nuffnang 3

10 December 2013

Buku Sekolah Darjah satu



Minggu ini dan minggu seterusnya sangat busy dengan persiapan untuk persekolahan sekolah anak. Banyak persiapan yg harus dilakukan maklumlah anak pertama (Ayuni) yang masuk ke Sekolah Rendah means Darjah satu tahun depan.

Hari Isnin lepas baru berkesempatan ke Sekolah Rendah hanya 200meter dari rumah...Alhamdulillah Ayuni dapat Sekolah yang dekat dengan rumah. Bertemankan dengan seorang jiran yang juga anak dia darjah satu tahun depan (kawan tadika Ayuni) tapi Jiran dah ada pengalaman dah 3orang anak dia yang sekolah. yang akan masuk darjah satu ni yang bongsu sekali. 



Inilah Kedai Buku Sekolah Rendah. Siap berpagar & bermangga lagi, mungkin untuk tujuan keselamatan. Nasib baik lah pergi dengan Jiran jadi, memang follow dia je. Dia cakap ambil list buku-buku untuk darjah satu dulu kita tengok dulu tanda yang mana nak beli. Hu huu, aku menurut je sebab aku satu benda pun tak tau first time jadi kenalah ikut orang yang dah berpengalaman.



Qaseh kongsikan list-list buku sekolah untuk darjah satu punya. Tengok dari list tu memang banyak yang nak kena beli. Tapi nasib baik aku ada penasihat (Jiran), dia cakap yang A, B memang kena beli. Yang C & D tu pilih yang mana nak beli sebab bukan barang wajib beli kat luar pun boleh beli. Jadi, list C aku pilih beli buku lukisan je. List D aku pilih beli Kamus sahaja.




Bila sudah pilih kasilah kat kerani Kedai Buku tu, Dia akan tengok list yang kita tanda pastu baru dia akan ambil buku-buku yang kita nak sahaja. Bila sudah dapat Jiran cakap jom check dulu takut dia bagi silap. Aku pun tak terfikir nak check nasib baiklah jiran ingatkan.



Proses check satu per satu buku yang diberi selesai. Banyak ini je buku-buku yang dibeli kira-kira hampir RM60 jugak. Terima kasih sangat pada Jiran sebab dia bagi tau kalau tidak memang semua dalam list tu aku beli kot. Maklumlah teruja lebih bila anak nak masuk sekolah rendah hu huu. Jiran ada cerita dulu masa anak sulong masuk darjah satu mmg dia beli semua yang ada dlm senarai tapi ada juga buku yang mmg tak guna pun sampai habis sekolah. 


Selesai satu perkara, banyak lagi yang kena beli ini...memang kena cukupkan dalam minggu ini juga sebab takut nanti terkejar-kejar masa pulak. Pendaftaran dan Orientasi darjah satu 30 Disember ini. Jadi 2 minggu lagi kena 100% semuanya disediakan.







08 December 2013

Big Bad Wolf 2013 preview day



Cerita 3 hari lepas
Semasa di Big bad wolf at Mines Convention Centre (MIECC)


Wowww it just like crazy day!
Separuh giler dibuatnya tgk buku-buku yang banyak & murah-murah


Walaupun dibuka utk yg ada preview pass je tp tgklah ramai juga datang

Masuk-masuk je terus ke bahagian buku kanak-kanak. Just crab semua buku yg nmpk interesting for my child. 

Bukan aku sorang yg giler rupanya ramai lagi yg ambil je letak dlm bagasi yg besar2 ok. Aku just bawa beg kecil yg pergi shopping kat jusco je hu huu. Terpaksalah mencari kotak nasib baik diaorg ada providekn

Ini first trip punya buku
Mmg buku budak2 je byk
Second trip baru cari my book

Pukul 12tgh masuk pukul 4.30ptg
Baru selesai tu pun blum tawaf sepenuhnya hanya tawaf 2kali bahagian kanak-kanak, novel, motivasi & cooker book sahaja.


Ini hasil terjahan pertama ke BBW
Hampir RM3ratus jugak terover bajet dik non oiii tp utk setahun skali je.


Ini semua buku Ayuni yang punya
Byk buku2 bacaan & latihan shj


Ini semua buku ashraaf yg punya
Mmg byk buku2 menarik utk Ashraaf

Yg ni pulak hak milik aku
 just buku Motivasi, keagamaan &
 2 buah buku masakan
No more novel okayy



Jadi, berbaloi - baloi beli buku2 ni sbb harganya sgt2 murah boleh dpt dgn harga serendah RM1 tau mcm buku di bawah ini

Jangan tak percaya buku ni semua senaskah RM1 shj

Bukan nak menghasut tp jika ada bajet lebih pergi bawa anak2 korang mmg a lot buku2 yg berguna utk pembelajaran diaorg nnt. Dibuka 230jam tau jadi korang boleh pergi bila-bila masa.


Bak kata perpatah 
buku itu ibarat telaga ilmu
Budaya membaca perlu diteruskan













04 December 2013

Big Bad Wolf 2013


Assalamualaikum....
Pagi semua

Hari ni semangat sebab tak sabar nak serbu Big Bad Wolf di mines convention Centre Seri Kembangan.



Tak perlu aku citer kot apa benda "Serigala besar jahat" ( tanslate punya version)...mesti ramai yang dah tau sbb dah masuk kali ke 4 kot karnival ini di buat satu tahun sekali. Siapa ulat buku mesti tak lepaskan peluang untuk terjah ke sana kannn...

Big Bad Wolf ni bermula 6-15 Disember. 24jam non stop
Start 7 pagi 6 Disember
End 9 malam 15 Disember
Tapi aku dapat masuk hari ni 5 Disember (awal sehari) sebab ada preview pass ni


Terima kasih to my biras sbb bg pas ni. 
Satu pas boleh masuk 
2 dewasa 2 Kanak-kanak shj


Ok lah nak bersiap2 cepat ni...
kul 11 dah terpacak depan sana.
 Excited gilerr tapi aku mungkin lebihkan beli buku utk anak2 aku je






28 November 2013

DULU dan SEKARANG




Dulu rasa biasa sekarang rasa lebih dari biasa semuanya penangan Biz Online & QASEH GOLD. 

Dulu kalau ada orang tanya bekerja ke tak? Memang segan nak jawap yg aku tak bekerja duduk rumah jaga anak je. Tapi sekarang kalau ada yg tanya soalan macam tu. Aku akan jawap "saya tak bekerja jadi surirumah sepenuh masa tapi saya ada buat bisnes online". Pasti orang tu akan tanya balik jual apa? Jadi, apa lagi promote lah barang yang kita jual secara online. Duduk rumah pun boleh buat duit yang penting minat, usaha & doa yg berterusan.


Transformasi 

DULU ---> SEKARANG

Dari SURIRUMAH ---> menjadi USAHANITA
Dari sakit-sakit badan boring duduk rumah tak tau buat apa ---> tak cukup masa handle Bisnes
Dari malu-malu nak bercakap ---> Dah pandai promote barang sana sini
Dari tiada motivasi ---> sentiasa positif dan bersemangat kental
Dari 0 income ---> Dah masuk 4 angka
Dari tak ramai kawan ---> ramai kawan majoriti usahawan pulak tu
Dari Suami senyum sinis
---> Suami dah mula Senyum Lebar

Ya semuanya transformasi dari Biz Qaseh Gold!
Bagi surirumah, ibu tunggal, ibu tinggal hatta wanita berkerjaya yang ingin pencen awal tapi income lebat lebih dari bekerja,

jangan malu jangan segan pm/whatsapp/sms 017-3008665 shj. 
Jika anda ada minat niaga, komited tapi tak pandai niaga.

jangan bimbang kami sedia bantu & latih anda untuk berjaya bersama dengan kami.


Ingin tahu tentang Qaseh Gold 
www.facebook.com/dqasehbeautyhome
http://dqasehbeauty.blogspot.com
017-3008665

21 November 2013

Percutian ke Pulau Langkawi 1 - Perjalanan dari KL ke Kuala Perlis hingga ke Pulau Langkawi



Assalamualaikum.....
hai kawan-kawan semua....
Dah dekat hujung tahun baru nak berupdated ini blog
maaf ya kawan-kawan.....
bukannya tak kongsi citer kat blog lagi
tp ada komitmen lain yg perlu diutamakan...(ayat xboleh blah)


Anyway,,,nak citer tentang holiday kami sekeluarga ke Langkawi. Last minit planning setelah di pelawa oleh biras & abang iparku. Discuss dengan Myhubby akhirnya kitaorang setuju pergi bercuti ke sana itu pun setelah dibuat Bajet. Nanti Qaseh kongsikan Bajet yang telah dibuat. So, apa lagi  google lah chalet/hotel & kereta sewa semua last minit punya. Tapi alhamdulillah dipermudahkan semuanya ya lahh time cuti sekolah mesti penuh semua hotel,chalet & homestay di kat sana kan...

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi

Kami pergi bercuti 3 hari 2 malam sahaja. Bertolak malam Jumaat dalam pukul 11.00mlm (Naik kereta Alza pinjam SIL punya). Merancang perjalanan penting sekurang-kurangnya 8jam dari KL - Kuala Perlis setelah di tambah dengan pemandu berhenti rehat. Myhubby sempat berhenti rehat di Hentian Slim River & RNR Sg.Perak Lagi pun malam sejuk skit & anak-anak boleh tidur shj sepanjang perjalanan tidaklah riuh rendah dalam kereta hu huu boleh pening kepala nanti.

Alhamdulillah, Pukul 5.45 pagi sampai di Pekan Changloon Kedah. Mencari stesen minyak tetapi semuanya masih tutup jadi kami berhenti rehat & solat di kedai Mamak 24jam. Dalam Pukul 6.30pagi baru stesen Petronas buka terus isi minyak penuh & meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Wowww...cantik sangat permandangan menuju ke Kuala Perlis tiada kata yg mampu diungkap. Dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas menghijau, kelihatan kabus-kabus pagi, matahari mula menampakkan sinarnya dan udara yang sungguh nyaman....45minit perjalanan akhirnya sampai di Jeti Kuala Perlis.

Jam menunjukkan 7.30pagi tetapi di Jeti K.Perlis telah dibanjiri dengan orang ramai. Apa lagi aku bergegas segera ke kaunter tiket takut tiket feri awal pagi habis hu huu. Jeti Kuala Perlis memulakan operasi seawal 7 pagi sehingga 7 malam. Sampai di kaunter tiket aku bertanyakan tiket feri pagi ke Pulau Langkawi. Terkejut bila kakak kaunter bagi tahu tiket feri pukul 9.30pagi yang ada. Tiket feri pukul 7 & 8 pagi semua sudah habis seperti yang aku telah jangka melihat begitu ramai kelibat orang di jeti hu huu.

Terpaksalah 2jam kami berkampung di jeti...sempatlah juga bersarapan nasi lemak di kedai makan berhadapan jeti, mandikan anak-anak di tandas awam dalam jeti yang bersih jugak. Sedar tak sedar kedengaran pengumuman pemilik tiket feri pukul 9.30pagi sudah dipanggil masuk ke feri ikut laluan yang disediakan. Dalam tak sedar juga rupanya semakin lama semakin ramai pulak orang di dalam tempat menunggu feri ini sampaikan kami bersesak-sesak dengan bag & anak-anak untuk lalu ke pintu masuk untuk ke Feri. Ingatkan bila dah berjaya menembusi pintu masuk tu bolehlah menarik lega rupanya kena bersesak lagi naik ke feri sbb ada 2pintu masuk feri je iaitu utk dihadapan & dibelakang. Pintu hadapan utk penumpang yang memegang tiket no terawal & pintu belakang pula no nombor seat 300 ke atas. Alhamdulillah kami dapat tiket dgn seat no 121-127 jadi berada di bhgn hadapan feri. Seat dalam feri sememangnya rapat-rapat muat-muat utk duduk shj.

Setelah 1jam perjalanan di laut akhirnya sampai di Jeti Pulau Langkawi. Alhamdulillah pengalaman menaiki feri tidaklah teruk seperti cerita sesetengah orang yang mabuk serta muntah. Mungkin keadaan laut pd ketika tu tidak bergelora dan cuaca baik. Cuma ada juga rasa dilambung ombak ketika feri berselisih dgn feri lain tetapi tidaklah begitu kuat. Sampai dijeti jam menunjukkan pukul 10.45pagi....aku pun teruslah menghubungi kereta sewa yang telah aku tempah dan rupa-rupanya dia dah ada di jeti menunggu kedatangan kami.

Syukur Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan semuanya. Cerita seterusnya akan bersambung nnt ye sebab dah lenguh menaik hu huu...nak siapkan entry ni pun dari pagi smpi petang baru dapat publish...belum lagi upload gambar ha haa. Ok next citer akan upload gambar banyak2...

Buat semua rakan-rakan Happy Weekend & Happy Holiday kepada yang pergi bercuti...





11 June 2013

Energy & Milk Booster





Assalamualaikum...
Alhamdulilah sihat & cergas 
Semuanya berkat amalkan
QASEH GOLD!





Kesihatan adalah pelaburan kita 
yang paling mahal & berharga. 
Kesihatan yang baik akan menjadijan kehidupan lebih ceria dan bermakna.



Setelah sebulan mengamalkan
QASEH GOLD Adinda 
banyak kesan positif diperolehi
Badan semakin sihat tidak lagi sakit, demam, selsema & batuk.


Pagi-pagi senang bangun 
Rasa cergas & segar 
Buat kerja-kerja rumah 
yang berlambak pun tak mudah penat
Rasa bertenaga sepanjang hari.



Ini kerana jus Qaseh Gold
Rumusan intipatinya adalah
Gabungan makanan sunnah & 
herba tradisi yang sangat berkesan
untuk membantu melengkapi keperluan tubuh bukan sahaja dari segi fizikal
Tetapi turut merangkumi aspek emosi dan spiritual. 




QASEH GOLD juga bertindak sebagai Milk Booster!!!




1- Qaseh Gold mengandungi Habbatus sauda yg terkenal unrtuk merangsanh susu badan.
2- Qaseh Gold penuh dengan zat besi & kalsium serta mineral yang melancarkan pengeluaran susu badan
3- Qaseh Gold juga bertindak melancarkan peredaran darah. .. dimana darah lancar dengan tekanan yang normal seterusnya melancarkan penghasilan susu badan.
4- Qaseh Gold terdapat trypthofan yang berjaya menghilangkan penat & stree serta stabilkan mood si ibu. Apabila ibu gembira terhasil lah susu yang berkualiti & banyak.


Alhamdulilah, walaupun Ashraaf  sudah 2tahun tapi aku masih lagi
Memberikan susu badan kepadanya
Kerana susu badan adalah terbaik.




Jom amalkan Makanan Sunnah dengan QASEH GOLD! Berkat & dapat pahala!



21 May 2013

Orang Minyak serang kampungku



Assalamualaikum
Tak sangka dalam zaman y
yang serba moden ini
Masih lagi ada 'orang minyak'


Sukar percaya pada mulanya
Sudah seminggu berita ini menjadi status fb rakan-rakan kampung tetapi taklah aku endahkan kerana selalunya
Citer2 mcm ni tak masuk akal


Ternyatat firasatku salah
Kerana cerita orang minyak tu sudah 
Masuk berita TV9 mlm td


akhbar harian metro




dan Berita Harian



Sekarang jadi takut & bimbang
nak balik kampung


Berharap sangat 'orang minyak' tu
dapat di tangkap segera


Sepandai-pandai tupai melompat 
Akhirnya jatuh ke tanah juga.



Apa pun ilmu yg orang minyak tu ada
Tak boleh layan kekuasaan Allah SWT


Mohon semua rakan-rakan blogger berdoa agar keselamatan & ketenteraman kampungku kembali aman damai.





23 April 2013

Gwiyomi ke ???




Assalamualaikum. 



Salam sejahtera semua
Hari Rabu je baru nak update blog
Hu huu sebabnya Wordless Wednesday
So letak gambar je lah kan
 tak perlu ckp apa-apa



Theme WW Qaseh hari ni

^


^


^


GwiYomi???

^


^


^


^
Comey tak?

^


^

Cute tak?

^



^

Sweet tak?

^

^

^
Ada macam 
Gwiyomi ke???





16 April 2013

Bukan Zomba la Zombie. ..



ASSALAMUALAIKUM

Hari Rabu menjelma lagi

Seronoknya sebab ada WW


^

^

^


Wordless Wednesday

^

^

^


ZOMBA ZOMBIE
CENDANA







15 April 2013

Sport Day Ayuni

ASSALAMUALAIKUM. ....


Hari Sabtu yang lepas
berjemur di panas terik
Di tengah-tengah padang 
Sempena sukan tahunan 
tadika Islam MAIWPKL




Terdapat 4 rumah sukan
Merah, Biru, Kuning & Hijau


Biru adalah rumah sukan Ayuni
Pasukan perbarisan rumah Biru


Bakal Angkasawan negara
Terbaijlah rumah Biru


Khemah Rumah Biru
Meriah dgn 2buah roket ke angkasa
Sangat2 kreatif ok.


Ayuni masih menunggu giliran
Dlm acara yang akan disertai


Matahari & bintang berwarna biru
Sangat-sangat comel tau


Lambatnya nak tunggu Ayuni beraksi
Panas berpeluh2 tak terkata dah ni


Ayuni & kawan2nya bersiap sedia untuk memulakan aksi dalam acara
Memasukkan air dalam botol




11 April 2013

Makanan Sunnah









ASSALAMUALAIKUM. ...

Salam Jumaat Mubaraka....









Kurma, Madu, Zaitun, 
Delima, Buah Tiin dan Habbatus sauda antara makanan Sunnah yang mempunyai kehebatan dalam penyembuhan dan penawar yang mujarab kurniaan oleh Allah SWT kepada seluruh umatnya.


Setiap kehebatan makanan Sunnah ini telah tertulis dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad SAW yang telah di riwayatkan.



Alangkah bagusnya jika kita dapat mengamalkan semua makanan Sunnah ini setiap hari supaya kita dapat kesihatan yang baik.



Semuanya Makanan Sunnah ini 
boleh diamalkan hanya dengan 
Jus QASEH GOLD


Jus QASEH berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Madu, Kurma, Habbatus sauda ', Buah Tiin, Zaitun, Air Zam - zam. Diperkaya dengan kehebatan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi.


Terdapat 2 jus QASEH GOLD iaitu 
Jus QASEH Adinda 
(ditambah herba khusus untuk wanita seperti Manjakani,  Pegaga & Passiflora). 
Jus QASEH Kekanda 
(ditambah dgn herba Tribulus, Guarana & Ashwaganda)



Air Zam - zam ialah air yang paling berkualiti, suci, bersih dan berkhasiat tanpa perlu diproses.


QASEH GOLD juga diperkaya dengan kehebatan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti Za'faran, Ginkgo & Sireh



QASEH GOLD
untuk semua golongan dan seisi keluarga boleh amalkannya


QASEH GOLD membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dalaman dan luaran yang kita hadapi


Marilah kita Berikhtiar dengan 
QASEH GOLD



Mencegah lebih baik daripada mengubati







QASEH GOLD
Mudah Murah Mujarab


Berminat dengan QASEH GOLD
Whatsapp/sms
0173008665







09 April 2013

SEJUK. .....



ASSALAMUALAIKUM. ....





Selamat Hari Rabu
Apa ada hari ini
Apa lagi kalau bukan

^


^


^




WORDLESS WEDNESDAY



^


^


^






SEJUK
Muka budak2 baru lepas mandi
 Hu huu menahan kesejukan




















04 April 2013

salam jumaat



ASSALAMUALAIKUM. ...



ALHAMDULILLAH...syukur ya Allah. 
Masih diberi nafas lagi 
untuk bersama-sama Anak-anak
Yang tersayang

^

^

^





Anak-anak adalah segala-galanya bagiku
Anak-anak penghibur laraku
Anak-anak penawar kesakitanku
Anak-anak penguat semangatku


Anak-anak ku
Aisyatul Ayuni & Adeel Ashraaf
Mama sayang kamu sangat2


^


^



^




KAULAH SEGALANYA
















selamat berhujung minggu semua









03 April 2013

Rajin....



ASSALAMUALAIKUM....




Best kan ada anak dara
Boleh tolong kita buat kerja rumah


^

^

^



Tolong lipat baju
Walaupun xberapa kemas
Tapi sekurang-kurangnya membantu
Meringankan kerja2 Mama dia.


Dari kecik nilah 
Kita kena ajar anak dara buat  keje
Biasakan mereka dgn keje2 yg senang dulu pastu dah besar skit barulah keje yg berat skit.


Lipat baju satu pun ambil masa lama
Xpelah janji buat kan
Lama2 nnt pandai la lipat baju




Bak kata pepatah
Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.





02 April 2013

Mencari rezeki dengan berniaga


ASSALAMUALAIKUM. ...




Lama xupdate blog hu huuu...
Sibuk nak jadi usahanita berjaya ha haa
Macam2 perancangan dibuat dan Alhamdulilah
Salah satu plan utk berbisnes tu 
berjaya direalisasikan pada hujung minggu lepas

Melangkah satu tapak lagi dlm dunia bisnes
Berkolaborasi dengan ipar duai membuka booth
Di Bazar Glam Tesco Ampang

Booth dlm progress untuk di set up
Masing2 sibuk mengantung tudung 


setelah siap di set up booth nya
satu khemah kongsi 4orang
kecil ke kan lebih kurang 8'×8' je
 xpelah sewa pun murah je


Alhamdulilah...dapat first customer
Jual ye kakak, terima kasih datang lagi
Ayat kena manis je hu huu


Tudung chiffon 3layer Printed
Mmg gorgeous, sweet & trendyy
Kualiti setanding tudung Fareeda tau


Bazaar Glam ini dimerahkan dengan kehadiran
Mawi dan Ikin yang datang khas utk
Mempromosikan produk diaorg Macqueen
Kalau tak silap produk kesihatan dan kecantikan dalaman luaran



Walaupun jualan kami tidak mencapai sasaran 
Tetapi kami tetap optimis untuk teruskan usaha
Untuk membina empayer perniagaan sebagai salah satu
Pencarian rezeki yang tetap maklumlah semua orang tahu
9 drpd 10 rezeki datangnya dari perniagaan

Bak kata perpatah juga
"Kalau tak dipecahkan ruyung, 
Manakan dapat sagunya"

Jika tidak dimulakan dari sekarang bila lagi kan
Perlu gandakan usaha usaha dan usaha
Doa dan tawakal kepada Allah swt 
 dlm mencari rezeki yg halal















27 March 2013

ASSALAMUALAIKUM....



Apa plan korang hujung minggu ini
kalau masih tak ada plan
jom pergi di sini

^

^

^



D'Qaseh Beauty akan buka booth di sana
berkolaborasi dengan Hijabfreak2u

Dengan pembelian RM 150 ke atas 
dalam satu resit di Booth kami
korang akan dapat Makeover secara percuma


Bagi korang yang booking Makeup atau Facial
akan diberikan Manicure secara percuma




Apa tunggu lagi
Datang la ramai-ramai
singgah di Booth no.10
jumpa Qaseh di sana...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...