nuffnang 3

10 December 2013

Buku Sekolah Darjah satu



Minggu ini dan minggu seterusnya sangat busy dengan persiapan untuk persekolahan sekolah anak. Banyak persiapan yg harus dilakukan maklumlah anak pertama (Ayuni) yang masuk ke Sekolah Rendah means Darjah satu tahun depan.

Hari Isnin lepas baru berkesempatan ke Sekolah Rendah hanya 200meter dari rumah...Alhamdulillah Ayuni dapat Sekolah yang dekat dengan rumah. Bertemankan dengan seorang jiran yang juga anak dia darjah satu tahun depan (kawan tadika Ayuni) tapi Jiran dah ada pengalaman dah 3orang anak dia yang sekolah. yang akan masuk darjah satu ni yang bongsu sekali. 



Inilah Kedai Buku Sekolah Rendah. Siap berpagar & bermangga lagi, mungkin untuk tujuan keselamatan. Nasib baik lah pergi dengan Jiran jadi, memang follow dia je. Dia cakap ambil list buku-buku untuk darjah satu dulu kita tengok dulu tanda yang mana nak beli. Hu huu, aku menurut je sebab aku satu benda pun tak tau first time jadi kenalah ikut orang yang dah berpengalaman.



Qaseh kongsikan list-list buku sekolah untuk darjah satu punya. Tengok dari list tu memang banyak yang nak kena beli. Tapi nasib baik aku ada penasihat (Jiran), dia cakap yang A, B memang kena beli. Yang C & D tu pilih yang mana nak beli sebab bukan barang wajib beli kat luar pun boleh beli. Jadi, list C aku pilih beli buku lukisan je. List D aku pilih beli Kamus sahaja.




Bila sudah pilih kasilah kat kerani Kedai Buku tu, Dia akan tengok list yang kita tanda pastu baru dia akan ambil buku-buku yang kita nak sahaja. Bila sudah dapat Jiran cakap jom check dulu takut dia bagi silap. Aku pun tak terfikir nak check nasib baiklah jiran ingatkan.



Proses check satu per satu buku yang diberi selesai. Banyak ini je buku-buku yang dibeli kira-kira hampir RM60 jugak. Terima kasih sangat pada Jiran sebab dia bagi tau kalau tidak memang semua dalam list tu aku beli kot. Maklumlah teruja lebih bila anak nak masuk sekolah rendah hu huu. Jiran ada cerita dulu masa anak sulong masuk darjah satu mmg dia beli semua yang ada dlm senarai tapi ada juga buku yang mmg tak guna pun sampai habis sekolah. 


Selesai satu perkara, banyak lagi yang kena beli ini...memang kena cukupkan dalam minggu ini juga sebab takut nanti terkejar-kejar masa pulak. Pendaftaran dan Orientasi darjah satu 30 Disember ini. Jadi 2 minggu lagi kena 100% semuanya disediakan.







08 December 2013

Big Bad Wolf 2013 preview day



Cerita 3 hari lepas
Semasa di Big bad wolf at Mines Convention Centre (MIECC)


Wowww it just like crazy day!
Separuh giler dibuatnya tgk buku-buku yang banyak & murah-murah


Walaupun dibuka utk yg ada preview pass je tp tgklah ramai juga datang

Masuk-masuk je terus ke bahagian buku kanak-kanak. Just crab semua buku yg nmpk interesting for my child. 

Bukan aku sorang yg giler rupanya ramai lagi yg ambil je letak dlm bagasi yg besar2 ok. Aku just bawa beg kecil yg pergi shopping kat jusco je hu huu. Terpaksalah mencari kotak nasib baik diaorg ada providekn

Ini first trip punya buku
Mmg buku budak2 je byk
Second trip baru cari my book

Pukul 12tgh masuk pukul 4.30ptg
Baru selesai tu pun blum tawaf sepenuhnya hanya tawaf 2kali bahagian kanak-kanak, novel, motivasi & cooker book sahaja.


Ini hasil terjahan pertama ke BBW
Hampir RM3ratus jugak terover bajet dik non oiii tp utk setahun skali je.


Ini semua buku Ayuni yang punya
Byk buku2 bacaan & latihan shj


Ini semua buku ashraaf yg punya
Mmg byk buku2 menarik utk Ashraaf

Yg ni pulak hak milik aku
 just buku Motivasi, keagamaan &
 2 buah buku masakan
No more novel okayy



Jadi, berbaloi - baloi beli buku2 ni sbb harganya sgt2 murah boleh dpt dgn harga serendah RM1 tau mcm buku di bawah ini

Jangan tak percaya buku ni semua senaskah RM1 shj

Bukan nak menghasut tp jika ada bajet lebih pergi bawa anak2 korang mmg a lot buku2 yg berguna utk pembelajaran diaorg nnt. Dibuka 230jam tau jadi korang boleh pergi bila-bila masa.


Bak kata perpatah 
buku itu ibarat telaga ilmu
Budaya membaca perlu diteruskan













04 December 2013

Big Bad Wolf 2013


Assalamualaikum....
Pagi semua

Hari ni semangat sebab tak sabar nak serbu Big Bad Wolf di mines convention Centre Seri Kembangan.



Tak perlu aku citer kot apa benda "Serigala besar jahat" ( tanslate punya version)...mesti ramai yang dah tau sbb dah masuk kali ke 4 kot karnival ini di buat satu tahun sekali. Siapa ulat buku mesti tak lepaskan peluang untuk terjah ke sana kannn...

Big Bad Wolf ni bermula 6-15 Disember. 24jam non stop
Start 7 pagi 6 Disember
End 9 malam 15 Disember
Tapi aku dapat masuk hari ni 5 Disember (awal sehari) sebab ada preview pass ni


Terima kasih to my biras sbb bg pas ni. 
Satu pas boleh masuk 
2 dewasa 2 Kanak-kanak shj


Ok lah nak bersiap2 cepat ni...
kul 11 dah terpacak depan sana.
 Excited gilerr tapi aku mungkin lebihkan beli buku utk anak2 aku je






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...