nuffnang 3

21 September 2014

bilik anak Perempuan


Assalamualaikum...
Selamat menjalankan tugas buat mereka yg bekerja
buat yg tak bekerja macam surirumah seperti Qaseh
selamat menjalankan tugas rutin sebaik-baiknya.

Walaupun semalam hari minggu 
tapi Qaseh sefamily xpergi mana2
Duduk umah je 1 hari
Pagi2 mengemas rumah
My hubby & Ayuni turut membantu
cuma keluar beli barang dapur sekejap.
balik masak kul 3 lebih baru dapat lunch

rehat sekejap sambung mengemas lagi
kemas bilik stor untuk dijadikan laundary sebahagiannya
maklumlah rumah Apartment Qaseh xde beranda
jadi sidai baju dlm bilik je nasib guna mesin basuh.

Myhubby kemas bilik tengah 
sebab nak jadikan bilik anak perempuan kami
Ayuni dah 7tahun mmg patut ada bilik sendiri
sebenarnya nak buat bilik Ayuni tahun lepas
tapi asyik postpone je hu huu

Tahun lepas beli katil Minnen Ikea ini

Jadi semalam Qaseh & hubby pun pindahkan katil Ayuni ini
ke bilik tengah sebelum ini katil dlm bilik tidur Qaseh
masa tu Ayuni tak berani lagi tidur sorang2

Ubah almari, ubah meja study 
ubah macam-macam pastu ubah lagi hu huu
nasib la my hubby ikutkan je ckp wife dia ni
tiba2 adik ipar sefamily datang bersama sepupu dia skali
kerja ubahsuai terbengkalai lagiii

sekarang tengah cari idea untuk decor bilik Ayuni
yg pasti mesti warna pink ya
tuan empunya bilik dah bersuara...
ikutkan aje nnt dia juga yg nak tidur kat bilik tu.

Pagi2 lagi Qaseh dah google
idea untuk decor bilik anak perempuan
ada jumpa beberapa yg berkenan dihati

gabungan white + Pink 
yg gantung atas tu mcm menarik kan


Light Pink sweet je kan
kat tepi dinding tu sgt kreatif kan


gabungan Pink + Purple
menarik tambah decor pd dinding tu


cantik juga warna ni
tp lari tema pulak nnt


sangat berkenan gabungan Red + Pink 
sbb Qaseh ini crazy warna merah ini


Simple & nice je 
putih bersih suci sangat


Decor menarik kat dinding tu
mana nak cari ye wallpaper mcm tu


Decor dengan frame gambar je kan
menarik juga siap ada kerusi malas lagi 


Pening jugak kan nak decor 
hari ini cuba cari barang2 utk decor
hmm...apa lagi terjah Mr. DIY lahh
tempat kegemaran Qaseh utk cari barang2 rumah
macam2 ada & harga pun mmg murah


Rakan2 blogger boleh sumbang idea tak
atau
 kongsi tempat yg best tak utk bli barang2 utk decor




18 September 2014

Japanese Village di Bukit Tinggi



Salam Jumaat Mubarakah.
Rasa sekejap je dah nak hujung minggu 
belum ada apa2 plan utk hujung minggu ini

^

^

^

Sambungan citer Bukit Tinggi lagi
Daripada Colmar kitaorg naik kereta pergi 
ke Japanese Village yg terletak lebih kurang 2km
perjalanan 5minit je ke sini 

tempat parking kereta adalah terhad
Shutter bus disediakan tapi kena beratur la

Nak ke Japanese Village tu kena naik atas bukit ok
memang agak penat menapak sbb kena daki 45 darjah juga
nasib baik kami pakai sport shoe hari tu


Masing-masing dah kepenatan
dah hampir 7minit mendaki bukit


Sampai ke pit stop 1
disajikan pemandangan dari atas bukit 
yg sangat menyegarkan mata & rasa nyaman
rehat sambil photogedik jap


Mendaki lagi 200meter ke atas 
barulah sampai di papan tanda ini
fuhh lega rasa 
ada banyak jugak tempat boleh pergi kat sini


kita orang decide ke sini dulu
kat sini macam taman yg banyak pokok bunga2 jew


kat dlm Botanical garden terdapat juga Restoran Jepun
namanya Zyo Zan Tei Restaurant


Ini Map kat Botanical Garden tu
kitaorg tak turun sampai bawah pun

Seterusnya kita orang ke Rumah Jepun pulak 
kena daki bukit lagi ke atas
tp kali ini lebih kurang macam jungle trekking pulak


Lebih kurang 3minit daki sampai pintu gerbang ini
posing dulu kena daki lagi hu huu


Daki lagi 2minit sampai lah ke Rumah Jepun ini
Nak pakai kimono kena RM20 seorang


Jalan2 kat area Rumah Jepun ini
mmg agak mencabar berbatu2 & berbukit2
jalan pun kecil & sempit


Spa ini tutup
tumpang bergambar kat situ jap
tempat lain ramai sgt orang hu huu


Ini rumah Jepun kecil je
muat 2@3 orang je kot


Payah benor nak tangkap gambar family
Ashraaf nak main pasir je keje nye


Menuruni jalan berbatu2 untuk turun ke bawah
Ashraaf suka sangat melompat2 kat batu tu

Hampir 45minit kat Japanese village
next place ke Animal Park atau Rabbit Park
hanya 6minit ke animal park dari Japanese Village

Masuk Animal park kena tiket
RM 3 dewasa & Kanak2 (3tahun ke atas shj)

Tak pernah tangkap gambar dengan rusa dekat macam ini
mmg jinak2 rusa kat sini


Kat belakang tu mmg banyak sgt arnab dlm sangkar
tapi bau mmg menyegat la kat sini
nak tangkap gambar punya pasai


Ada juga pot yg dibiarkan arnab berkeliaran 
ramai yg masuk sini tangkap arnab
bagi makan & bergambar


Ada macam2 jenis arnab
daripada warna putih sampai ke warna hitam legam
ini Arnab jenis apa aku pun tak tau


Tak berapa comel arnab ini 
gebu je lebih
ini je yg dapat tangkap hu huu

kat sini juga ada playground
jadi budak2 ini xkisah pun arnab dgn rusa ini
syok duk main kat playground
mama diaorg je yg excited lebih

satu lagi kat sini pun boleh tunggang kuda
budak2 sesuai la sbb kuda dia kecil je
tapi tak ingat berapa bayaran

Masing-masing dah kepenatan
dan masa untuk pulang
pukul 4.30 petang kami semua bergerak pulang ke KL

Lebih kurang separuh hari spend kat Bukit Tinggi
10.30 pagi dari KL - 4.30 petang balik
Untuk yg jauh disyorkan untuk bermalam 
kalau ada bajet lebih
sebab mmg agak kepenatan utk lawat semua tempat
Kitaorg sempat pergi 3tempat sahaja
ada juga tempat yg tak cover habis
apa pun suatu percutian yg seronok.





17 September 2014

Bukit Tinggi, Pahang

Cuti Hari Malaysia 1 hari 
kami sekeluarga ke Bukit Tinggi, Pahang

COLMAR TROPICALE

Tempat pertama dituju adalah Bangunan yg ala2 di Perancis ini
Senibina bangunan nya sangat cantik mmg memukau sesiapa shj
kami sekeluarga pun tak tertinggalan berposing depan bangunan ini.


Semua papan tanda di sini dlm bahasa Perancis ye
Melilau kami mencari toilet hu huu


Ini bawah jambatan yg posing tadi
kolam ikan & 4 ekor angsa


2 ekor angsa hitam
2 Ekor angsa putih


Dah puas jelajah di luar
baru masuk dalam Colmar ini
Kiri kanan bangunan Hotel & Kedai Makan
kami menuju ke menara tinjau yg tinggi tu


Ada persembahan tarian percuma
agak seksi tak sesuai utk budak2


Memang ramai sangat orang time ini
dah tenghari budak2 ini pun minta Aiskrim 
sbb dah mula terasa panas


Dari atas Menara tinjau td..
4 tingkat tak silap
nasib ada lift

harus ada gambar romantis laki bini 
jangan muntah ye tgk hu huu


Hmm...budak2 ini melekat kat sini pulak
ini kat area kaki menara tinjau tu
mahal skali main 2 token
1 token = RM2
disebabkan teruja tgk ada budak tu dpt bear besar
jadi diaorg pun nak cuba juga
tp tak berjaya melayang RM4 mcm tu je


Dah puas ronda2 kat dalam
kitaorg pergi luar pulak
ini pemandangan dari luar


Ada air pancut ditengah2 antara bangunan Colmar & Le Chevalier


Bangunan Le Chevalier dari Colmar
Macam bangunan di ROM je

Ini dari tempat letak kereta
kitaorang salah masuk jadi posing je lahh


Posing-posing lagi anak beranak 
nasib kat tempat teduh
kalau tengah panas mau berpeluh di buatnye

Jalan-jalan kat sini je dah dekat 2jam
tambah dengan rehat & makan2..
Next place kita sambung entry lain ye
tapi sebelum tu just nak share info

Tiket masuk 
RM12 dewasa
RM8 kanak-kanak

Parking percuma 

Bukit Tinggi, Pahang hanya 45 minit daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur
Melalui Lebuhraya Karak dan exit ke Bukit Tinggi

Peta Bukit Tinggi
dan tempat-tempat menarik yg boleh dilawati


terdapat 2 guard house
guard house yg pertama xperlu berhenti terus naik ke atas je
guard house yg ke 2 - kena beli tiket dulu tau


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...