ASSALAMULAIKUM...
Akhirnya
cita-cita & impian nan satu ini tercapai juga akhirnya
Alhamdulillah
^
^
^
Dapat belajar menjahit
melalui Program Latihan 1 Malaysia
di Giatmara Bandar Tun Razak
^
^
^
Dah lama aku apply Program ini
bulan Oktober tahun lepas
tapi baru tahun ini ada rezeki
walaupun aku ditawarkan belajar buat "Blaus"
padahal aku minta untuk belajar jahit Baju Kurung
tetapi aku tetap teruja untuk belajar
KONSEP LATIHAN
Program
Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran
berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang
dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.
KUMPULAN SASAR
Program
Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun
keutamaan kepada: - Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group)
- Ibu/Bapa tunggal · Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pekerja Industri / Kilang
- Pesara
- Komuniti Setempat
- Lain-lain yang bersesuaian
SISTEM LATIHAN
- Kelayakan 3M (Menulis, Membaca & Minat)
- Simple & Fleksibel-dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
- Sistem Modular
- 80% Amali & 20% Teori
- Open entry / exit
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Tidak Uzur
- Umur 15 tahun ke atas
- Minat dalam bidang yang dipohon
- Lain-lain perkara yang menyokong permohonan
CAJ/YURAN
- RM1.00/Jam bagi Program Asas
- RM2.00/Jam bagi Program Pertengahan
JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN
- Berdasarkan modul yang digunakan
- Maksima 8 Jam sehari termasuk 1 Jam rehat samada dilaksanakan: -
- Kelas Malam
- Cuti / Hujung Minggu
BORANG PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui:
Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui:
- Muat turun di sini "BORANG PERMOHONAN LATIHAN 1MALAYSIA-GIATMARA"
- Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
- Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon seperti "DISINI"
8 comments:
slamat menjahit...huhu
wah...good info...ada keinginan tp bab nk attend kelas tu jadi malas...hahaha
teringin jugak nak menjhit . jahitan asas pun tak tahu mcm mana :p
memang bagus belajar menjahit nih.. boleh buat duit kan~ dulu saya selalu jahit baju sendirik.. skrg dah tak sempat dah.. tambah2 dah ade anak nih.. semua baju tempah jek.. kikikiki
tahniah..berminat gak..tapi tu la..kena waktu bekerja kan..
rajin uols..
belajar buat baju kurung sekali lah beb
tempahan konpem banyak....
Salam kenal dari che mid.. bagusnya program tu.. dah berjaya nanti, kongsi la.. mungkin Che Mid pun boleh join..
salam. sis. giat mara tu btr tu ade jugak kursus solekan kan?
Post a Comment