nuffnang 3

29 June 2010

Aku berada di alam penuh Fantasi tetapi bukanlah mimpi yg hanya mainan tidur

Betul ke bukan Mimpi, masih xpercaya...dengar ni.

Bagaikan Berada di Alam Fantasi,
Penuh Cahaya Berwarna-warni,
Percayalah ia benar-benar Realiti,
Inilah tempatnya digelarkan I-CITY.

Ooh...kini ku percaya...
Percayalahhhh
(ini lagu CT Nurhaliza la xde kene mengena
pun dgn citer ni hanya sekadar hiburan semata-mata).

Inilah pertama kalinya
aku, papa n ayuni menjejakkan kaki ke I-CITY.
 selama ini mendgr citer ttg nya saja.
akhirnya hari minggu yg lepas
kami semua berkesempatan menerokai keunikan
 dan keindahan pelbagai cahaya yg bwarna - warni
 yg memukau mata siapa sahaja.
x kata yg dpt diungkap stiap kilauan cahaya bagaikn fantasi.

Lihatlah Penerokaan kami di I-CITY.

"See It, Feel It & Believe It"

Pokok yg penuh bercahaya mmg terpukau

mmg kreatif & lain drpd yg lain.

wajah2 yg penuh kehairanan

Ajaib, kaktus pun bcahaya mcm2 warna

Romantik tak...;-)

Unik kan burung merak ni

with bamboo n Panda yg cuit sgt

bagaikan taman penuh keajaiban...

menakutkan...mcm real je Dinasour tu

Luar biasa...menakjubkan!

posing lagii...main snap2 je

penuh dgn keseronokan & keriangan


Pengembaraan yg pastinya penuh dgn kegembiraan
setiap sudut kami terokai xnak miss satu pun,
bagaikan xterasa hampir 2 jam
baru penerokaan kami berakhir.



25 June 2010

Dapur Qaseh : Gulai Ikan Haruan

Selamat berhujung minggu kpd semua.
Kali ini qaseh nak berkongsi resepi ibundaku yg tersayang.
"Gulai Ikan Haruan" 

Bahan-Bahannya.

1. seekor ikan haruan
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. serbuk rempah kari ikan
5. santan
6. asam keping
7. garam
8. bendi
9. tomato










Cara2 Masak

1. Mula2 siang ikan haruan & potong kecil2, basuh dan cuci bersih2

2. kemudian gaulkan garam & asam keping (asam jawa pun boleh) utk kurangkan hanyir ikan haruan (biarkan 1/2 jam baru bilas dgn air bersih)
 3. Panaskan minyak tumiskan bawang putih + bawang merah yg tlh dihiris halus.
4. stlh naik bau, masukkan serbuk rempah kari yg telah digaulkan dgn air.
5. masak & gaul rempah tsbt sehingga naik minyak
6. masukan sedikit garam & 2 keping asam keping
7. kemudian masukkn ikan haruan & gaul sehingga sebati dgn rempah td.
8.barulah masukkan air santan dan seterusnya bendi
9.biarkan sehingga gulai tersebut mendidih, jgn kacau selalu nnt hancur pulak ikan tu.
10. bila mendidih barulah masukkan tomato. biarkan seketika baru tutup api.

Dah siap! Taa Daaa "Gulai Ikan Haruan" kegemaran Abah.



Ikan Haruan byk khasiatnya tau...bagus utk ibu2 lepas bersalin
kilik di SINI utk dptkan info khasiat ikan haruan ini.

Sila la cuba utk hidangan hujung minggu ni...

23 June 2010

Tidak!...aku dah jadi hantu Pulut Mangga Coknan

Ooop jgn xsalah paham...bukan hantu betul k,
i mean "hantu" sbb aku suka sgt
mkn pulut mangga coknan,
bayangkan dlm masa 2 minggu sudah 3 kali
aku makan pulut mangga ni.



first time, hari jumaat (11/6) -waktu rehat 2jam ma apa la ronggeng la...aku g tesco tmn midah sorang2 saja tgk2 apa yg patut. dah nak balik tu aku nmpak ada org jual pulut mangga kat parking lot.dah lama aku xmkn pulut mangga ni so, aku tapau mkn kat office sambil facebook.

Second time, hari rabu (16/6) -emergency leave coz Ayuni got fever...pergi tesco dah ptg dah, saja bw Ayuni coz fever dia mcm dah ok sikit so bw dia mkn n.ayam & aku mkn pulut mangga lagi he hee...tp at last n. ayam tu pun aku habiskan...

Third time, malam tadi ha haaa, tggu papa ayuni balik keje terus ajak dia g tesco- nak shopping barang2 sikit coz br dpt baucer dr tesco.jadik sambil menyelam minum air ooop salah mkn pulut mangga. Tp kali ni aku tamak giler coz aku minta 2 biji mangga ye la mangga Coknan tu kita boleh pilih sendiri tau. Akhirnya mangga tu xabis pun bw umah simpan dlm freeze.


Note :
Maybe ada yg keempat kali, kelima kali, keenam kali kot....pendek kata selagi pulut mangga tu masih dijual, selagi itu aku akan jadik hantu pulut mangga...hoooooo



20 June 2010

Abah & Papa Tersayang : Happy Father Day's

Abah & Papa, Sempena Father Days...
Terima Kasih atas segala Pengorbanan selama ini.
Nukilan ini hanyalah untukmu

Abah & Papa,
Kamulah Insan yg Amatku Sayangi
Kamulah Insan yg Teristimewa di Hati
Kamulah Insan yg Bertahta disanubari
Kamulah Insan Sentiasaku Rindui

Abah & Papa,
Dua Insan yg membuatkan hidupku amat bermakna.

**********************************************************



Hadiah Sempena Father Day's Buat Papa

Mama harap Papa suka, sbb semuanya Papa yg pilih sendiri.
He hee...ini je yg termampu.

16 June 2010

Siapa Kata Pengangkutan Awam ni Menyusahkan, Byk kebaikan yg kita dapat

Hujung minggu yg lepas, aku dan ayuni terpaksa pulang ke kampung dengan bas. sbb Papa kena pergi Bandung Indonesia. Aku kena balik Kg jugak sbb ada sepupu rapat aku kahwin. Sebenarnya mmg aku takut jugak naik bas. Lebih 2 tahun aku tidak menggunakan perkhidmatan awam ni. tapi aku beranikan diri & takawal je lah.



Transnasional adalah pengangkutan pilihan utama aku. Maybe aku lebih yakin dgn perkhidmatan yg ditawarkan krn sblm ni aku pernah menggunakan bas transnasional utk balik kg (ms tu aku bujang lagi). Sekarang hentian bas di Pudu ditutup buat sementara, so terpaksa la menapak ke Bkt Jalil utk beli tiket bas. Aku ke sana dgn pengangkutan awam jugak..Star di Salak Selatan terus je k Bkt Jalil mmg cepat dlm 15 minit je aku smpai. bila sampai aku mmg terus serbu ke kaunter transnasional je..beli tiket utk 2 sit Aku n Ayuni..

 Tiket ke Teluk Intan, Dewasa RM 14.00 dan Kanak2 RM 8.00 je. Mmg murah...Smpai Papa ckp kalo mcm ni balik Kg naik bas je la...boleh save bajet byk ni...drpd balik naik keta.


Ternyata pilihan aku tepat, bas transnasional lagiii canggih dari dulu...mmg selesa n tmpt duduk dia pun class..puashati. Ayuni pun suka..dia duduk je xnak bangun2.

Perjalanan dr KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Smpai je di hentian basTeluk Intan..aku terus menelefon Abah minta dtg ambik. Hmm..Kat Teluk Intan pun dah ada hentian baru lagi besar n selesa. Mmg cepat je perubahan terhdp pengangkutan awam ni utk keselesaan org ramai.


Utk kenangan aku & ayuni pun sempat posing dlm bas tu...ini masa dlm perjalanan dari Teluk Intan ke KL semula. Ayuni br je bangun tido masa tu...



Note : Pengangkutan Awam sekarang semakin canggih berbanding dulu. 

09 June 2010

Demam BOLA sudah melanda seluruh DUNIA.Kesannya Makan BOLA, Tidur BOLA, Hidup BOLA, Semuanya BOLA..BOLA..BOLA

Adakah anda Demam?
Adakah anda ada tanda2 spt Makan Bola & Tido Bola?

Hmmm...mmg serius penyakit anda ni?
Penyakit ini dinamakan Demam Bola
"WORLD CUP 2010"

Inilah Virusnya....
Datangnya dr Afrika Selatan...
Berjaga2 lah anda semua....

Oklah..xnak merapu lagi,abaikan je yg kat atas tu..
Sempena nak dgn kehangatan "World Cup 2010",
Qaseh nak kawan2 citerkan pengalaman, peristiwa, dan
apa2 je yg melibatkan diri anda dengan BOLA
(xkisah bola apa pun janji bola k?)

Kemudian jawap 3 soalan berkaitan dengan WORLD CUP.

1.  Pasukan manakah yg anda sokong di World Cup?
2. Siapakah pemain bola sepak yang anda minati?
3. Apa yang anda suka tentang World Cup 2010?

Tagkan semua ini kpd 8 org
(sempena 8 group FIFA World Cup)

Dengan ini sy tagkan Demam World Cup ini kpd:-



Jom kawan-kawan kita memeriahkan lagi...
"Piala Dunia 2010"
Makan Bola, Tidur Bola, Hidup Bola








03 June 2010

Lala, Remis & Kupang adalah Seafood

Siapa suka Seafood...angkat tangan?
kalo suka, sy nak bertanya
adakah anda kenal dgn Lala?
satu spesis siput di laut mcm kerang.
Sebenarnya remis n lala adalah sama.
Lain negeri lain la namanye kan...
Pada yg xtau Lala tu mcm mana,
Mari kita tgk bersama2.

tadaaa....Ini lah LALA@Remis.

Lala ini hidup di tepi pantai je...
so, senang nak cari dia...
Tiru mcm Ayuni & Papa

Cara pertama, korek2 pasir di tepi pantai..
kalo jumpa lala...ambik masuk plastik.
Hee hee hee

Kedua, pas korek2 kita boleh buat mcm ni
Ooppp...salah la, jgn tiru aksi ini.

Ini yg betul punya...maaf ye...
Cara kedua pulak,
korek pasir hingga jadi lubang yg besar
kemudian biarkan air laut masuk dlm lubang tu
Lala akan cepat keluar dr dlm pasir
cepat2 ambik masuk plastik.

Okey...Selamat Mencuba!

Ini pulak Kupang...Spesis Kerang juga
kalo di Australia, Kupang dikenali dgn kerang hijau
mungkin warnanya yg kehijau-hijauan.

Ini adalah makanan laut yg paling aku suka selepas KETAM
saiznye lagi besar berbanding Lala & Kerang.
Isi dia pun lagi sedap...

Hmmmm...apa nak buat dgn LALA & Kupang ini
Slps penat pk nak masak apa?
Akhirnya ini lah jadinya...
Lala Tumis Serai
Kupang Bakar Panas!!!

Hmmm...kenyang betul makan seafood hari tu...
kalo kat KL ni mana nak dpt makanan ni..
mmg kena selalu la balik Kg mcm ni..


Note : Kupang aku beli di pasar, masa on the way balik dr pandai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...