nuffnang 3

28 August 2010

KEMERDEKAAN bagi bekas pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara

Tanggal 31 Ogos, adalah tarikh yg penuh sejarah bagi tanah air kita. Pada tarikh inilah negara kita Merdeka, bebas daripada penjajah. tapi adakah kita faham mengertian sebenar Kemerdekaan itu. Marilah kita dengarlah kata-kata bekas pemimpin negara kita yang telah banyak berkorban untuk kemerdekaan negara kita sehingga hari ini.


















Teruskan kibar jalur gemilang di mana-mana sahaja.

23 August 2010

Tip-tip menjamin kerukunan rumahtangga khas untuk suami

1.
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8.
Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9.
 Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

1 0.
Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11.
Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.
Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19.
 Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.
Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

18 August 2010

Perancangan Awal Sebelum Berhari Raya dgn Gembiranya

Baru 9 hari puasa tp aku dan husband dah merancang cuti, perbelanjaan dan perjalanan untuk Hari Raya nanti. nampak mcm excited je kan. xkisah la apa korang nak ckp.

Cuti utk hari raya aku dan husband dah apply dah. So, kitaorg dah decide utk bercuti pada tarikh yg bertanda merah tuuu.


hampir 2 minggu cuti raya, jgn xpercaya dan jgn jeles ya. Bagi yg dah berkeluarga pasti paham kan. ye la kg halaman aku nun ke utara sana manakala kg husband nun ke arah selatan. w'pun tahun ini kg (Melaka) husband punya turn balik raya. Tapi aku tetap nak balik kg aku di perak. tp aku xde la smpai gaduh2 dgn husband pasal balik kg mana. mmg raya pertama n kedua kat Melaka, raya ketiga baru kitaorg balik Perak. Husband aku pun setuju. apa lagiii Horayyyy.

Perancangan perbelanjaan kami sekeluarga pulak...kebanyakan aku decide and my husband ikut je.. hee hee, nama pun menteri kewangan keluarga jadik gunakan kuasa sepenuhnya. aku dah listkan perkara-perkara yg sgt perlu dibeli dan aku peruntukkan jugak utk perbelanjaan luar jangka (emergency case only) belajar dr pengalaman beb...haa haa..

sekarang aku dan suami tgh rancang perjalanan pulak, korang mesti tau kan...time2 perayaan mcm ni. aku jamin 100% mesti jem giler punya la. tambah2 kat Lebuhraya. So, kitaorg laki bini ambik inisiatif cari jalan yg boleh elak dr jem yg mana perjalanan yg 2 jam boleh jadik 4 jam. mmg aku xnak la...letih oiii dah la puasa pulak tu...So, kita org tgh survey Lebuhraya yg ke arah selatan ni. pernah tak dengar LEKAS Highway.



Harap-harap semua perancangan ini menjadilah...lambat lagi nak raya ada 21 hari lagi...macam2 boleh dirancang lagi. Walaupun perancangan amat penting tp kita perlu ingat Kita hanya merancang tetapi Allah yg menentukan segalanya.



17 August 2010

Azab Kubur : Peringatan Allah swt kepada HambaNya

Pagi-pagi ini aku terfikir ttg mimpi yg aku alami mlm td. Apa maksud mimpi tu? kenapa ia terjadi dlm mimpi aku? Apa yang telah aku lakukan? banyak pertanyaan yg belum terungkai masih bersarang di mindaku kini.

Aku tak berapa ingat sgt ttg mimpi tu tp yg betul2 aku ingat mimpi aku tu ada tiga kematian serentak dlm satu hari. Org yg meninggal tu pulak org yg aku kenal tp bukan saudara-mara aku. Serius fikiran aku mmg tergangu skrg. kalo nak ckp mimpi tu mainan sekarang kan bulan Ramadhan semua setan dah di ikat.

Aku dpt rasakan mcm ia suatu petanda bg aku supaya beringat, ye lah maybe ada kesalahan yg telah aku lakukan tanpa aku sedari. Ya Allah... Kau Maha Besar, Lagi Maha Mengetahui.

Minggu lepas aku ada terima satu email ttg Azab Kubur, maybe aku terbawa2 sgt ttg cerita ni..

Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt








Dalam Hadis Rasulullah saw : Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang. Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya. Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

16 August 2010

Kek Hari Jadi Juadah Berbuka Puasa

Semalam 6 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 Ogos 2010, merupakan tarikh yg bersejarah dan bermakna dalam hidupku. Tarikh keramat inilah aku telah dilahirkan kedunia ni. Alhamdullilah tahun ni ulang tahun aku di sambut pada bulan puasa yang penuh keberkatan ni.



Terima Kasih Mak kerana bersusah payah kerna melahirkan anakmu ni, sesungguhnya tak terbalas segala pengorbananmu itu. ABAH, terima kasih kerna membanting tulang mencari rezeki membesarkan anakmu ni.Sesungguhnya jasamu akan aku kenang sampai bila-bila. Maafkan anakmu ini yg selama ni telah banyak menyakiti hatimu. Sayang MAK ABAH selagi hayat dikandung badan.



Terima Kasih, PAPA kerana membahagiakan diri ni selama ini. Sesungguhnya Mama amat mencintai PAPA Sepenuh Hati. AYUNI, terima kasih kerna teletahmu menceriakan hari-hari Mama.Sesungguhnya Mama Sayaaanngg Manja bucuk Mama yg seorang ni.



Along (SIL), Abg Fuzzy (SIL husband) & Ariff (SIL Son) terima kasih byk2 kerna sudi dtg berbuka puasa dan sambut hari jadi aku yg tak seberapa. Sesungguhnya you all mmg sporting...like it. Terima Kasih Adik2 ipar aku yg sudi membantu. Sesungguhnya korang bantuan korang mmg diperlukan stiap masa. Hee hee ..



Terima Kasih tak terhingga kpd kawan2, Sahabat2 lama dan baru, my BFF, rakan-rakan sekerja dan seperjuangan atas ucapan yg ku terima semalam. Sesungguhnya korang semuanya mmg best bangat.

Menu utama berbuka puasa
Kek Secret Recipe

Hmmm..makan tak terkata.
Pilihan PAPA mmg yg terbaik.
Love it.

12 August 2010

3 Ramadhan : Macam-Macam Ada

Alhamdullilah sudah 2 hari puasa. Bagi yg betul2 sempurna puasa tu tahniah tp bg yg masih kurang tu boleh cuba lagi. W'pun 2 bari puasa mesti macam2 yg dah berlaku kan.Mesti ada yg xsempat sahur coz jam tak bunyi, tau-tau dah pagi. Mesti ada org tak sengaja makan @ minum, mesti ada yg dah berbuka sblm Azan Maghrib rupanya tersilap dengar siaran stesen radio Pantai Timur padahal tinggal di KL.

Mesti ada org yg berbuka dlm kereta coz tersekat dlm jem (jd sediakan air dlm kereta) nnt ada yg kena tadah air hujan buat berbuka sbb xde air nak minum (itu pun kalo hujan, kalo xhujan mcm mana?) Mesti ada jugak yg selamba je hisap rokok padahal puasa hmm sengaja ke xsengaja. bulan puasa inilah jadikan masa untuk berhenti merokok dan buang tabiat2 yg xberfaedah.

Bagi wanita yg uzur pulak jgnlah mengada2 mkn depan yg puasa ni hormatlah skit ok. Orang sekarang Puasa bukan jadi suatu ibadat tapi dah jadi satu adat kenapa? Yalah ada yg puasa bukan main bersungguh2 lagi tp bab solat diabaikan. apa nak jadik ni. Bulan Ramadhan yg mulia inilah suatu kesempatan untuk kita berbakti, berbuat baik yg pahalanya brkali ganda tapi biarlah ikhlas dr hati yg suci murni.



Bersyukurlah kpd Allah kerna kita masih mampu lagi berpuasa, bukan setakat menahan nafsu lapar dan dahaga shj tp nafsu yg lain2 pun kena tahan jugak.

Azam bulan Puasa kali ini aku nak habiskan bacaan Al-Quran. InsyaAllah aku akan buat yg termampu coz nak pergi sembahyang tarawih xdpt sbb anak kecil lagi...



Teruskan usaha dan tabahkan diri dalam menghadapi ujian dan dugaan di dlm Bulan Ramadhan yg Mulia ini.

10 August 2010

Bersahur dipagi 1 Ramadhan 1431 hijrah bagi tahun 2010

Aku tiba2 terjaga dr tidur, pukul berapa ni? terus saja aku lihat jam di handset aku. ehh baru kul 3.50pagi dahh. terover pulak aku ni maybe aku dah set dlm otak aku utk bangun sahur kot. padahal aku dah set kan alarm dlm handset kul 4.10pagi...memandangkan awal lagi aku pun tidur balik coz tggu je sampai alarm berbunyi. lagipun malam tadi aku dah masak nasi siap2 sblm tidur. So, bangun nnt just goreng telur dadar dengan masak sardin je...

Tepat kul 4.10pagi alarm pun berbunyi...aku pun terus bangun pergi ke dapur. aku nak buat telur dadar dulu so aku dah pecahkan 5 biji telur kot. tapi geramnya aku, telur yg pertama yg aku pecah tu dah busuk...nak muntah jugak aku. tapi nak cepat aku abaikan je..terus hidupkan api dapur gas aku, tapi slow je api...dlm seminit mcm tu dah padam ehh kenapa ni? kuali aku pun xpanas lagi. Oh...tidak, gas dah habis mcm mana ni...tak sahur la jawapnya.


Last2 dapat idea, aku kan ada periuk multicooking
(hadiah kahwin dulu).



Dengan pantas aku keluarkan periuk tu dr bawah meja cuci2 sikit coz berhabuk dah lama xguna simpan je. kalo xsilap ni kali yg ke 5 menggunakannya. Dengan senang hati aku mengoreng telur dadar dan pastu aku masak sambal sardin.

Kul 4.50pagi, semuanya dah masak dan terhidang diatas meja sekali dengan air teh O panas. Cabaran seterusnya kejutkan suami dan adik2 ipar aku utk bersahur. Nasib baik semuanya senang bangun kalo tak hangin gak aku kalo diarg liat nak bangun.

Akhirnya semuanya selamat bersahur sekali dengan niat untuk puasa esok hari. Azan Subuh pun telah berkumandang menandakan kita sudah mula berpuasa. jadixboleh makan dan minum lagi sehingga waktu berbuka nanti( jadi tggulah Azan Maghrib pulak ok).

Saya sekeluarga ingin mengucapkan
"Selamat Bersahur & Menjalani Ibadat Puasa dengan Penuh KESABARAN, KETAQWAAN DAN KEIMANAN kpd ALLAH swt".

08 August 2010

Isnin : Selamat Pagi Semua

Selamat sejahtera sy ucapkan kpd semua...semua rakan-rakan sihat. sy alhamdullilah sihat wallafiat. sy teramat rindu dengan kawan-kawan semua. Pagi-pagi Isnin mesti ramai yg tengah kesibukan dengan tugas-tugas di pejabat. sy pun tidak terkecuali dengan kerja-kerja yg bertimbun ya lah seminggu meninggalkan pejabat memang penuh la fail & surat-surat atas meja.

tak kisah nak start hari ini dengan update blog dulu...he hee he..ok lah..citer2 masa kursus nnt sy upload k..4 hari 2 malam mmg banyak nak dikongsikan. letih sgt2 mmg tak terkata ambil masa 2 hari jugak la nak recover badan yg letih dan penat. Tapi kursus kali ini mmg sgt2 berbaloi2...

ok lah....kita citer kemudian k?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...