nuffnang 3

28 March 2012

Manicure (rawatan kuku tangan)

Manicure merupakan rawatan kecantikan secara professional bagi penjagaan tangan & kuku.

Manicure berasal daripada perkataan manus - hand dan cura - care yang bermaksud penjagaan tangan. menurut sejarah, manicure telah diamalkan oleh orang Mesir, Yunani &Romawi sejak zaman dahulu lagi.


Tujuan utama Manicure
1) membersihkan & mencantikkan kuku tangan
2) melembutkan & melembapkan bahagian tangan yg kasar
3) mencegah tangan & kuku tangan daripada jangkitan kuman
4) menghilangkan tekanan(stress) pada tangan





Cara-Cara Manicure

1. Nyah Kuman Kotoran
- masukkan tangan di dlm air yg tlh diletakkan antiseptik atau detol


2. Hilangkan baki kotoran pd kuku
- sapu Nail Polish Remover di seluruh permukaan kuku & sekitar kuku




3. Rendam tangan dalam air suam untuk mengembangkan sel2 mati
- air suam (60% air sejuk & 40% air panas) dgn suhu antara 36'c - 40'c.


4. Membuang sel kulit mati di sekitar kuku.
- menggunakan Cuticle Remover/Oil

5- Potong sel / kulit kering di sekitar kuku.
- Gunakan Cuticel Cutter untuk membuang kulit2 mati



6- Mengunting kulit2 mati yang berada di sisi kiri dan kananjari
bagi membuang kulit mati yang tak di perlukan.


7- Membentuk kuku dengan mengikut bentuk kuku yang asal.

8- Kikis permukaan atas kuku bagi meratakan permukaan kuku
supaya senang untuk dikilatkan


9- Bersihkan tangan kembali dan kemudian lap
dengan tuala sehingga kering

10- Scrub tangan pelanggan bagi menyingkirkan sel2 mati pada pergelangan tangan hingga ke jari dan bilas.

11- Urutan lembut pada jari dan tapak tangan bagi melancarkan peredaran darah . mengurangkan tekanan ke atas pelanggan.


12- Urutasn perlu secara menurun dari lengan hingga ke jari.
Urutan lembut secara "membulat" dari pergelangan tangan
hingga ke pangkal jari.

13- Bersihkan sisa massage cream tadi dan keringkan tangan pelanggan dan letakkan buffing Cream pada permukaan kuku

14- Gunakan Buffing Board untuk mengosok
dan mengilap kuku sehingga berkilat


15- Sapukan top code berwarna cristal bagi melengkakan
sesi rawatan sebagai pelindung pada kuku
( bagi non-muslim sahaja)

16- Sapu Cuticle oil bagi menghindari kulit lebih lembut
dan melambatkan proses pengeringan kulit di sekitar kuku.


17- Urutan ringkas sebagai pengakhir rawatan.


^

^

^

SEBELUM

SELEPAS
 
 

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Org perempuan rajinlah nak pergi buat ini semua, cuba kena en hubby kakak tunggu pun dia kata leceh...

miloaiskurangmanis said...

dulu2 penah gak buat manicure ni...
berzaman nan lalu
ahahahahha

|| NaFiRaa || said...

isk.. nanti kalo wat rawatan tangan cam tuh sayang plak nak wat kerja rumah.. takut tangan rosak.. hahaha..

Ana Saphar said...

Sue....nanti buat kat ana boleh?

gadisBunga™ said...

salam. saya mmg minat buat manicure and pedicure, tapi selalunya buat sendiri je. kalau awak buat berapa fee nye ni? :D

So Shy Lady (SSL) said...

tngan akk ni kasar ya ampun....rs nak kna buat manicure gak lah

inazamri said...

sekali pun akak tak penah buat lg.mcam best je tingin la pulak

IFA Athirah said...

nmpk sgt kuku saya byk sel mati.hehe

Stylista.Collection said...

good info.
jom follow blog ni tq.
http://stylistacollection.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...