nuffnang 3

28 March 2012

Manicure (rawatan kuku tangan)

Manicure merupakan rawatan kecantikan secara professional bagi penjagaan tangan & kuku.

Manicure berasal daripada perkataan manus - hand dan cura - care yang bermaksud penjagaan tangan. menurut sejarah, manicure telah diamalkan oleh orang Mesir, Yunani &Romawi sejak zaman dahulu lagi.


Tujuan utama Manicure
1) membersihkan & mencantikkan kuku tangan
2) melembutkan & melembapkan bahagian tangan yg kasar
3) mencegah tangan & kuku tangan daripada jangkitan kuman
4) menghilangkan tekanan(stress) pada tangan





Cara-Cara Manicure

1. Nyah Kuman Kotoran
- masukkan tangan di dlm air yg tlh diletakkan antiseptik atau detol


2. Hilangkan baki kotoran pd kuku
- sapu Nail Polish Remover di seluruh permukaan kuku & sekitar kuku




3. Rendam tangan dalam air suam untuk mengembangkan sel2 mati
- air suam (60% air sejuk & 40% air panas) dgn suhu antara 36'c - 40'c.


4. Membuang sel kulit mati di sekitar kuku.
- menggunakan Cuticle Remover/Oil

5- Potong sel / kulit kering di sekitar kuku.
- Gunakan Cuticel Cutter untuk membuang kulit2 mati



6- Mengunting kulit2 mati yang berada di sisi kiri dan kananjari
bagi membuang kulit mati yang tak di perlukan.


7- Membentuk kuku dengan mengikut bentuk kuku yang asal.

8- Kikis permukaan atas kuku bagi meratakan permukaan kuku
supaya senang untuk dikilatkan


9- Bersihkan tangan kembali dan kemudian lap
dengan tuala sehingga kering

10- Scrub tangan pelanggan bagi menyingkirkan sel2 mati pada pergelangan tangan hingga ke jari dan bilas.

11- Urutan lembut pada jari dan tapak tangan bagi melancarkan peredaran darah . mengurangkan tekanan ke atas pelanggan.


12- Urutasn perlu secara menurun dari lengan hingga ke jari.
Urutan lembut secara "membulat" dari pergelangan tangan
hingga ke pangkal jari.

13- Bersihkan sisa massage cream tadi dan keringkan tangan pelanggan dan letakkan buffing Cream pada permukaan kuku

14- Gunakan Buffing Board untuk mengosok
dan mengilap kuku sehingga berkilat


15- Sapukan top code berwarna cristal bagi melengkakan
sesi rawatan sebagai pelindung pada kuku
( bagi non-muslim sahaja)

16- Sapu Cuticle oil bagi menghindari kulit lebih lembut
dan melambatkan proses pengeringan kulit di sekitar kuku.


17- Urutan ringkas sebagai pengakhir rawatan.


^

^

^

SEBELUM

SELEPAS
 
 

27 March 2012

Pecah Rumah




ASSALAMULAIKUM...



Hari ini keluar rumah dengan perasaan yang tidak tenteram kerana memikirkan tentang cerita Pecah Rumah yang berlaku di Apartment aku sekarang ini.


Ceritanya disampaikan oleh Kak Ina @ Babysitter Ayuni & Ashraaf. Petang semalam balik je dari kelas terus la pergi ambil Ashraaf kat rumah Kak Ina di tingkat 8. Sampai je depan rumah dia, aku tengok grill luar bermangga siap pintu pun berkunci lagi. Sambil ketuk pintu dalam hati tertanya-tanya la sbb selalu Kak Ina tak pernah kunci grill. Beberapa kali ketuk Kak Ina pun buka pintu dengan buka kunci mangga dia pun terus cerita petang semalam rumah Aiman kena masuk pencuri habis semua bilik di geledah. Bederau darah dengar cerita Kak Ina, dalam kepala macam mana rumah aku sbb terus ambil Ashraaf tak balik rumah lagi...


Kak Ina sambung cerita lagi...pencuri itu dapat laptop sebijik je sbb Mak Aiman tak simpan barang kemas dalam rumah. Pencuri itu masuk masa mak bapak Aiman pergi kerja. Pastu Kak Ina cakap rumah tingkat 14 pun kena pecah masuk jugak minggu lepas waktu semua orang pergi kerja. Pencuri itu dapat habuan besar sebab dapat rantai & gelang emas lebih kurang RM 10k jugak. Barang makanan dalam peti ais pun habis pencuri-pencuri itu kerja kan. yang aku tak boleh tahan itu Kak Ina kata Pencuri itu siap boleh duduk lepak makan-makan lagi. Mmg menangis tuan rumah dia Kak Ina kata. Risaunya aku masa itu sbb barang kemas aku pun aku simpan dalam almari bilik tidur je. Kak Ina kata polis bagi tau kalo barang kemas tu simpan dalam beras kat bawah sekali. Tapi dalam hati aku kata kalaulah pencuri itu angkut sekali beras itu sama la jugak kan.


Aku pulak boleh tanya macam mana pencuri/penyangak tu boleh masuk. Kak Ina ceritalah, pencuri tu guna cecair/asid letak kat mangga jadi cair la mangga tu. pastu pencuri tu pandai buat tombol pintu tu sampai terbuka. Hmmm...pandai betul diaorangkan. Semua kes-kes ini dah dilaporkan kat polis tapi pencuri itu belum dapat di berkas. Tapi aku syak mesti orang-orang yang tinggal kat Apartment ini jugak yelah macam mana diaorang tahu yang tak de orang kat rumah.


Bagi aku ok la pencuri itu masuk masa kita tak ada kan kalo jadi macam MAWI itu, mmg aku trauma seumur hidup tau...Kena ikat pastu diacukan parang lagi mmg masa tu nyawa hanya di hujung parang tu je lahhh....ngeri-ngeri.


Apa-apa pun kita mesti selalu beringat sewaktu keluar atau masuk rumah. Perhatikan tidak ada orang yang ikut kita. Kalo ada kita harus berwaspada, ambil langkah berhati-hati dengan pasang mangga yang canggih dan mahal skit ke. Barang-barang kemas kita pakai atau letak dalam beg bawa pergi kerja atau letak dalam kereta ke.Duit pun kalo boleh jangan simpan banyak-banyak kat rumah, masukkan terus dalam bank. 


Lagi satu jika kita nak keluar pergi kerja, bacalah "Bismillahi tawakal tu Alallah". kita mesti sentiasa berserah kepada Allah. Kita keluar bekerja mencari rezeki, jadi kepada Allah kita memohon supaya rumah, anak-anak dan diri kita dilindungi daripada sebarang kemudaratan.







25 March 2012

First time Ayuni cuti



ASSALAMUALAIKUM...



Salam hari Isnin semua.

Selamat berkerja dengan tekunnya kepada semua rakyat Malaysia terutamanya buat Suami tercinta (kerja rajin-rajin tau).

Baru balik dari klinik, bawa Ayuni pergi jumpa Doktor sebab dah 2hari dia demam + batuk. Semalam batuk teruk sampai tak boleh tidur. Doktor check suhu badan 38'C agak tinggi jugak. So, doktor bg cuti satu hari kat Ayuni. First time la Ayuni tak dapat pergi sekolah setelah 3 bulan bersekolah.

Alhamdullilah, 3bulan di Tadika Islam ini mmg banyak perkembangan Ayuni dalam pelajaran. Dah kenal huruf & bentuk ABC besar & kecil, dah pandai menulis dan paling aku kagum Ayuni dah boleh hafal Surah Al-Fatihah dengan lancar.

Terima kasih dan tahniah kepada semua Cikgu-cikgu yang telah berusaha dengan sungguh mengajar Ayuni. Jasa Cikgu-cikgu semua amatlah dihargai.






21 March 2012

Ragam 2 Driver


ASSALAMULAIKUM...


Alahai Anak
Macam-macam Ragamnya
Tak kira di mana atau bila
Ada sahaja gelagatnya
Adakalanya membuat kita terhibur
Adakalanya membuat kita geram



Tengok la Ayuni & Ashraaf ini
dalam kereta pun macam-macam ragam

masing-masing berebut nak duduk kat tempat driver
dua-dua tak nak mengalah pulak tu


Ashraaf kalo dapat stereng kereta mmg dia suka sgt
sampai tak mau lepas la
tengok tu dia buli kakak dia


Kakak dia pun nak jugak pegang stereng tu
Ashraaf geram tarik rambut Kakak dia
terpaksalah Mama dia tolong


Setiap kali masuk kereta macam inilah ragamnya
Mamanya yg penat melayan
Papanya buat tak tau je
siap hisap rokok kat luar lagi.

20 March 2012

USAHA TANGGA KEJAYAAN




ASSALAMULAIKUM...




Selamat mengambil keputusan SPM kepada semua calon-calon SPM 2011. Harap adik-adik semua mendapat keputusan yang cemerlang. Pada yang kurang cemerlang janganlah bersedih dan berputus ada kerana gagal sekali tak bermakna gagal selamanya (dah mcm pakar motivasi pulak). Opp jgn silap bukan cita-cita nak jadi pakar motivasi pun. Sekadar memberi semangat kepada anak-anak bangsa dan anak-anak Malaysia supaya terus berusaha kerana Usaha Tangga Kejayaan.



Setiap Usaha yang kita lakukan mestilah dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Bagi mereka yang telah berUsaha InsyaAllah kejayaan milik mereka. Bagi mereka masih gagal walaupun telah berUsaha, anggaplah ia suatu ujian buat anda supaya anda berUsaha lebih lagi dan mungkin ada hikmah disebaliknya.





Ingat "DUIT", jika nak berjaya...





D - DOA

Doa adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana setiap yang kita lakukan mestilah dimulai dengan niat yang betul. Dalam Islam misalnya kita diajar untuk berdoa setiap kali melakukan sesuatu. Walaupun hanya dengan membaca Bismillah.


 U - USAHA

Setelah berdoa barulah kita BerUSAHA untuk mencapai apa yang kita kehendaki tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Usaha yang kita lakukan tidak hanya dengan tenaga dan wang ringgit sahaja tetapi dari segi masa, idea, kepakaran atau kemahiran dan pengalaman kita.



I - IKHTIAR

Ikhtiar bermaksud mencari jalan atau cara yang lebih baik untuk mencapai kejayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Ikhtiar juga merupakan salah satu cara daripada kita mudah putus asa dengan cepat.



T - TAWAKAL

Perkara terakhir yang kita lakukan setelah berdoa, berusaha dan berikhtiar. Tawakal adalah berserah kepada Allah atau redha dengan ketentuan yang ditetapkan oleh yang Maha Esa. 






"SELAMAT BERAMAL...SELAMAT BERJAYA"

19 March 2012

JOM CANTIK


 ASSALAMULAIKUM..




MILLENNIUM HAIR CARE & BEAUTY
MENAWARKAN PERKHIDMATAN YANG MENARIK
DENGAN HARGA YANG JAUH LEBIH MURAH DARIPADA BIASA







MILLENNIUM HAIR CARE & BEAUTY
33-2, Jalan 65C,
Off Jalan Pahang Barat,
Pekeliling Business Centre,
53000 Kuala Lumpur
(berdekatan Hospital KPJ Tawakal)

Monday - Friday
 (10.00am – 5.00pm)

Saturday & Sunday  
(appointment only)

Contact (03 – 40255200)   
Suhaida (017 – 3008665)

16 March 2012

Apa yang Baby saya lakukan?


ASSALAMUALAIKUM,

SUKA TENGOK IKLAN INI

KELAKAR GILERR

^

^

^




SANGAT TERHIBUR DENGAN PELBAGAI GELAGAT BABY
MENCUIT HATI DENGAN TELATAH MEREKA
MENJADI HIBURAN SEISI KELUARGA.

14 March 2012

Bercuti erat kasih sayang



ASSALAMUALAIKUM....



Mesti yang bercuti sekarang kan maklumlah Cuti Sekolah sebab traffic pagi tadi amatlah clear dan lancar + tenang (takde la aku dengar myhubby membebel sepanjang perjalanan sbb jem). Sampai kat kelas pun awal so pergi la sarapan dulu kat Restoran Haslam seperti biasa aku berkeseorang tanpa teman hanya makan roti canai telur + air milo. Bila aku tengok keliling penuh dengan ibu bapa yang bawa anak-anaknya bersarapan pagi.


 
Hu huu...sedih rasanya sbb my hubby tak ambil cuti. lagi kesian kat Ayuni la sebab dia cuti sekolah sekarang ini, takde bawa dia pergi jalan-jalan pun duduk rumah je, kadang-kadang aku tengok dia pun boring main sorang-sorang, tapi kadang kadang dia suka sangat kacau adik dia. Adik dia pulak tak suka kalau orang peluk atau angkat dia tapi itulah yang Ayuni suka buat kat adik dia. Adik dia apa lagi menangis la, maybe Ayuni nak main-main dengan Adik dia tapi tulah adik dia kecik lagi tak pandai nak main sgt.

Takpe, hujung minggu ini Mama dah plan kita sekeluarga akan pergi ke Morib Gold Coast Sepang. Jadi kita akan bergembira di sana sepuas-puasnya. Lagipun cuti sekolah dah nak habiskan. Masa inilah untuk kita bawa anak-anak masing-masing jejalan dan mesra dengan persekitaran di luar dari dunia sekolah, rumah  dan tempat pengasuh sahaja. Penting untuk mereka yang baru nak membesar ini menerokai alam persekitaran untuk cepat belajar mengenal budaya dan menghirup persekitaran yang bersih lagi indah. Boleh juga untuk relaxkan minda anak-anak kita daripada tekanan belajar dan peperiksaan. Lagi penting masa inilah untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan juga anak-anak. 

12 March 2012

10bulan 12hari dah boleh berjalan



ASSALAMULAIKUM...




Hari yang sangat istimewa dan bakal menjadi sejarah bagi aku kerna Mylittle Hero dah mula berjalan. Bukan hanya satu langkah tapi berlangkah-langkah sampai aku sangat-sangat teruja melihatnya. Dalam usia Ashraaf yang baru mencecah 10 bulan 12 hari, tetapi dah mampu menapakkan tapak kakinya yang comel ke depan sambil mengimbangi tubuhnya daripada jatuh. Sungguh aku bertuah kerana dapat melihat Ashraaf perkembangan dia hari demi hari di depan mata aku sendiri.


Cepatnya Ashraaf dapat Kakinya, Ayuni dulu setahun lebih jugak baru boleh berjalan. Hero Mama sorang ini sangat-sangat maju ke hadapan. Ashraaf juga dah pandai melambaikan tangan kalo kita cakap "babai". Gigi Ashraaf dah masuk 3 batang. Ashraaf juga dah pandai cakap "nak nak" kalo dia nampak kita tengah makan atau lambat suapkan dia makan. Suka sangat panjat dan naik atas sofa. dan satu lagi kegemaran dia suka kutip benda kat lantai atau kat mana-mana masuk mulut (yg ini mmg aku geram).







...MAMA sayang ASHRAAF...









08 March 2012

Ekspo untuk Ibu Mengandung, Bayi & Kanak-Kanak



ASSALAMULAIKUM...


Jommmm
ramai-ramai kita serbu ekspo


Midvalley Exhibition Center
9 - 11 March 2012

^

^

^


^

^

^



^

^

^








EKSPO TERUNGGUL
DAN TAWARAN HEBAT
UNTUK IBU MENGANDUNG,
BAYI DAN KANAK-KANAK



07 March 2012

Khas buat Wanita




ASSALAMUALAIKUM....



SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA...


Terutamanya kepada IBU ku (CHE BASAH) yang amat disayangi,
kepada Allahyarham IBU MERTUA ku (NOOR MALAYA) yang diingati,
kepada IBU MERTUA TIRI ku yang dihormati,
kepada NENEK MERTUA ku yang disayangi,
kepada satu-satu KAKAK ku  dan KAKAK-KAKAK IPAR ku yang dikasihi,
kepada BIRAS-BIRAS ku, SEPUPU-SEPUPU & SAUDARA MARA yang dikasihi,
Tak lupa juga kepada SAHABAT BFF, SAHABAT KIM, RAKAN-RAKAN BLOGGER & KAWAN-KAWAN BARU & LAMA ku yang dirindui,




Lagu ini khas untuk anda semua...



WANITA SELURUH DUNIA
(PROJEK PISTOL)




Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Chorus
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua
Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata

Ulang Chorus
Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

Ulang Chorus
Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua





- Selamat Hari WANITA buat DIRI ku Sendiri -

04 March 2012

Kalau dah Rezeki tak kemana



ASSALAMUALAIKUM..



Selamat kembali berkerja hari ini kepada semua yang bekerja...

Nak kongsi rasa teruja dan bertuah kerana terpilih dalam program SANTAI bersama Majalah Pa&Ma.



Mula tengok iklan dlm Majalah Pa&Ma keluaran bulan Januari tersangat berminat nak join program ini sebabnya :-

Pertama - Kebetulan tarikh program ini sama dengan Hari Lahir Suamiku yang tercinta. yeahhh,..boleh sambut kat sana sekali nanti.

Kedua - Boleh bawa anak-anak pergi bercuti sambil Mama dan Papa dia boleh honeymoon lagi hu huuu.

Ketiga - Lokasi yang sangat menarik dan dekat dengan KL. 2jam je dah boleh sampai kalo tak sesat la..


Tapi sedihh...bila call person in charge program tu dia cakap dah penuh. whu waaa mcm nak menangis je sebab punyalah harapan mengunung siap dah berangan macam-macam ni...

Tapi bila dia kata, "boleh bagi nama dan no telefon tak? kita letak nama puan dalam waiting list". masih ada harapan yeahhh hatiku kembali gumbira.


Alhamdulillah....Rezeki, dapat panggilan daripada Kak Nor dari Pa&Ma minggu lepas tanya aku masih berminat tak untuk join program ini sebab ada orang cancel. Apa lagi cepat-cepat aku kata NAkkkkk. yes, boleh la aku berangan balik.

Bak kata orang "Kalau sudah Rezeki tidak Kemana" betul tak? Tak sabar rasanya nak BerSANTAI-SANTAI di Morib Gold Coast Resort, Sepang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...