nuffnang 3

27 January 2012

Filem ADNAN SEMPIT 2 di pawagam 23 Februari ini!




Filem Box-Office yang dinanti-nantikan ramai


ADNAN SEMPIT 2

^

^

^



(lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Raja Lawak,
Yana Samsudin serta Angah dan Syuk Raja Lawak)



Jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran anda
23 Februari 2012

26 January 2012

Logo HALAL yang diiktiraf




ASSALAMUALAIKUM...



Jumaat Mubaraka...
Penghulu segala hari yang penuh barakah


Perhatian!!!
kepada umat Islam
diminta berwaspada dengan tanda logo HALAL
yang telah diharamkan di Malaysia


^

^

^


LOGO-LOGO HALAL SWASTA YANG DIHARAMKAN

IFANCA INTERNATIONAL


HALAL FOOD COUNCIL S.E.A


1. BAHTERA LAGENDA SDN BHD
2. ISLAMIC FOOD AND RESEARCH COUNCIL (IFRC)


(Sumber : DunyaHalal.com)


^

^

^



Laporan 999 di TV3
mengenai logo Halal
Khamis (19/01/2012)



Lepas ini memang kena alert
tentang tanda logo HALAL yang dipamerkan
kat mana-mana kedai/restoran
pastikan tanda logo halal yang diiktiraf
seperti di bawah ini

^

^

^





Dah siap ambil gambar simpan dalam handset
senang nak tengok nanti
tak nak tertipu lagi dengan logo-logo yg salah



Makanan yang HALAL ini penting sangat
kerana ia akan menjadi darah daging kita
Jadi mencari yang HALAL adalah wajib
bagi kita sebagai umat Islam






25 January 2012

Penderitaan Abah



ASSALAMUALAIKUM...




Alhamdulillah majlis kenduri arwah di kampung selesai diadakan pada hari selasa yang lepas. Terima kasih kepada semua yang datang terutamanya jiran tetangga yang datang membantu. Korang perasaan tak kenapa aku kerap sangat balik kampung (Perak). boleh katakan sebulan 2 kali aku balik berbanding dulu 3 bulan sekali kot balik. Sebabnya aku risau keadaan Abah aku yang sakit. Keadaan Abah teruk dengan penderitaan luka di tapak kaki kirinya yang sudah hampir 2 tahun tidak sembuh. Memang Abah ada penyakit darah tinggi & kencing manis tapi tidak begitu tinggi.



sumber google

Lebih kurang beginilah luka di tapak kaki kiri Abah. Sungguh sayu hati bila mengenangkan penderitaan Abah. Yalah sebelum ini Abah sangat aktif & tak pernah duduk diam mesti ada aje kerja yang dilakukan. Tapi sejak kakinya luka akibat terkena kayu di tengah bendang semasa membajak jadi Abah jadi penunggu setia di rumah kerana pergerakan Abah kini terbatas. Kalo berjalan sekejap pun untuk ambil angin di luar rumah pasti luka di kakinya berdarah & pedih. Jadi, suruh abah pakai tongkat supaya memudahkan pergerakkannya dan kakinya tidak berdarah tapi abah kata xpandai guna tongkat dan akhirnya Abah memilih untuk berkerusi roda.


Aku ada mention kan Abah aku kena operate di Hospital Pantai Ipoh pd hujung tahun lepas. Disebabkan sakit yang terlampau pada luka di kakinya sehingga tidak boleh tidur malam Abah mengambil keputusan untuk dapatkan rawatan pakar di hospital swasta. Doktor pakar telah membuat pembedahan untuk membuang kulit2 & isi yang telah mati pada tapak kaki Abah dan 5 hari juga Abah di Hospital baru dibenarkan balik rumah. sebelum ini macam-macam rawatan yang Abah dapatkan. Daripada hospital kerajaan, klinik swasta hinggalah ke rawatan traditional semuanya Abah dah cuba berbagai-bagai ubat yang telah di makannya tetapi semuanya tidak sedikit pun meninggalkan kesan yang positif. Luka di kaki Abah masih macam tu, kesiannya Abah.



Antara produk-produk yang Abah telah cuba merawat luka di kakinya


Hampir setengah tahun Abah makan produk ini




Produk ini pun Abah sudah cuba
tetapi hasilnya tetap mengecewakan





Ini produk yang baru 3 hari Abah cuba
Ada saudara syorkan makan katanya bagus
(kita tengoklah hasilnya slps sebulan nanti)



Dari segi permakanan pun Abah jaga. Macam-macam Abah pantang dah macam orang lepas pantang pulak. Kadang-kadang kesian sangat sebab makan pun tak de selera & tak habis. Rakan-rakan blogger sekalian boleh tak bagi tahu produk-produk yang terbaik dan paling mujarab untuk luka macam Abah saya ini. Aku dah tak sanggup tengok Abah tanggung sakit kalo boleh aku nak Abah cepat sembuh. Kalo boleh emailkan tentang produk tersebut dengan testimoni produk tu sekali  ke yg_atira@yahoo.com untuk memudahkan saya review nanti.




24 January 2012

Series 10 : Wordless Wednesday




ASSALAMUALAIKUM...




WORDLESS WEDNESDAY


^

^

^


DI TEPIAN PANTAI
BERMAIN OMBAK










20 January 2012

resepsi perkahwinan Adzriefaiz (personaliti/pengacara TV3)




ASSALAMUALAIKUM....



Ahad lepas telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan personaliti atau pengacara TV3, Adzriefaiz dengan isterinya, Suliza. Adzriefaiz, juga seorang pelakon ini telah bertunang dengan pasangannya sekitar awal Jun lepas dan telah dinikahkan pada 9 Disember lepas. Majlis mereka ini diadakan di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur. Kredit gambar sazastudio.
















Photobucket








Photobucket



Photobucket


Photobucket






Photobucket













Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada cuti Tahun Baru Cina. Semoga Mahligai yang dibina sentiasa kukuh dan utuh walaupun ribut dan badai melanda. Semoga Bahtera pelayaran di alam rumahtangga ini akan dikemudi dengan sebaik-baiknya. Semoga cepat menimbang cahaya mata sebagai pengerat hubungan kasih & sayang. Akhir sekali Semoga Cinta yang bersatu kekal sehingga hujung nyawa.







19 January 2012

Mood Balik Kampung

ASSALAMUALAIKUM...





La la laa laaaa...mood sangat gumbira hari ini kerana tak sabar mau balik kampung. Hati mmg la happy tapi bila tengok rumah tak kemas lagi, baju sebakul  tak basuh lagi dan baju & barang2 tak packing lagi. mula la kepala aku serabut. La laa laa tukar jadik Whu waa waaa...


Bangun pagi ini sibuk la dari bilik tido ke dapur ke bilik air mengemas, membasuh dan menyidai baju dah macam lipas kudung dah. Nasib baik mylittle Hero dalam walker senang nak buat keje tp tu pun asyik ikut buntut Mama dia je. Bila tak nampak Mama dia je mulalah melalak aduhaiiii. Tak senang jugak Mama nak buat keje cepat-cepat.


Petang nantilah baru packing baju & barang2 sbb nak packing ini kena buat slow2 xleh kelam kabut nanti mesti ada yg tertinggal punya. Reminder diri sendiri kerana selalu terjadi tertinggal seluar kecik en. hubby kua kua kua...(masam la muka dia 3 hari kat kg). Berus gigi pun selalu gak tinggal. Kadang-kadang tu dah ingat dah tapi macam mana boleh lupa aku pun tak tau. maybe banyak sangat nak ingat kut sabar je lahhh.


Ok lah xleh citer panjang-panjang nak sambung kerja2 yang masih lagi belum siap. Nanti my hubby balik kerja tgk satu pun belum packing bising pulak dia nanti sbb pagi-pagi dia dah pesan kemas barang nak balik kampung.


Sebelum itu, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua dan kepada yang menyambut "Tahun Baru Cina" selamat bergembira bersama-sama keluarga. Rakan-rakan blogger yang balik kampung "Hati-hati di jalan raya, Pandu Cermat & berhemat ". semoga selamat disepanjang perjalanan pergi dan kembali nanti.






18 January 2012

Musim Salji Di Taman Botani Negara

ASSALAMULAIKUM....


Seronoknya berkesempatan ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam yang kini dikenali sebagai Taman Botani Negara buat kali yang ke -2. Kali pertama punya cerita klik di SINI.

Kali ini lebih best kerana dapat masuk ke Rumah Iklim Empat Musim. Kebetulan sekarang adalah Musim Salji jadinya kami semua sangat-sangat excited untuk melihat dan merasainya. Mestilah teruja habiskan sebab kat Malaysia ini Iklim hujan dan panas sepanjang tahun. Kalau nak pergi oversea mmg tak dapatlah maybe tunggu aku KAYA dulu hu huuu...(korang doa-doa kan ye).






 




 






 


 


 


 


 



 
Sejuk sangat-sangat tak tahan hu huu...-ve 5 darjah celcius tuu...cepat-cepat snap gambar pastu terus keluar. tak sampai 5 minit pun sejuk sampai ke tulangku. Ashraaf pun dah sampai merekot2 kaki tangan. Ayuni pulak sampai melaket dgn Papa dia xmau turun2 sejuk sangat. Abang Ipar & wife dia pun xtahan jugak cepat-cepat diaorang keluar dari tempat salji tu.

Tiket Masuk Rumah Iklim Empat Musim hanya RM3.00 (dewasa) & RM 1.00 (kanak-kanak). Tiket kena beli kat kaunter pintu masuk Taman Botani. Naik bas laluan satu yang disediakan secara percuma.

 

17 January 2012

Series 9 : Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM...




Wordless Wednesday
18/01/2012

^

^

^

Merpati Dua Sejoli

 


^


^


^















Elianto

ASSALAMUALAIKUM...





Shopping di Elianto, Sungei Wang ketika awal bulan
sememangnya seronok kerna duit tengah masyukkk sehinggakan
mataku tersangat rambang melihat colour2 eyeshadow yg berwarna warni
memang tak tahu nak pilih yg mana satu nasib baik
Cikgu suruh beli beberapa warna yg perlu digunakan utk kelas make up nanti
kalo tak maunyee berjam-jam kat Elianto semata2 nak pilih warna eyeshadow saja


^

^

^


Akhirnya inilah hasil shoppingan di Elianto
Total : RM 60
 (nasib baik semua barang dapat diskaun 20%)


Lepas tu, kita orang semua singgah makan kat MCD dulu
sempatlah makan Propesrity Burger Beef set punya
kenyang makan jalan-jalan pusing-pusing
cikgu bawa pergi kedai-kedai jual alatan salon & make up
hampir semua kedai kat situ kitaorg masuk
& tanya barang-barang yang kitaorg cari
penat giler tetapi berbaloi sebab kitaorg jumpa yg kitaorg nak
dan hasil shoppingan yg terakhir di Sungei Wang


^

^

^



Set Brush Makeup 12 btg + 2 Foundation
+ 5 glitter Eyeshadow + 8 sponge + glue
Total : RM 125.00



Tak sabar-sabar nak gunakan semua barang2 ini
paling tak sabar untuk melihat hasil contengan
air tangan sendiri samada berseni ke tak






15 January 2012

Komuniti Bank SUSU IBU Diharamkan

ASSALAMUALAIKUM...




Ingin berkongsi berita terbaru tentang SUSU IBU iaitu tentang penubuhan Komuniti Human Milk For Human Baby (HM4HB).  Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.






Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan

PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.
Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.

Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.

“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Sumber dari Berita Harian online.




"Susu Ibu memang terbaik tetapi syariat dan hukum agama kita wajib dipatuhi"


13 January 2012

BETUL-BETUL TERUJA

ASSALAMUALAIKUM...




Teruja, gembira & bahagianya aku rasa pabila aku melihat sendiri Mylittle Hero buat pertama kalinya berdiri tanpa bantuan sesiapa. Memang sungguh indah saat itu, sangat-sangat membuat aku terkejut tapi ia membuat aku kagum jugak sebab myHero ini belum pun boleh merangkak tiba-tiba berdiri. Gembiranya kerana aku sempat ambil gambar myHero di saat yang mengujakan itu.



Rentetan Adeel Ashraaf Pertama Kali Berdiri


Ashraaf dah boleh mengesot-gesot ke depan
jadi aku biarkan Ashraaf bermain dilantai
supaya dia bebas menerokai dunia dia
tidaklah hanya duduk dalam walker dia saja


Walaupun bebas menerokai sampai di bawah kerusi
tapi aku tetap mengawasi Ashraaf setiap masa & ketika
semakin ligat mengesot untuk dapatkan apa dia nampak


Amboi-amboi bukan main seronok Hero Mama sorang ini
sampai senyum tersengih-sengih bila Mama panggil nama dia
Memang lasak la bukan Ashraaf ini nasib baik xboleh merangkak lagi
kalau tak semua cerok/celah kat rumah ini dia masuk


Tengok apalah yang dia dapat di bawah kerusi tu
(kakak dia punya mainan la tu suka sgt letak sepah-sepah)
pastu suka sangat masuk dalam mulut...
geram Mama tau!!!


Alih-alih tengok dia dah sampai ke meja tu
pertama kali juga tengok dia beraksi macam tu
Jadi aku pun snap-snap gambar guna handset aje


Aku panggil nama dia spy dia tengok aku
sbb Mama dia excited duk snap-snap gambar
baru comeyyy gambar kan kan



Bila nak snap lagi sekali
tiba-tiba dia lepaskan kedua2 belah tangan dari meja
tengok dia berdiri beberapa saat laaa
pastu terus telentang...kebaboommm
(terus campak handset atas sofa)
nangis sekejap saja, biasalah Hero hu huuu




Melihat anak-anak berupaya menguasai satu tahap ke tahap yang lain adalah suatu perasaan yg cukup gembira bagi yang bergelar IBU terutamanya bila dapat menyaksikan sendiri anak kita daripada meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan akhirnya berjalan. Semua pengalaman itu betul-betul mengujakan kedua-dua Ibu Bapa kerana setiap anak berbeza-beza perkembangannya. Macam Ashraaf ini, dalam usia lapan bulan lebih ini perkembangan yang ditunjukkan sgt-sgt mengagumkan diriku.




12 January 2012

Bowling dan RedFamily

ASSALAMUALAIKUM...



Cepat je masa berlalu kan. hari ini dah hari Jumaat, esok Sabtu, lusa Ahad yeahhh cuti-cuti Malaysia. Tapi xde plan lagi nak pergi mana hu huuu. Pagi ini kena usaha kemas rumah dan basuh baju yg sebakul besar tuu. barulah senang hati nak pergi jejalan kan.




Ok back to real story yg aku nak cerita tentang
Bowling & RedFamily
Peristiwa ini terjadi hujung minggu yg lepas di Midvalley Megamall
Mengedikkan diri di Bowling Tournament company Hubby

^

^

^

Group Bowling Papa : Huru Hara
(dapat no.5 ok la tuu)


Yahooo strike,,cayalah Papa
(isteri kenalah support suami dia lebih)


Bukan main excited lagi Ayuni
siap angkat bowling yg berat tuu


Love this Picture
- My RedFamily -





^

^

^

Nah ambik Merah menyala teratang-tang ko hari tuuu
daripada mak bapak ke anak-anak semuanya sedondon merah
korang rasa kalo Redmummy tengok dia jeles tak











11 January 2012

Rumah Wardina Safiyyah kena rompak

ASSALAMUALAIKUM...





Inalillahi wa inailaihi  raji'unn....terkejut mendengar berita di Hot Fm pagi ini. Rumah Wardina Safiyyah di Ampang kena rompak awal pagi tadi. Terus buka Facebook Wardina Safiyyah baca tentang rompakan itu.

^

^

^

Status Facebook Wardina Safiyyah
Status di Twitter tgk SINI



Wardina berkata tiga orang perompak pekerja Indonesia yang bertopeng dan bersenjatakan tongkat & parang telah memecah masuk rumahnya kira-kira pukul 4.00-4.30pagi. Mereka hanya sempat mengambil 5 buah laptop shj kerana security guard telah datang suluh lampu menyebabkan perompak-perompak itu melarikan diri.





Nasib baik Wardina mempunyai jiran-jiran yang prihatin dan cepat bertindak dengan report kepada security guard & Polis. Alhamdulillah Wardina sekeluarga selamat cuma suami Wardina shj yang dipukul perompak itu kerana hajat untuk mendapatkan barang kemas tidak kesampaian. Kejadian ini menyebabkan Wardina & anak-anaknya kini trauma. 


 




* Semoga Kak Wardina tabah dengan dugaan & ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana keimanan hamba Nya.



Dato Siti Nurhaliza sambut hari jadi di Dubai

Assalamulaikum...





Selamat hari lahir ke-32 buat Dato Siti
semoga terus berjuang menjadi anak seni yang dihormati & disayangi
Qaseh juga berdoa agar Dato Siti dikurniakan cahayamata cepat2

^

^

^

sweetkan Dato Siti pegang baby ini

^

^

^

Dubai menjadi destinasi Dato Siti menyambut hari bersama-sama suami tercinta
boleh tengok gambar-gambar menarik Dato Siti yg di sana di blog Rotikaya


^

^

^

Selamat Hari Lahir juga kpd artis Syafinaz Selamat & Anne (bekas penyampai Hot FM)
Semoga berbahagia & terus maju dalam kerjaya yang di ceburi.


Kepada semua yang hari jadi sama dengan Dato Siti
diucapkan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki





09 January 2012

Perpustakaan Negara

ASSALAMUALAIKUM...



Hari ini baru dapat attend kelas setelah seminggu absent sbb mylittle hero demam campak. Minggu ini sambung belajar tentang facial lagi nanti aku buat entri pasal kitaorg berfacial ini sbb aku nak cerita pasal kitaorg pergi Perpustakaan Negara dulu.



kiranya inilah first time aku menjejakkan kaki ke Purpustakaan Negara
hu huu...mmg xpernah masuk pun sepanjang aku hidup ini

^

^

^

Ahli-ahli rombongan ke Perpustakaan Negara
dari kanan (Kak Long, Fatin, Cikgu Yasmeen, Aku, Linda & Kecik)



Bersama longgokkan buku-buku tentang kecantikan
mmg banyak juga buku2 yg kitaorg dapat cari



buku "cantik" dr Zulfadli Suhadi (makeup artist yg terkenal)
antara buku yg aku suka sangat2 sbb byk gambar2 yg cantik2



Rajinnye baca buku "anak sapa nie?"
bukan main khusyuk lagi tuuu



Masing2 sibuk mencari & take note tugasan yg diberi
hampir 2 jam jugak berada dlm perpustakaan negara
mmg syok jugak sekali sekala dpt mentelaah buku2
teringat masa zaman di "U" suatu ketika dulu

^

^

^

Mencari buku kecantikan di Perpustakaan
Banyak membaca brtambahlah ilmu dan pengetahuan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...