nuffnang 3

27 September 2012

Musim cirit-birit




ASSALAMUALAIKUM....


Salam Jumaat Mubaraka....


Mylittle Hero dah kena cirit-birit sudah 3hari. Disebabkan Mama dia busy dengan final exam jadi baru semalam bawa Ashraaf pergi klinik. Masa tengah tunggu giliran, tiba2 Ashraaf boleh tercirit sampai meleleh keluar dr pampers habis seluar, kasut dia terkena hu huu...yang membuatkan aku panik sekejap sbb terkena sofa dan lantai klinik juga. berlari aku angkat Ashraaf bawa pergi tandas. lepas siapkan Ashraaf barulah aku bersihkan sofa & lantai mmg malu tapi takkan nak biarkan dengan muka yg tak bersalah pulak kan.


Nasib baik 10minit lepas tu Doktor pun panggil nama Ashraaf. macam biasa la kan Doktor tanya sakit apa? aku pun bagi tau Ashraaf kena cirit birit. muntah ada sekali masa hari pertama kena cirit pastu tak de dah, demam pun takde. pastu Doktor just cakap sekarang musim cirit birit sebab ramai jugak bebudak yang kena cirit birit. terlopong aku sekejap sbb inilah pertama kali aku dengar ada musim cirit-birit yang aku tahu musim demam, batuk tu je. Jadi, Doktor hanyabagi ubat angin, sakit perut/muntah dan krim buntut je.


Bila aku buat status kat FB tentang musim cirit birit ini, ramai juga kawan-kawan yang memberikan komen.




Muntah dengan cirit-birit selalunya berkaitan, biasanya simptom orang yang terkena keracunan makanan. mula-mula mmg aku pun fikir Ashraaf keracunan makanan sebab balik kampung hari tu ada beli makanan kat pasar malam. Risau sangat2 tapi bila Doktor ckp Musim cirit-birit lega la sikit.




Tapi bila ada kawan yang bg tahu tempat dia ramai sgt yang kena cirit birit aku jadi risau semula yelah kalo betulah cirit birit berpunca daripada air paip yang kita gunakan mestilah kita risau sebab air paip adalah sumber utama kehidupan kita seharian. Baik dari minum, mandi, membasuh, memasak dan sebagainya memerlukan air. Walaupun air paip tu kita masak dulu sebelum minum tapi aku was-was juga sbb ini soal kesihatan kalo sakit nanti kan susah.


Rakan-rakan Blogger semua macam mana tempat tinggal korang adakah terkena musim cirit birit juga. kongsikan dengan saya di sini. 




26 September 2012

Bergelar "Juruestetik"




ASSALAMULAIKUM....




Alhamdulillah...Final exam selesai semalam
Kini aku bergelar JURUESTETIK 
secara tak rasminya




Hampir setahun berhempas pulas belajar
perkara baru dengan pelbagai dugaan & ujian
 yang ada ketikanya membuatkan aku patah semangat
tetapi dengan kesabaran & sokongan suami tercinta
aku dapat teruskan jua sehingga tamat


Syukur Alhamdulillah
Hari ini aku mampu menarik nafas lega
kerana hasil usaha aku selama ini
membuahkan hasil demi masa depan
walaupun aku juga bergelar surirumah tangga sepenuh masa


buat masa ini ingin merehatkan diri dulu
setelah bergelut dgn peperiksaan akhir yg menyakitkan kepala
barulah aku memikirkan perancangan selepas ini
bila tiba masanya akan aku kongsikan dgn semua


 



19 September 2012

Kau Yang Terindah Akhir



ASSALAMULAIKUM....





Kau Yang Terindah 
di dalam Hidupku
Hanya CintaMu 
Mekar Selamanya
Tak ingin Ku lagi
Mencintai yang lain
Kau telah mengikatku 
Selamanya....




Drama "Kau Yang Terindah"  
episod akhir hari ini
Tak sabar nak tengok
mmg best cerita ini 


Apa kesudahannya?

?
?
?

Adakah Cinta Alisya dan Firman akan bersatu kembali? 
Adakah Syamil akan melepaskan Alisya?
Adakah Hafiz akan pulih dan ingat kembali?
Adakah Munirah akan diterima dalam keluarga Hafiz?

?
?
?
?
?

Adakah semua persoalan ini akan terjawab hari ini?


 




18 September 2012

Mak dengan anak suka MELARAM!



ASSALAMUALAIKUM....




Alkisah 2 beranak yang suka melaram...

MELARAM....tu apa?

Melaram tu samalah dengan suka bergaya + pakai cantik + bersolek + gedik hu huu



Inilah gambar Mak dan Anak yang suka MELARAM tu
Layanzzzz


 Ready for Open House
mestilah Melaram dulu 
depan cermin pun jadi


 Siapa yang comel?
Mak ke Anak?
Jawap jangan tak jawap hu huu
 

 Kalau bergambar je wajib ada
posing "peace" kan kan


 Aksi yang lebih cute
Mak dan anaknya
 

 Sopan gitu huuu
Bini siapa lah ni?



Bak kata pepatah 
"ke manalah tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi"


Ayuni mmg pantang tengok aku bersolek
mesti dia pun sibuk minta disolekkn
kdg2 dia curi2 pakai lipstik dgn blusher sendiri
mmg habis la barang2 make up aku dia guna
kdg2 naik jugak angin puting beliung aku
tp kdg2 kelakar pun ada 




 
 

13 September 2012

Simpan Duit Raya



ASSALAMUALAIKUM...
27 Syawal 1433 Hijrah




Duit Raya Ashraaf & Ayuni sudah selamat disimpan 
dalam akaun Amanah Saham Didik (ASD)
akaun ASD Ashraaf aku buka sejak umur dia 6bulan lagi. 
Nak tau apa tu ASD dan kelebihan sila tengok SINI.



Alhamdulillah rezeki Ashraaf dan Ayuni
banyak jugak duit raya yang diaorg dapat tahun ini
hampir RM100 lebih sorang 
Jadi wajiblah dimasukkan cepat di dalam bank
sebelum terjadinya kejadian dimana mak bapaknya pinjam duit raya anak2 dulu utk bayar bil2 bulan ini almaklum lepas raya duit tak cukup hu huuu


Sekali dengan duit tabung diaorg aku masukkan dlm ASD
letih menjinjing beg berisi duit syiling yg banyak
rasa mcm nak tercabut tangan
 tapi akhirnya rasa lega kerana duit2 anak2 selamat dlm bank


Tahun lepas ASD bg dividen sebanyak RM6.60/sen
harap2 tahun ini naik la sikit hu huu


Aku masih memikirkan utk buka akuan SSPN anak2
yelah untuk masa depan pelajaran diaorg 
tapi aku rasa buat masa ini biarlah akaun ASD dulu
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti
bolehlah buka akaun SSPN

 
 





09 September 2012

Suspect Tibi



ASSALAMULAIKUM...
23 Syawal 1433 Hijrah




Semua orang masih berseronok & bergembira beraya di kampung 
aku pula beraya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)



Inilah raya paling sedih seumur hidupku
menjadi tetamu tak diundang di ward 6E PPUKM
selama 5hari 5malam hu huuu


Tapi alangkah terkejut bila Doktor ckp yang aku disyaki mengidap penyakit Batuk Kering @ Tibi ( (Tuberkulosis). Penyakit ini disebabkan jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.


Ini semua gara-gara kebanyakan tanda-tanda penyakit ini terdapat pada aku. Simptom-simpton penyakit Tibi :- 

  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.
Cuma aku tidak mengalami batuk berdarah dan berpeluh pada waktu malam. Tanda yang paling ketara pada aku iaitu batuk berkahak yang sangat banyak, sakit dada yang teramat sangat dan paling serius berat badan aku susut lebih kurang 5kg dlm masa 2 minggu. 


Malam pertama di ward memang aku tak dapat tidur sedih tau kena tinggal sorang2 di hospital. Paling sedih kena berjauhan dari mylittle Hero, mengalir juga airmata terkenangkan Ashraaf kat rumah dengan my hubby. Doktor nasihatkan aku daripada BF Ashraaf sebab takut berjangkit pulak kat Ashraaf. Tapi aku ckp kat Doktor yang Ashraaf tak minum susu lain. Then, Doktor tak bagi aku direct BF kat so aku terpaksa perah susu utk bekalan Ashraaf di rumah.


Selama 5hari kat ward tiap-tiap hari darah aku kena ambil, serius setiap kali jarum nak ditusuk masuk itulah saat paling nyeri buatku. Hampir 7 botol air yang dimasukkan di dalam badan aku hu huu yang mana membuatkan aku terlantar di katil shj. Bosan sangat bosan mmg di tahap maksima kena tahan lama-lama di ward. 

Alhamdulillah, kini aku kembali sihat dan syukur kepada Allah kena aku tidak menghidap penyakit Tibi ini. Serik dengan apa yang berlaku, aku tekad untuk menjaga kesihatan aku sebaik mungkin InsyaAllah.

 

06 September 2012

Raya di Kampung Halamanku



ASSALAMULAIKUM
20 Syawal 1433 Hijrah



Sambung cerita pasal beraya, 

Raya ke 2 - Pulang beraya ke kampung kome la pulak di Kampung Gajah, Perak. Nasib baik jalan tak jam teruk cuma kereta je banyak mungkin masih ada yang baru balik kampung. Pukul di 9.00mlm baru sampai rumah Mak Abah. Sebab kita orang singgah tengok rumah dulu di KL yelah nak tinggal rumah lama-lama mmg risau sbb time2 macam ni lah si melaun2 tu nak buat projek.


Raya ke 3 - Beraya ke rumah sanak saudara di kampung bersama-sama dengan keluarga kakak aku yg sanggup tunggu kepulangan kami sekeluarga. 

Satu-satunya Kakak aku bersama suami dan anak-anaknya

 Setiap tahun seperti biasa kita orang akan beraya kerumah Tok Su (adik pd arwah nenek sebelah Mak) yang tinggal di kampung berdekatan, pastu rumah Pak long (anak Tok Su), kemudian ke rumah Mak Ngah ada buat kenduri arwah, sambung raya kerumah Pak Lang (abang Mak), Long Minah (sepupu Abah) dan rumah terakhir mestinya rumah Bang Long (abang yg sulung). Satu hari harung sekaligus pusing hampir 2, 3 kampung jugak lah hu huuu. tapi sedih sebab sedikit ketupat rendang pun tak kelihatan hanya tinggal baki-baki kuih raya yg jadi hidangan. 


Raya ke 4 - Berehat di rumah sebab dada aku semakin sakit sangat2. Nak baring tak boleh nak duduk pun tak boleh rasa dada sempit sangat2 nak bernafas pun susah. Bila batuk lagilah bertambah sakit sgt2 jadi ajak suami pergi klinik yang berdekatan. Nasib baik ada satu je klinik yang buka tapi punyalah ramai orang. Setengah jam menunggu giliran barulah nama dipanggil. Doktor check paru-paru, di cakap banyak kahak dan mungkin ada jangkitan dan macam ada penat sikit. terus dia bagi nebulizer (gas) hampir 10minit, bagi ubat antibotik, penat dan ubat batuk. Doktor ckp kalo tak ok jugak doktor suruh rujuk ke hospital terus. 


Raya ke 5 - Masih dirumah Mak Abah, masih sakit, hanya terbaring dalam bilik. Sudah tak tahan menanggung sakit akhirnya aku ajak suami balik ke KL petang tu jugak. hu huuu tak dapat beraya dengan gembiranya.


Raya ke 6 - beraya dihospital (sambung cerita di entry seterusnya)


05 September 2012

Cerita Raya di Masjid Tanah


ASSALAMULAIKUM....

19 Syawal 1433hijrah



Baru ada masa nak update cerita tentang raya kami sekeluarga
harap2 taklah terlambatkan sebab 
 RAYA KAN SEBULAN!.

^

^

^

^

^

27 Ramadhan (16 Ogos)
- bertolak ke kampung halaman Suamiku di Masjid Tanah, Melaka pada petang tu. Memang rancang balik awal sebab takut lebuhraya jam hu huuu.
- (16 Ogos) merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran aku yang ke -28 tahun. (sudah 3 tahun berturut-turut sambut harijadi di dlm bulan puasa syukur Alhamdulillah).


28 Ramadhan (17 Ogos)
- kitaorang buat dodol & anyam ketupat kat rumah nenek suamiku bersama-sama dengan sanak-saudara yang lain. 

 
29 Ramadhan ( 18 Ogos)
- Sehari aku sibuk didapur mertua untuk persiapan buat rendang dari tengahari sampai ke malam hu huu.. letih sangat. Tapi semangat nak raya pun pasal gagahkan memasak rendang ayam dengan rendang daging rusa berempah kul 10.00mlm baru siap tau pastu terus tidur. 





 1 Syawal 1433 Hijrah

Sebahagian daripada anak, menantu dan cucu Abdullah (keluarga Suamiku)
Bergambar setelah salam bersalam dan berpelukan meminta maaf salah dan silap.

 Habis sesi bergambar, kami pun beramai-ramai keluar beraya, rumah pertama yang dikunjungi wajiblah rumah nenek dulu. Pak-pak saudara dan sepupu sepapat suami pun ada di sana. macam biasa bersalam-salaman dan makan-makan. Sambung beraya ke rumah nenek dan saudara-saudara lain yang berdekatan jalan kaki je tau. 5 buah rumah jugak yang kami kunjungi sampai ke petang hu huu...kenyang, letih, mengantuk semuanya ada.
 

sempat bergambar di rumah nenek
Sedondon hijau pucuk pisang tema raya tahun ini
(time ni Ashraaf dah tidur, Ayuni tengah main dgn sepupunya)


 

04 September 2012

ke mana menghilang!




Assalamualaikum...



Selama 3 minggu tuan rumah menghilangkan diri


ke mana? 


mesti semua kawan2 blogger tertanya kan kan.





Jawapannya


Raya kan sebulan hu huu

banyak alkisah raya tahun ini tak update lagi

InsyaAllah untuk tatapan kawan2 semua

akan dikongsi suka dan duka rayaku tahun ini


1. Beraya di Melaka
2. Beraya di Perak
3. Beraya di Hospital






# Berada di rumah ditemani oleh mylittle Hero yang tersayang. Apa nak buat hari ini?

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...