nuffnang 3

06 September 2010

10 jari di susun tanda kemaafan dipinta

Hari ini masih bekerja mcm biasa, walaupun lagi 3 hari kita kan menyambut hari raya tetapi aku belum masih merasai kehangatan utk berhari raya...masih byk persiapan raya yg masih belum tersedia buat family kecilku ini. mungkin juga kami ingin secara ala kadar saje..ye la memandangkan bajet raya yg tidak mengizinkan utk aku berbelanja sakan cukup la cuma apa saja yg ada dan termampu disediakan.

rasa sayangnya utk meninggalkan bulan ramadhan yg mulia ni. bulan yg aku tempuhi dgn pelbagai dugaan dan kesabaran. Ya Allah, semoga bulan ramadhan yg akan datang aku masih sempat merasainya...

Mesti dah ramai warga ibu kota yg kini sudah pulang atau dlm perjalanan pulang ke kampung halaman masing2. diharapkan semua dapat memandu dgn berhati2, jgn ikutkan hati utk cepat sampai, ingatlah org2 tersayang yg menanti kepulangan anda dengan senyuman dan keriangan.

kepada semua yg mengenali dan rakan2 blogger semua, di sini sempena lembaran yg bakal tiba,


aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap yg telah aku lakukan sepanjang berblogger ni dan telah menyakiti, menyinggung dan menguris mana-mana perasaan. Sememangnya kita hanya insan biasa yg tak lari dari melakukan kesilapan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...