nuffnang 3

21 November 2013

Percutian ke Pulau Langkawi 1 - Perjalanan dari KL ke Kuala Perlis hingga ke Pulau Langkawi



Assalamualaikum.....
hai kawan-kawan semua....
Dah dekat hujung tahun baru nak berupdated ini blog
maaf ya kawan-kawan.....
bukannya tak kongsi citer kat blog lagi
tp ada komitmen lain yg perlu diutamakan...(ayat xboleh blah)


Anyway,,,nak citer tentang holiday kami sekeluarga ke Langkawi. Last minit planning setelah di pelawa oleh biras & abang iparku. Discuss dengan Myhubby akhirnya kitaorang setuju pergi bercuti ke sana itu pun setelah dibuat Bajet. Nanti Qaseh kongsikan Bajet yang telah dibuat. So, apa lagi  google lah chalet/hotel & kereta sewa semua last minit punya. Tapi alhamdulillah dipermudahkan semuanya ya lahh time cuti sekolah mesti penuh semua hotel,chalet & homestay di kat sana kan...

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi

Kami pergi bercuti 3 hari 2 malam sahaja. Bertolak malam Jumaat dalam pukul 11.00mlm (Naik kereta Alza pinjam SIL punya). Merancang perjalanan penting sekurang-kurangnya 8jam dari KL - Kuala Perlis setelah di tambah dengan pemandu berhenti rehat. Myhubby sempat berhenti rehat di Hentian Slim River & RNR Sg.Perak Lagi pun malam sejuk skit & anak-anak boleh tidur shj sepanjang perjalanan tidaklah riuh rendah dalam kereta hu huu boleh pening kepala nanti.

Alhamdulillah, Pukul 5.45 pagi sampai di Pekan Changloon Kedah. Mencari stesen minyak tetapi semuanya masih tutup jadi kami berhenti rehat & solat di kedai Mamak 24jam. Dalam Pukul 6.30pagi baru stesen Petronas buka terus isi minyak penuh & meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Wowww...cantik sangat permandangan menuju ke Kuala Perlis tiada kata yg mampu diungkap. Dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas menghijau, kelihatan kabus-kabus pagi, matahari mula menampakkan sinarnya dan udara yang sungguh nyaman....45minit perjalanan akhirnya sampai di Jeti Kuala Perlis.

Jam menunjukkan 7.30pagi tetapi di Jeti K.Perlis telah dibanjiri dengan orang ramai. Apa lagi aku bergegas segera ke kaunter tiket takut tiket feri awal pagi habis hu huu. Jeti Kuala Perlis memulakan operasi seawal 7 pagi sehingga 7 malam. Sampai di kaunter tiket aku bertanyakan tiket feri pagi ke Pulau Langkawi. Terkejut bila kakak kaunter bagi tahu tiket feri pukul 9.30pagi yang ada. Tiket feri pukul 7 & 8 pagi semua sudah habis seperti yang aku telah jangka melihat begitu ramai kelibat orang di jeti hu huu.

Terpaksalah 2jam kami berkampung di jeti...sempatlah juga bersarapan nasi lemak di kedai makan berhadapan jeti, mandikan anak-anak di tandas awam dalam jeti yang bersih jugak. Sedar tak sedar kedengaran pengumuman pemilik tiket feri pukul 9.30pagi sudah dipanggil masuk ke feri ikut laluan yang disediakan. Dalam tak sedar juga rupanya semakin lama semakin ramai pulak orang di dalam tempat menunggu feri ini sampaikan kami bersesak-sesak dengan bag & anak-anak untuk lalu ke pintu masuk untuk ke Feri. Ingatkan bila dah berjaya menembusi pintu masuk tu bolehlah menarik lega rupanya kena bersesak lagi naik ke feri sbb ada 2pintu masuk feri je iaitu utk dihadapan & dibelakang. Pintu hadapan utk penumpang yang memegang tiket no terawal & pintu belakang pula no nombor seat 300 ke atas. Alhamdulillah kami dapat tiket dgn seat no 121-127 jadi berada di bhgn hadapan feri. Seat dalam feri sememangnya rapat-rapat muat-muat utk duduk shj.

Setelah 1jam perjalanan di laut akhirnya sampai di Jeti Pulau Langkawi. Alhamdulillah pengalaman menaiki feri tidaklah teruk seperti cerita sesetengah orang yang mabuk serta muntah. Mungkin keadaan laut pd ketika tu tidak bergelora dan cuaca baik. Cuma ada juga rasa dilambung ombak ketika feri berselisih dgn feri lain tetapi tidaklah begitu kuat. Sampai dijeti jam menunjukkan pukul 10.45pagi....aku pun teruslah menghubungi kereta sewa yang telah aku tempah dan rupa-rupanya dia dah ada di jeti menunggu kedatangan kami.

Syukur Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan semuanya. Cerita seterusnya akan bersambung nnt ye sebab dah lenguh menaik hu huu...nak siapkan entry ni pun dari pagi smpi petang baru dapat publish...belum lagi upload gambar ha haa. Ok next citer akan upload gambar banyak2...

Buat semua rakan-rakan Happy Weekend & Happy Holiday kepada yang pergi bercuti...





3 comments:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



dalila said...

Kak...entry ni xde sambungan ke?tgh berpkir2 nk gi langkawi lps raye ni..sbb dr kg perak rs mcm dekat sket

Roy Fido said...

laluan shortcut ke Kuala Perlis:

exit tol alor setar selatan
ikut direction KANGAR
sebelum sampai kangar, jumpa balik laluan ke Kuala Perlis. x perlu ikut changlun. jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...