nuffnang 3

29 December 2010

Kegembiraan dalam kedukaan di hati

Hari ini dalam sejarah bagi Malaysia kerna menjadi JUARA Bola Sepak Piala AFF. Akhirnya, tirai 2010 ditutup dengan penuh kemegahan dan kebanggaan. Yesss....yg paling happy sangat2, esok CUTIIIII....mmg tersgtlah seronok tp hatiku berduka.

Hati ni amatlah risau pada my hubby yg dah masuk 5 hari sakit. mmglah dia ada asma tp dia xpernah sakit lebih drpd 2 hari. Semalam bw dia g klinik utk ambik MC kali ke-3, Doktor pun risau coz muka dia dah start bengkak2. so, doktor decide ambik darah utk test. my hubby pun kena ambik oksigen 15 minit. mmg teruk dia mlm tu xleh tido langsung, nmpk terseksa sgt...

Risau...Risau...Risau, pagi ni dia kata nak ambik MC lg coz masih xsihat lagi, Doktor ckp kalo xsihat lagi hari ni dia suruh check up kat hospital. So, aku pun suruh la my hubby g hospital tp dia liat sgt nak pergi seboleh2nya dia xnak. katanya dah ok skit nak rest je kat umah n esok cuti. Aku pun apa lagi geram la...dia ambil mudah je..kita suruh dia pergi check je mana la tau ada apa2 sbb lama sgt sakit w'pun doktor ckp blood test dia ok je. mmg aku berleter habis kat dia...pergi hospital spy dpt check detail drpd klinik maybe dia check biasa je. hmmm...tu pun xmakan saman. xmau jugak pergi.

last2 aku tefon kak long dia yg tinggal dekat dgn umah...minta dia nasihat adik dia ni. aku xtau nak buat mcm mana dah...xsanggup tgk myhubby sakit2 mcm ni...

Papa, Mama sayangggg Papa sangat.
Cepat2 sembuh tau...

28 December 2010

Mandi manda di Camar Laut Bagan Lalang

Bercuti lagi pada dua hujung minggu yg lepas,
kiranya 18-19/12/2010.
he he 2 minggu berturut2 dpt bercuti free of charge.
mmg rezeki aku n baby...
Penginapan 2 hari 1 malam dan
siap ada BBQ lagi mlm tu...
mmg best la..

Aktiviti Percutian di Camar Laut Bagan Lalang, Sepang
dekat sgt dgn Resort Gold Coast Sepang.
Lebih kurang 2 jam dr KL.

Menginap di Chalet LKIM Camar Laut

Chalet dinamakan Kerisi sempena ikan Kerisi

Terdapat 2bilik dgn 2single bed dgn aircond lg

Ruang tamu yg luas, siap dgn TV & peti Ais lagi

 Deretan Chalet di LKIM
*
*
*
Mandi Manda di tepi pantai

Riangnya bermain ombak

Ayuni yg lincah dlm air

Ayuni n Papa berendam air laut
Happy...Happy...Happy

Syoknya Mandi smpai tak ingat dah senja..
*
*
*
Buah tangan sebelum balik
Buah Naga yg Segar dr ladang

Buah Naga yg Fuhhh mmg sedap..


Mama & Baby rasa nak g bercuti lagi la...
ada sapa2 lagi nak sponsor tak..
jgn malu2 jgn segan2 contact la Qaseh nnt...

22 December 2010

Final Idola Kecil 2010 Musim ke-3: Siapa Juara?

Tiap-tiap minggu xterlepas melihat konsert IDOLA KECIL 3 di TV9 setiap Sabtu (9.00mlm). sebenarnya yg paling excited tgk ialah Ayuni. mmg dia akan berdiri depan tv tgk konsert Idola Kecil siap dgn microphone dia ikut bebudak idola kecil tu nyanyi dan menari sekali. mmg sgt terhibur dgn gelagat dia setiap budak tu buat dia akan tiru...smpai papa dia rakam semua aksi2 anak kesygan dia dlm handset.


hari sabtu ni, finale utk musim 3 ni.... rasa2nya sapa yang akan bergelar Juara Idola Kecil 2010.


kesemua sepuluh org peserta semuanya mmg berbakat besar ada potensi yang besar. tp di konsert akhir hanya tinggal 5 peserta yang akan bersaing merebut hadiah utama RM10,000 adalah Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis), 11; Shazlin Selamat (Shazlin), 12; Nor Harris Alif Rashidi (Harris), 11; Abdul Hadi Mazlan (Hadi), 11 dan Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), 12.


Berdasarkan konsert tiap2 minggu, Mungkin 3 orang ini akan menjadi JUARA...

Pilihan Utama
HARRIS

Pilihan Kedua
BALQIS

Pilihan Ketiga
PUTERI


20 December 2010

Pelaburan Demi Masa Depan Orang Tersayang

Tengahari nnt nak pergi Maybank nak buat pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang baru dilancar. Sebenarnya my hubby yg minta buat pelaburan sbb dia ckp pelaburan ni bagus utk masa depan. Jadi, saya pun setuju utk buat pelaburan...Demi Masa Depan.

Tapi ASB dgn AHB mana yang lebih menguntungkan. Sebelum ni buat pelaburan dlm ASB je. malah Ayuni pun dah buka akaun ASD (Amanah Saham Didik) sejak umur dia 1 tahun lagi. Tiap2 bulan mmg saving dlm akaun dia je termasuk duit tabung syiling yg papa dia simpan tiap2 hari.

Tengok Iklan AHB dlm tv tu mcm best je...ya la mesti kita bangga kerna duit yg kita laburkan utk pembangunan Negara. kiranya bangunan2 yang akan dibina nnt adlh dr pelaburan kita hmm...jadik bangunan tu pun mcm kita punya gak..hoo hooo, leh bg tau anak2 kita nnt.

Amanah Hartanah ini pun utk orang melayu jadi kita kena ambil peluang. Kalo dibuka utk org bukan bumiputera rasanya dah lama ramai buat pelaburan sbb tu diaorg cepat kaya dr kita. Marilah kita cepat2 buat pelaburan minimum RM500 je...apa tunggu lagi Moh Semua kita Melabur dlm AHB.

"AHB dijangka mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun"
Kamalul Arifin Othman Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB

14 December 2010

PERCUTIAN KELUARGA DI HOMESTAY D'ALAI, MELAKA

Kini kandungan sudah masuk 18 minggu, semakin sihat dan selera makan pun semakin bertambah2 sehingga berat badan naik 2kg dlm ms sbln ni..hmmm baby semakin membesar dgn sihat nampaknya...perut pun sudah jelas kelihatan dan you all nak tau my hubby suka sgt tgk my tummy yg kian membesar n dia ckp mama seksi la mcm ni. giler ke apa laki aku ni perut aku yg besar ni dia kata seksi hmmm layannn je la..

Ooopp lebih2 pulak citer, sebenarnya nak citer ttg percutian kami sekeluarga ke homestay D'Alai yg telah di sponsor oleh pemilik D'Alai sendiri yg juga merangkap big bos my hubby. Dpt cuti free of charge sapa yg xnak kan...bak kata pepatah pucuk dicita ulam mendtg.

Homestay D'Alai Melaka tertetak kira-kira 15 minit dr bandaraya Melaka. kira-kira 5 minit je ke Seri Muara Ikan Bakar yg terkenal kat Alai.

Inilah dia Homestay D'Alai,
masih dlm pembinaan bhgn depan je..

terdapat 5 buah bilik dgn setiap bilik ada bilik air,
tv dan extra 2 single bed.


nilah bilik airnya bersih dan sgt luas.

terdapat ruang tamu yg luas lagi selesa
utk seisi keluarga berkumpul


yg pertama di Melaka Homestay dgn kolam renang yg luas
dan sesuai utk bersantai


Tempah sekarang dlm promosi satu bilik RM80/hari,
satu rumah RM400/hari hingga 31 Disember 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...