nuffnang 3

06 January 2016

Berjah untuk ibu pantang



Assalamualaikum
Pantang hari ke 24!


Masa berpantang ni, bagus ambil berjah ni.

Apa benda berjah tu?

Berjah tu adalah makanan tradisi orang Melaka yg dibuat khas untuk ibu berpantang.

Tapi aku bukan orang Melaka. Teman orang Perak. En hubby ku orang Melaka. Dah kawin dgn org Melaka so jadinya aku dah sebahagian dr orang Melaka. Tapi hubby ku xpernah citer pun berjah ni kat aku masa pantang anak pertama. Aku tahu pun dr ipar2 ku. Masa kakak dan adik ipar lepas bersalin, mesti nenek hubbyku buatkan berjah ni utk diaorg makan sepanjang tempoh berpantang.


So, bila bersalin anak kedua, barulah merasa berjah ni. Sedap gak rupanya...kiranya bolehla masuk dgn tekak aku ni.

Bersalin kali ini pun aku still ambil berjah. Tapi aku saja2 nak try berjah moden punya.


Berjah yg dah siap dipek cantik
Keluaran personaliti tv terkenal Hasnida Hanim (mungkin dia anak melaka kot)
Berjah ini aku beli kat kedai lunatot, 
masa tu cari barang2 baby 
Bila nampak


Berjah moden ni kering 
Berbanding dgn berjah tradisi sedikit basah
Dah ramuannya pun sdikit berbeza tapi bahan utamanya ikan bilis tetap ada. 

Ramuan berjah moden ni
Ikan bilis, halia, lobak merah, lobak putih, bawang merah, bawang putih dan cili kering


Ramuan berjah tradisi
Ikan bilis, kunyit hidup, halia, lada hitam dan bawang putih
(Maaf xde gambar, google tp xjumpa)


Makan dgn nasi panas2 mmg sedap dan bagus utk dalaman, panaskan badan dan cepat pulihkan luka. 



3 comments:

SYANI said...

First time dengar BERJAH ni..
Dalam pantang makan benda kering2 cam ni memang selera je..

Unknown said...

aduh sedap nya kalau dpt mmg best ni
sama dgn syani first time dngr a berjah ni

LYAfrina said...

1st time tahu pasal berjah ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...