nuffnang 3

22 February 2011

PENGHIBUR NO. 1 ASIA DAN PELANGI PETANG - SUDIRMAN



Lagu ini dari filem KAMI 1982 yang mana dalam filem ini mengisahkan liku2 hidup yang dilalui oleh dua orang sahabat dalam mencari sesuap nasi. Tookoo (sudirman) dan Din (Zul) merupakan pelakon di dalam filem ini. saya menyarankan semua warga menonton filem ini kerana jalan ceritanya dapat memberikan perasaan rasa syukur dengan apa yang kita ada semasa didunia ini.

Hayati lah liriknya dan dengarilah melodinya yang sangat menyentuh perasaan dan ada maksud yg mendalam.

Al-Fatihah ...

Buat Arwahyarham SUDIRMAN , Semoga Rohnya dicucuri Rahmat di sana.

21 February 2011

Mengidam Pulut Durian

Hmm...akhirnya dpt makan pulut durian stlh hampir sebulan gidam...
mana taknya skrg bukan musim durian susah betul nak cari,

hari tu jumpa kat pasar malam
terus beli w'pun mahal 2 bungkus RM 10,
gidam punya pasal.


Durian-Durian D24 punya tau..

Pulut pergi beli tmpt lain, Beli kat TESCO,
ada org jual pulut mangga,
tp aku beli pulut utk mkn dgn durian.
 hahahaa

Hmmm...pulun makan sorang2...
Dah xtengok kiri-kanan dan
Husband n Ayuni pun xlayan...
dah abis makan terletang kat depan TV...
Kekenyangan

Dah dpt sekali nak lagi...
minggu lepas beli lagi kat TESCO pulak
tp lagi mahal satu pek RM 15.00
My husband gelang kepala je
Dia kata...Nasib baik mengidam
kalo tak xde maknanye nak beli mahal2


17 February 2011

Melaram di dinner @Sunway Lagoon

Nak citer pasal Dinner aritu kat Sunway Lagoon.
meriah sangat2...
yg penting aku dpt melaram sakan pada malam tu...
Terima kasih kpd Kakak Ipar aku yg mencantikkan aku pada malam tu.
suka sgt2...lihatlah ibu mengandung yg melaram sakan ni...







Malam tu mmg menghiburkan dgn telatah
dua org pengacara yg makin popular Fafau dan FBI...
bertambah meriah dgn persembahan Noryn Aziz mmg hebat.

11 February 2011

DINNER at Sunway Lagoon tonight!

So excited for Dinner tonight with Mylovely Husband...


Bercanda ditepian pantai pada waktu mlm dgn suami hee..heee..
tp cian kat Ayuni kena tinggal dgn kakak ipar mlm ni...


Hopefully dpt enjoy the party tonight...

10 February 2011

Gara-gara Batuk kena pakai Inhaler

Sudah hampir 2 minggu kurang sihat. Sbb tu xdpt update blog. Start demam 31/1 hari tu...2 hari jugak la xdpt bangun terbaring je kat umah. yg tension tu boleh pulak demam time aku ambik cuti balik kampung...my hubby pun sekali demam nasib ayuni ok. mmg semua plan cuti seminggu tu  xjadik...nasib2. pas demam selsema pulak dan batuk pulak menjadi2 sampai sekarang belum ok lagi. pergi check up doktor dia kata aku ada asma ke? bila la pulak. coz dia check paru-paru aku mcm ada bunyi skit. Malam2 mmg susah nak tido asyik batuk je... terpaksa la aku pakai inhaler tp kelakar giler...



Badan masih lemah dan rasa tak sihat je...dah 2 mlm aku xdpt tido yg nyenyak...tak tau nape susah betul aku nak tido malam mcm terganggu je. so pagi2, kepala pening dan berat sgt2...sampai aku muntah2 satu hari tu dan selera makan pun xde. dah mcm jadik masa bulan2 pertama mangandung pulak. padahal dah nak6 bulan lebih dah sekarang.

Serius aku semakin lemah dan lemah je sekarang ni...malas nak buat keje,,kalo boleh nak tido dan baring je..hmmm.kalo ikutkan hati dah lama rasa nak bhenti keje tp bila pikir dah berkeluarga dan ada anak cukup bulan maunya xmakan bertahan je lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...