ASSALAMUALAIKUM....
Salam hari Isnin semua,
Bulan lepas punya cerita,
Qaseh ada apply rebat RM200 untuk smartphone 3G.
Qaseh just buat online application
klik pada gambar untuk buat permohonan
tapi kenalah penuhi syarat-syarat kelayakan macam kat bawah ini
^
^
^
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;
Cukup syarat macam Qaseh bolehlah isi borang
tapi kena pilihlah samada borang permohonan dalam talian sebagai pekerja atau pelajar
Qaseh pilih borang pemohonan dalam talian Pekerja
Aikk,,,kenapa Qaseh Pekerja bukan ke Qaseh ini Surirumah
mesti korang tertanya2 punya kan
jawapannya senang je habis tak ade letak borang untuk surirumah punya,
surirumah pun salah satu pekerjaan jugak kan tiap2 bulan dapat gaji hu huu
bila siap isi semua maklumat yang dikehendaki
tekan butang hantar/submit
Alhamdulillah dengan sekali permohonan Qaseh berjaya dapat rebat RM200
tapi bukannya dia bagi duit RM200 tunai tau
kita kena print permohonan yang diterima ini
bawa ke mana2 syarikat telekomunikasi yang terlibat untuk penebusan
smartphone rebat 200 ini jgn lupa bawa ic sekali tau.
Qaseh pilih smartphone yang ditawarkan Maxis
6 pilihan telefon pintar prabayar/Prepaid
dan
4 pilihan telefon pintar pascabayar/Postpaid plan
Akhirnya pilih pun pilih Qaseh decide untuk ambil
handphone HTC Desire C maklumlah bajet sikit je
Tapi sayang seribu kali sayang
dan mungkin tak ada rezeki
HTC yang baru dipakai sebulan hilang
nanti Qaseh cerita pada next post ye...
Tapi sayang seribu kali sayang
dan mungkin tak ada rezeki
HTC yang baru dipakai sebulan hilang
nanti Qaseh cerita pada next post ye...
No comments:
Post a Comment