nuffnang 3

24 January 2013

Kedai Makan UPIN IPIN




ASSALAMUALAIKUM....




Akhirnya kami sekeluarga
berpeluang menjamu selera 
di kedai makan UPIN IPIN
di Taman Melati, Gombak

kedai ini baru je di buka
lokasi yang sangat strategik
berdepan dengan MRR2
berdekatan dengan Petronas

Melangkah je masuk ke kedai
Ayuni & Ashraaf sangat2 teruja
banyaknya gambar Upin Ipin 
boleh katakan setiap dinding 
dipenuhi gambar dari cerita animasi itu
 


 Ashraaf yang masih lagi teruja
dengan watak kartun kegemaran dia
sampai tak mau lepaskan menu itu
asyik cakap "Pin Pin" hu huuu



 Papa pun sama teruja jugak
asyik betul tengok gambar-gambar Upin Ipin di dinding
Siap ada TV yang disiarkan cerita Upin Ipin lagi
Dekorasi kedai yang sangat ceria & meriah
 

 Disatu sudut dalam kedai
Ayuni & Haziq berdating berdua aje
sambil minum air botol Upin Ipin
dan juga Ayam Goreng


Adik Ipar, dengan isteri & baby Akram pun join sekali
sebab diaorang tinggal kat Taman Melati ini je
Makan kat sini boleh tahan sedap jugak
tak sempat nak snap gambar
dah xsabar nak makan he hee...
lain kali Qaseh review tentang makan pulak 










- Selamat berhujung Minggu semua -
Masih di kampung halamanku bersama Mak & Abah tersayang


23 January 2013

Sawah Padi Luas Terbentang




ASSALAMULAIKUM




SALAM MAULIDUR RASUL
12 RABIULAWAL 1434HIJRAH






Pulang Kampung Halaman
melepaskan rindu pada Mak & Abah
menghirup udara nyaman & segar
Melihat sawah padi luas terbentang
saujana mata memandang

^

^

^






Desa Tercinta - Nora


Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan

Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang

( korus )
Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta

Haruan atau keli
Masakan cili padi
Makan beramai-ramai
Tusuk tawa mengilai

Dan senja pun berlabuh
Malam pula bertamu
Dengar cerita atok
Nenek pun mula menjeling

emmm... apa tu ?
Jom kita balik










apa tunggu lagi ?


JOM BALIK KAMPUNG....




22 January 2013

WW - tak perlu kata apa-apa




ASSALAMUALAIKUM



WORDLESS WEDNESDAY

^

^

^

^

^




bila dah jadi macam ini
tak perlu kata apa-apa
   


21 January 2013

Cara terbaru potong rambut Si Hero Kecil



ASSALAMULAIKUM...




U all mesti tau kan mmg susah nak potong rambut Si Hero Kecil
terutamanya yang berumur 1-3tahun kan 
sebab diaorang sememangnya aktif. 

Macam Si Hero Kecil Qaseh seorang ini
amatlah susah nak gunting rambut dia.
Macam-macam cara dah myhubby buat
tapi tak berjaya jugak

Tapi cara terbaru yang digunakan agak berkesan
nak tau apa cara yang myhubby gunakan


^


^


^


^


^

 

 Ashraaf di bedung terlebih dahulu
Jadi kedua2 tangan dia xdpt bergerak
tapi kepala still gak gerak2



 Pastu dudukkan dalam posisi yang dia selesa
dan kita juga selesa utk mengunting


seterusnya rambut perlu dibasahkan sikit 
bagi memudahkan proses mengunting dijalankan



 Masa mengunting silalah buka cerita yang anak-anak kita suka
supaya dapat alihkan tumpuan mereka kepada cerita tersebut
ianya sangat berkesan tau
 

 Keadaan sangat terkawal sbb Ashraaf dapat tgk Upin Ipin
Papa pun dapat mengunting dengan tenang


 Hampir setengah jam sudah Papa mengunting
Ashraaf masih duduk diam & mata tgk cartoon


 Ashraaf sedikit kegelian bila 
Papa gunting rambut dekat dengan telinga dia


 Muka sedikit masam sbb dah agak lama kaku
hu huu...lepas tu dah mula buat perangai 
Ashraaf dah xmau duduk 
jadi terpaksalah Mama tolong pegang Ashraaf 
sampai Papa sudah mengunting sikit lagi
Hasilnya rambut baru akan Qaseh kongsikan nanti ye..


















Jika ada yang berminat untuk sertai 
Skin care & Makeup Class
boleh sms/call Qaseh 0173008665







20 January 2013

Pagi-pagi Isnin yang kelam-kabut




ASSALAMULAIKUM...

Mulakan hari ini dengan senyuman...




Pagi-pagi mmg kelam-kabut tau. Memang tak terkejar buat kerja bayangkan selepas subuh je terus kena masak air, iron baju sekolah Ayuni & baju kerja hubby pastu kejutan Ayuni bangun mandikan & siapkan untuk pergi sekolah. Maklumlah smlm kan cuti hujung minggu jadi seronok sangat berholiday sampai lupa hari ini Ayuni sekolah. Bak kata orang kerja last minute manalah tak kelam-kabut hu huu. 

Kemudian buatkan susu utk Ayuni & Nescafe panas utk hubby pastu sarapan dengan roti coklat gardenia je.Tapi Ayuni sempat tidur lagi sementara tunggu Papa dia siap. Hu huuu letih sangat la tu sebab semalam menghabiskan masa main dengan sepupu2nya kat rumah Abang Ipar di Cyberjaya pukul 10.00mlm baru balik rumah.





Jadi, hari ini terlambat la sikit Ayuni pergi sekolah. Lambat 7minit je,harap-harap cikgu Ayuni tak marah la. Bila Ayuni dah ke sekolah & Papa ke tempat kerja tinggallah Qaseh dengan mylittle hero je...

hmmm...nak sambung kerja rumah macam biasalah membasuh, mengemas & memasak pulak. Walaupun pagi-pagi sibuk buat kerja itu ini tapi nak jugak menyempatkan diri update blog utk kekawan semua.


 


17 January 2013

MAKE UP PARTY



WOWWW 
MAKE UP PARTY
AWESOME!!!



^

^

^
 


LET JOIN
SMS/CALL 0173008665
FOR BOOKING



- SIAPA CEPAT DIA DAPAT - 



Berseronoklah
jadi cantik macam saya

  


Nak Bibir Mungil & seksi macam Angelina Jolie


ASSALAMUALAIKUM....

Selamat hari Jumaat penghulu segala hari...





\
 Angelina Jolie
Cantik Bibir dia kan


^

^

^

^

^


Ingin BIBIR menawan macam ANGELINA JOLIE. 
Jom cuba set Lip Spa dari Mary Kay.




Lip Mask
mengeluarkan sel-sel kulit mati dan kasar pada Bibir, jadi bibir akan lebih bersih dan halus
 
Lip Balm
melembapkan kulit bibir supaya lebih Cantik Berseri-seri menyerlahkan keayuan wanita.




Lihatlah perbezaan sebelum dan selepas pemakaian 
Set Lip Spa Mary Kay

Hanya dengan 2minit 
pastinya BIBIR Mungil & Seksi persis seperti Angelina Jolie.




Jadi apa tunggu lagi. 
Segera hubungi Qaseh 0173008665 
atau email yg_atira@yahoo.com
untuk dapatkannya



16 January 2013

Siakap Black Pepper



ASSALAMUALAIKUM....




Hari ini Qaseh ingin kongsi resepi dgn rakan-rakan blogger semua
Qaseh mmg suka sangat masak ikan Siakap sbb isi dia sedap & harganya agak murah
Qaseh pernah kongsi resepi Siakap 3rasa & Siakap Stim kat sini kan

Kali ini percubaan pertama Qaseh Masak Siakap Black Pepper 
dan Alhamdulillah Myhubby sangat suka sehingga bertambah nasi.



Bahan-Bahannya
1. seekor ikan siakap 
2. 3ulas bawang putih
3. 5ulas bawang merah
4. 1ulas bawang besar
5. 2batang serai
6. 3/4 halia
7. 2sudu besar black pepper 
8. tepung gandung
9. tepung jagung
10. sedikit garam
11. sedikit serbuk kunyit
12. stok ikan/serbuk pati ikan bilis
13. 1susu kecil sos tiram
14. 2sudu besar kicap manis
15. 1sudu kecil kicap masin pekat
16. minyak masak
17. 2 cili merah


Cara Memasak
1. Siakap yang telah dibersihkan diletakkan garam, serbuk kunyit & tepung gandum. kemudian gorengkan dalam minyak yang banyak dan panas. gorengkan siakap sedikit garing.
2. Untuk sos Black Pepper - Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih & bawang merah yang dikisar halus.
3. semasa tumis bawang masukkan juga 2batang serai yang dititip & halia yang dihiris nipis 
4. kemudian letakkan sos tiram, kicap masin, stok ikan, black pepper & kicap manis.
5. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika barulah masukkan bawang besar yang dihiris sedikit besar & juga cili merah yang dihiris nipis.
6. Akhir sekali letakkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air supaya sos lebih likat.
7. Letakkan Sos Black Pepper yang telah dimasak di atas Ikan Siakap yang telah digoreng tadi. Kalau rajin hiaslah ikan siakap tu cantik sikit letakkan daun bawang/sup ke nampak meriahkan yang Qaseh buat ini ala kadar je mana yg ada je hu huu...




Selamat Mencuba....






15 January 2013

Sebelah Stokin Papa dicuri



ASSALAMUALAIKUM...




Hampir setiap pagi mesti kejadian ini berlaku
Mangsa yang jadi sasarannya adalah Papa
ketika Papa memakai stokin untuk ke tempat kerja
mesti sebelah stokin lagi akan dicuri
dan pencurinya adalah sibudak kecil spt dlm gambar


^

^

^

^

^


 Papa baru pakai sebelah stokin
sebelah lagi telah diambil sibudak kecil
maka berlakulah tarik menarik stokin antara Papa dengan sibudak kecil
tapi sibudak kecik enggan melepaskan stokin tersebut

^

^

^

 Papa masih memujuk dengan lembut supaya sibudak kecil
memberikan sebelah stokinnya kerana sudah lambat untuk ke tempat kerja
Tapi sibudak kecil masih enggan melepaskan 
malah semakin kuat memegang stokin tu

^

^

^

 
 Akhirnya sibudak kecil terus melarikan sebelah stokin
dan dikejar oleh Papa 
tanpa rasa bersalah dengan senyuman lagi 
sibudak kecil terus membawa stokin itu lari dengan lajunya

^

^

^


Sibudak kecil ingin menyembungikan sebelah stokin Papa
di rak TV hu huuu
Sibudak kecil masih belum mahu mengalah hu huu

^

^

^


Papa yang sudah kepenatan hanya duduk melihat
kelakuan sibudak kecil bersama sebelah stokin Papa
Aku pun hanya mampu menyaksikan kejadian
sesungguhnya sangat2 melucukan hatiku

^

^

^
 
 Sekian, Qaseh Suhaida melaporkan.
 

14 January 2013

Aiskrim home made



ASSALAMUALAIKUM....



Pagi-pagi dah update pasal Aiskrim hu huu 
jangan marah ye tapi bukan Aiskrim cornetto atau magnum ke. 
hanya Aiskrim buatan je maklumlah Anak dara Qaseh 
mmg suka sangat makan Aiskrim 
satu hari tak sah kalau tak makan Aiskrim. 


Jadi, suatu hari tu jalan-jalan kat Festival City Mall Setapak
pastu kaki ini melangkahlah masuk ke satu kedai hiasan
Kaison kalau tak silap, macam2 barang ada
xde niat nak beli pun just nak tgk2 barang2 yg ada
pastu Ayuni nampak satu kotak utk buat Aiskrim
Dia pujuk Papa dia suruh beli 
nasib baik murah je RM6.90 je.
Balik rumah terus buat Aiskrim



sebenarnya ada 7bekas semuanya
kiranya bekalan untuk seminggu
satu lagi Ayuni tengah makan


Memang jimatlah bajet tiap2 hari beli Aiskrim
mmg senang dan mudah je nak buat 
buat je lah air apa pun yang kita suka 
pastu masukkan dlm bekas Aiskrim tu
letakkan kembali ditapaknya supaya kukuh
dah boleh masukkan dlm peti sejuk bahagian beku
nak keluarkan Aiskrim pun senang
cuma alirkan air pada bekas Aiskrim tu
pastu kita tarik pelahan-lahan bekas Aiskrim tu
Dah boleh makan macam Ayuni  
 
 
Aiskrim Susu Coklat Dutch Lady hu huu
hmmm...Sedap tak terkata
jilat sampai pejam2 mata.


Amboi2 sukalah dpt makan Aiskrim
Mama dia pun tumpang sekaki hu huu



 
 

13 January 2013

Peplum Idaman Hati



ASSALAMUALAIKUM....

Salam sejahtera semuanya di hari Isnin,
mulakan kerja dengan gembira,




Ha...siapalah yang tak tau pasal Peplum kan...
fesyen pakaian yang tengah meletup-letup sekarang ni. 
serius pertama kali tgk fesyen peplum ni terus berkenan tau. 
Bak kata pepatah "Dari Mata Terus ke Hati". 


 wowww Izara Aishah nampak sangat cantik 
dgn dress peplum yg menawan ni.
kalau dapat pakai Peplum ni
mestilah glamor mcm Izara kan



Peplum kurung yg so sweet
simple tapi sangat2 menarik
Kalau dapat melaram Peplum ni
mestilah meleret je senyuman hu huu


Wajib dapatkan satu koleksi peplum ni
Ohhh suamiku yang ku cintai
tolong belikan satu untuk isterimu yang tersayang ini.








10 January 2013

Azam




ASSALAMUALAIKUM...

Salam Jumaat Mubaraka...
Semoga semuanya sihat sentiasa..




Entry pertama di tahun 2013...hampir sebulan lebih blog ini sunyi sepi kan. Maaf sangat2 rakan-rakan blogger semua.

Harap2 tahun ini lebih banyak cerita yg boleh Qaseh kongsikan bersama. Jadi Qaseh ingin tanamkan azam baru harap2 belum terlambat lagi hu huu...

Kenapa kita perlu berazam? 
ikut orang ke! orang berazam kita pun nak berazam...
Bagi Qaseh sendiri tak salah kita berazam kerana Azam memainkan peranan penting dalam hidup kita supaya kita lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu yang ingin kita capai. Boleh katakan Azam ini sebagai penanda aras kepada kita dalam mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Orang yang ingin berjaya akan sentiasa memasang azam....fikir - fikirkan lah.


Pasang Azam senanglah tapi tercapaikah Azam tu?
Tercapai ke tidak azam itu bukan soalnya betul tak. Perkara paling penting adalah kita telah berusaha sedaya upaya dengan pelbagai usaha dengan semangat yang kental tanpa berputus asa. Ia mencetuskan sesuatu yang positif dalam diri kita untuk terus berusaha merealisasikan apa yang diinginkan. 


Setiap Azam perlulah diiringi dengan Tawakal (berserah segalanya kepada Allah swt). Firman-Nya di dalam surah Ali-Imran: ayat 159

" Kemudian apabila engkau berazam, bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya " 




Apa Azam Qaseh? hmmm biarlah rahsia.... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...