nuffnang 3

27 June 2012

Gila Coklat!

Assalamualaikum,


Salam 1 Malaysia,
Salam hari Khamis dengan senyuman Manis
Semanis gula-gula dan coklat.




Perhatian semua rakan-rakan blogger
Entry ini akan dipenuhi gambar-gambar coklat

^

^

^


 













 
Gila Gila Gila
wowww...banyaknya coklat
Gila Gila Gila
di mana-mana ada coklat
Gila Gila Gila
mata terbeliak & teruja
Gila Gila Gila
la la la







 

26 June 2012

WW - King of Banana



Assalamualaikum...




WORDLESS WEDNESDAY


^

^

^


King of Banana Fruits

atau

Raja segala Buah Pisang


^


^


^

Cuba Teka Pisang Apakah ini?



^


^


^


^


^

^


^


^


^



Pisang Tanduk





25 June 2012

Mandi Sungai

Assalamualaikum...


Siapa yang suka mandi sungai

Angkat kaki?

ha ha haaa...

ada yang angkat kaki ke!

mesti excited sangat la tu kan bila cakap pasal mandi sungai.

Hujung minggu baru-baru ini, aku sekeluarga bersama-sama dengan abang dan adik ipar serta anak isteri masing-masing berkunjung ke Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor untuk berkelah dan mandi manda di sungai.

Lepas makan-makan, baru boleh terjun sungai mandi puas-puas. Ashraaf pun excited jugak nak masuk dalam sungai. hmmm...mylittle hero aku sorang ini memang suka main air sama je dengan kakak dia Ayuni.


^


^


^


Bukan main excited lagi
Ashraaf mandi sungai


Seronoknya berenang
walaupun air sungai ini sejukkk


Ayuni takut nak turun dlm air
sbb arus air sungai laju sangat



Macam-macam aksi
Ashraaf dalam sungai



 Bapanya pun bukan main excited lagii
Anak & Bapak sama je


Lama Ashraaf dalam sungai
sampai dah naik biru bibir


Pondok yang kita orang sewa
RM 20 sahaja lepak sampai petang


Sungai Pangsun ini mmg bersih dan cantik
ramai yang datang berkelah kat sini


Muka dua beranak pas berendam dalam sungai
Ashraaf dalam kesejukan


Sebelum berangkat pulang
wajib laa posing-posing dulu



Ayuni dan Haziq
(Sehati Sejiwa)


Semasa perjalanan pulang
singgah beli buah manggis
murahhh tau
3kilo sepuluh ringgit je
(tp dlm gambar ni dah tinggal 2kilo je
sbb dah melahap dlm kereta sebelum sampai rumah)





20 June 2012

Surirumah berijazah



Assalamulaikum...


"Surirumah Berijazah"
(Tajuk perbincangan dalam Wanita Hari Ini)


^

^

^


Aku adalah Surirumah Berijazah
sepenuh masa

Aku berkelulusan ijazah sarjana muda
Pengurusan Pembangunan
major Pengurusan Projek
Universiti Utara Malaysia
Tahun 2006


4 tahun bekerja di syarikat swasta
Selepas melahirkan Adeel Ashraaf
aku nekad untuk berhenti kerja
kerana aku mahu menumpukan perhatian
membesarkan anak kecilku dan
seterusnya menguruskan rumahtangga
sepenuhnya.


Sekarang sudah setahun aku bergelar
Surirumah sepenuh masa
Alhamdulillah, aku gembira dan bahagia
membesarkan anak-anak sendiri
di depan mata dengan kehidupan kami yg sederhana


^

^

^
Berbaloikah belajar tinggi-tinggi sampai ijazah
tapi akhirnya terperuk di dalam rumah juga.

 
Pendapat aku, Sangat-sangat berbaloi-baloi kerana aku lakukan demi masa depan anak dan keluarga yang tersayang. Memang kita menghabiskan masa bertahun-tahun belajar tinggi-tinggi tapi takkan sama walaupun seminit masa kita bersama anak2 dan suami. Orang kata masa itu emas, jadi masa itu amatlah berharga jadi hargailah masa yang ada untuk melihat anak-anak membesar kerana masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.

Ilmu yg aku dapat masa belajar aku boleh gunakan untuk mendidik dan mengajar anak. Selain itu, dengan ilmu yg aku miliki juga amat berguna untuk menguruskan perbelanjaan/ kewangan dan ekonomi rumahtangga dengan lebih efektif. Jangan ingat Tangan yang Menghayun Buaian Tak Boleh Mengocang Dunia.





19 June 2012

WW : Sawah atau Bendang

Assalamualaikum...





Wordless Wednesday

"Sawah atau Bendang"

^

^

^


Orang KL kata "Sawah padi"
Orang Utara kata "Bendang"

17 June 2012

Garam Vs Geram



Assalamualaikum....


Seperti biasa tengahari baru nak update, pagi2 sibuk uruskan husband untuk ke tempat kerja dan anak ke sekolah. Macam biasa hari Isnin je mesti lah terlambat sikit hu huuu...

Lepas, husband pergi ke dan hantar Ayuni ke sekolah, sibuk pulak buat kerja-kerja rumah.  Mylittle Hero yg sorang ini pun sibuk juga buat kerja. Nak tau kerja apa Ashraaf buat?


Jeng-Jeng

^

^

^

Tuuuu Diaaaaaaaa

 Kerja menaburkan garam satu plastik
hu huuu...rasa nak marah pun ada
gerammmmm sangat-sangat
Pagi-pagi dah buat Mama dia naik angin satu badan


 Masa bila dia pergi dapur ambil garam 
tu pun aku tak perasan
mmg garam tu dah dibuka & masukkan dalam bekas garam
 tp ada lebih biarkan dlm plastik tu 
so, ikat dengan getah je lahh
macam mana dia buka aku pun tak tau
alih-alih tengok dah jadi macam ni


Habissss separuh garam dlm plastik tuu
Garam tu baru je Mama beli semalam
nasib baik garam murah je hu huu
Sabar je lahhhh



 

14 June 2012

D'Kuale Steamboat

Assalamualaikum....
Salam Jumaat Mubaraka,,,




Entry di tengahari wajiblah berbicara bab Makannn...
So, nak kongsi pasal steamboat buffet
D' Kuale Steamboat


- Eat All You Can -
RM 24.oo (dewasa)
RM 11.00 (kanak-kanak 4thn ke atas)


Gambar dari hadapan restoran D' Kuale
(maaf gambar kurang berkualiti)


Dekorasi laman hadapan restoran yang menarik
perhatian terutamanya Vespa tuu


Keadaan dalam restoran yang bersih dan teratur
dekorasi yang agak sederhana tapi menarik


Masa untuk makan-makan dan makan huhuu
Ini baru permulaan ye kawan-kawan


Bukan hanya Steamboat tapi Grill pun boleh
Memang terbaikk lahhh


Nampak apa yang tergantung tuu
tag Jalan-Jalan Cari Makan tau



D' Kuale Steamboat
No. 15, Jalan TC 2A/1
Taman Cemerlang,
53000 Taman Melati, KL
Fadzli (013-2910893)
(03-41087970)
di buka 4.00petang - 12.00 tengahmalam




Ipin & ayam KFC



Assalamualaikummm...




Ipin : saya suka makan ayam goreng KFC...
Ipin: hmmm...So GOOD...





Mylittle Hero suka sgt dgn figure Ipin ni
dengan set hidangan Happy Meal
dapat Upin & Ipin percuma.


Ada 4 figure di KFC
So, kena dapatkan semuanya
Aikk..asal Mama dia pulak yg excited lebih ni
apa2 je lahhh...yang penting
Saya pun suka makan ayam goreng KFC!






12 June 2012

Keluh Kasih Bapaku

Assalamualaikum,

Sebelum berakhirnya cuti sekolah (hujung minggu yg lalu), Kami semua balik ke kampung halaman ku (Teluk Intan). Melihat Bapaku yang masih duduk dikerusi roda dengan kaki kirinya masih berbalut dan ibuku yang semakin kurus serta cengkung membuatkan hatiku sayu sangat. Dengan usia yang telah menjangkau setengah abad, Abah dan Mak masih tabah meneruskan kelangsungan hidup walaupun pelbagai dugaan dan ujian mencabar kesabaran mental dan fizikal.

Abah sudah hampir 2tahun menahan sakit akibat luka yg belum sembuh akibat terkena benda tajam di sawah padi. Keadaan luka Abah semakin bertambah teruk sejak akhir-akhir ni, luka semakin merebak dulu luka hanya sebesar duit 50sen tapi kini sudah hampir separuh kaki kiri Abah dan kerap mengeluarkan darah yang banyak. Sudah bermacam-macam ubat dan ikhtiar yang Abah cuba tapi semuanya hampa.

Baru-baru ini, Doktor mengesahkan kaki Abah kena kanser kulit sebab tu tak boleh sembuh. Jadi, doktor minta Abah buat pembedahan bagi membuang keseluruhan tapak kaki kiri supaya kanser pada luka tu dapat dibuang semuanya. Aku dapat merasakan ia satu tamparan yang hebat buat Abah. Abah tak mau melakukan pembedahan sbb tak nak kehilangan kakinya. Lagipun doktor tak menjamin 100% kaki Abah pulih seperti asal. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah swt semoga Abah cepat sembuh dan sihat kembali.

Walaupun kaki Abah sakit tapi Abah jarang mengeluh dengan kami adik-beradik. Tapi sebaliknya yang Abah keluh kesahkan tentang kami 6 beradik. Walaupun sudah 4orang telah berkeluarga termasuk aku dan tinggal berjauhan tapi Abah tetap mengambil berat keadaan kami semua termasuk cucu-cucunya. Hanya tinggal 2orang iaitu adik-adik lelaki aku yang tinggal dengan Abah & Mak. Abah sentiasa mengeluh tentang 2beradik ini, yang sorang dah lebih setahun habis Diploma tapi masih menganggur manakala yg bongsu pula, habis SPM dah tak nak sambung belajar, kerja pun tak nak. Abah meluahkan perasaan kepada aku tentang sikap dan kelakuan 2beradik yang nyata menyakitkan hati Abah & Mak. Memang banyak keluh kesahnya diceritakan pada aku. Aku hanya mampu menjadi pendengar...tapi dalam hati aku sedih sangat-sangat kenapalah adik2 aku buat macam ini kat Abah & Mak.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terasa sebak seketika...!!!
Tak mampu lagi untuk meluah rasa di dada
Cukuplah setakat ini sahaja.



Abah,
Ternyata kasihMu selagi nyawa dikandung badan
Tiada apa yang dapat mengantikan kasih sejatiMu
Terima kasih atas segala-galanya.







- SELAMAT HARI BAPA -











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...