

Bukit Ampang atau ada juga yg panggil Bukit Langat
sebab di tengah2 sempadan antara dua daerah ni.

                              jom kita ngok map



kat bkt ni ada menara tinjau,
mlm2 mesti ramai org coz dr atas menara
kita dpt tgk pemandangan satu bandar KL
dengan panorama yang sgt cantik

kem tmpt kita orang kursus ni kat bwh je.
tapi kem site ni memang class.
kita org semua kena tidur dalam khemah...
bkn khemah yg selalu kita g camping tu.
khemah ni class tau siap ada aircond, kipas n lampu lagi.
tak caya tgk gambar kat bwh ni...




 

see....kan dah ckp, class tau....dalam khemah tu mmg luas giler
siap ada katil lagi...satu khemah utk 6 org je...sangat la selesa.

aktiviti outdoor sgt menyeronokkan dan paling kelakar...
antara aktiviti yg kita org buat spt:-

Senamrobik
kita org kena buat tarian bangla, bayangkanlah
badan n pinggang yang dah keras ni nak menari dah jadi mcm robot je
tau jelah kan lagu bangla kan kena gelek2 n lompat2
rasa nak tercabut jugak pinggang, sengal semua otot yang dah liat ni.

Toxic Waste
permainan dlm group...setiap group kena alihkan tong toxic (bola tenis)
ke tmpt khas utk pelupusan (berada ditengah) bola tenis tu
xboleh dipegang dgn tangan kena guna hujung tali yang disediakan saja....
benda kat tgh2 tu xleh jatuh..nanti meletup.
mula2 pening gak kepala nak fikir..


                   
tp akhirnya...semua group dpt buat dgn sekali percubaan sahaja........
so, A moral of the story
Apa yang penting...............KERJASAMA.

Jungle Trekking 
aktiviti yg paling aku tunggu2 ms kursus...
coz dah lama tak buat aktiviti lasak
masa belajar dulu ada gak terlibat dgn aktiviti mcm ni.....
tp pas kerja n kahwin....xde masa nak buat.....so, bila ada aktiviti ni..
hati tersgt la suka...coz that my change utk
lepaskan gian yg dah lama terpendam ni.


bila ingat balik ni kali yang ke 4 aku buat jungle trekking ni.
Jungle trekking yg kita org buat 1km gak....kita org start kul 4.30 pm
permulaannya biasa je...coz dah ada trek...so ikut je laluan itu,
tp lepas kita org kena redah anak sungai dlm hutan tu...br cabaran bermula
mmg abis seluar basah n kasut masuk air...anak sungai tu berliku2 jugak
byk batu2 besar yg licin...masa tu mmg kena hati2 takut tergelincir.
pas dah redah sungai n pokok yang tumbang kita org kena mendaki
cerun2 yang curam n licin....masa tu tak sempat nak pandang2 keliling
byk tengok jalan yang nak kena daki tu je...risau sgt terjatuh...
bila sampai kat satu check point br kita org rehat kejap.
masa tu dah mencurah2 peluh keluar....tp masih leh tahan lagi.



                       









masa rehat koordinator cope adv. buat demontrasi
mcm mana nak buat khemah drpd daun2 pokok
yg ada disekitar tmpt tu, mcm ne nak hidupkan api
n yg paling seronok cara nak dpt air dari sebatang pokok.
masa tu xlepaskan peluang utk rasa air yg keluar dr batang pokok tu..
rasanye mcm air mineral je..xde rasa n warna...sejuk je airnye
sebenarnya semua demontrasi tu......
tip2 utk sapa2 yg mungkin sesat kat hutan nanti..
koordinator tu bagi tau kalo sesat cara2 tu boleh digunakan
coz kita boleh bertahan dlmhutan hampir seminggu.
tp mental n fizikal kena kuat gak.....
selepas demontrasi kita org bergerak untuk meneruskan perjalanan.
masing2 dah lepaskan lelah seketika jadi ada tenaga lagi utk terus mendaki...
tp baru setengah jalan semuanya mcm dah pancit termasuk aku sendiri......
masa tu masing2 slow je..semua dah lemah longlai..
tp bila dah dekat nak sampai masing2 buka langkah pjg2 utk cepat smpai...
bila smpai je masing2 mendptkan air 100plus yg tlh tersedia utk kami semua...
kelakar sgt masa tu...... berebut2 minum air dah mcm apa ntah.
kami smpai dlm kul 6.30pm dah...hampir 2 jam jugak jungle trekking tu.

aku bukan main seronok lagi..coz mesti dah 1kg lemak yg dah terbakar..
so dpt kurangkan berat badan. tp berangan je lah...
mkn mlm tu sgt2 la menyelerakan......mcm2 ada sate, ayam panggang,
ikan bakar, nasi grg, bebola bakar...
mmg aku hentam abis penuh meja gak masa tu..
sate je berbatang2, ayam panggang 2 ketul, ikan bakar sekor
n last aku bantai nasi goreng sepinggan...
kurang 1kg tambah 2kg ..heee.hee. kalo mcm ni hari2 memang leh gemuk..

3hari 2mlm kursus akhirnya berjaya dihabiskan,
byk input yang kitaorg dpt....
so kena lah aplikasikan dlm persekitaran kerja.....
semua dah termotivasi (tp xtaulah berapa lama?)
inilah yg hari2 kitaorg laungkan.......masa kursus


                      i'm the best
                   you're the best
                   we're the best
              takbir.....Allahuakbar


further information about cope adventure
layarilah  www.copeadventure.com.my





12 November 2009

Lebih Dulu Makan Garam

Nasihat orang-orang tua nie...sebenarnya penting dan kdg2 betul
kerna mereka lebih dulu mkn garam daripada kita.
that mean mereka lebih byk lalui mcm2 pengalaman hidup
jadi mereka lebih arif dalam warna-warni dan corak-corit kehidupan ini
sayang kalo kita tak dengar dan ikut nasihat daripada mereka
lebih2 lagi daripada kedua-dua org tua kita.......
selagi mereka masih ada sentiasalah dengar dan minta pendapat dan pendangan drpd mereka yang sudah tentunya amat-amat berguna.
walaupun kita ni belajar tinggi-tinggi smpai u, ada degree, ada master
tp xsama dengan pengalaman yg mereka ada jauh beza sgt
w'pun kdg2 cara mereka fikir dah ketinggalan zaman
tapi cobalah kita lihat kebaikannya

27 October 2009

Khas untuk Wanita


















Wanita.....
Dirimu diibaratkan seperti sekuntum bunga,
Cantik, Menawan dan Harum Baunya.......
Cantikmu Memukau mata si kumbang,
Menawan memikat hati si kumbang,
Harum baumu mengetarkan naluri si kumbang ,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...