nuffnang 3

05 November 2012

Projek DIY 1 - jahit manik & patch lace



ASSALAMUALAIKUM....




Cubaan kali pertama untuk menjahit lace dan manik sendiri. Dah lama teringin nak buat sendiri dan akhirnya seminggu sebelum raya haji hari tu merajinkan diri memulakan projek DIY untuk baju jubah Ayuni.


Jubah Ayuni yg aku tempah dgn sepupu kat kampung
kosong je kan sebab tu nak jahit manik kasi meriah sikit
 

Kain lace aku beli kat jalan TAR
2meter - RM18.00 (murah tak)


 bila dah gunting ikut corak lace tu 
macam ni lah rupanya cantik tak


wajib ada manik-manik yg cantik ni, minta maaf aku tak tau nama2 manik ni main beli je. setelah setengah jam memilih sbb banyak sgt pilihan yg cantik2 smpai mata aku naik juling tgk manik2 ni dan paling kelakar terpaksa minta pendapat pembantu kedai tu mana satu manik yg sesuai dgn jubah Ayuni hu huu. manik2 ini aku beli tak sampai RM10 tau!


Bila semua bahan-bahan yang diperlukan telah ada jadi projek DIY pun bermula dengan jahit lace dulu di jubah Ayuni

Inilah hasilnya setelah dijahitkan lace pd jubah, nampak meriahkan hu huu belum letak manik lagi tapi jahit lace ini pun dah makan masa 1 hari almaklumlah baru belajar nak jahit tu pun setelah mengoogle cara2 jahit lace ini mula2 terkial-kial jugak la kan.

Step seterusnya jahit manik la, part nilah paling excited sekali sampai tak tau nak mula dari mana dulu kuang2x. Nasib baik lace ini dah ada corak bunga jadi senang jahit manik ikut corak bunga tu je. 


Hasil jahit manik pd tengah corak bunga tu


Layan jahit manik ini je 2hari 2mlm tau hu huu
bukan lembap jahit tapi kena tunggu mylittle hero tidur dulu
kalau tak susah mau buat keje 


Akhir sekali aku jahit manik pearl tu kasi tabur2 
bagi nampak lagi2 meriah kan


Ayuni melaram dengan baju baru pd raya haji hari tu. baju aku je yg xdpt siapkan sedih hu huu. walaupun jahitan aku masih belum kemas tapi aku puashati dengan hasil kerja tangan aku yang pertama ini serius tak sangka aku boleh buat sendiri. Jadi moral of story belum cuba belum tahu. 



the next projek DIY will be update soon....









31 October 2012

Pantai padang kemunting Pengkalan Balak, Melaka




ASSALAMUALAIKUM...



Hari ini badan rasa macam nak demam je...satu badan rasa sengal2 & sakit2 je. Pagi tadi pun berat je nak bangun hu huu. mmg tak larat sangat jap lagi nak telan panadol lahh tapi nak update blog dulu.


Cerita Raya Aidiladha lagi la hu huu...raya ke 2 kami satu family pergi mandi manda di pantai. Semestinya Pantai Padang Kemunting Pengkalan Balak Melaka menjadi pilihan sebab dekat dan pantainya pun best.





 Ashraaf  takut dgn air laut yg membadai pasir pantai

 muka semakin cuak sbb air laut makin kuat membadai huhuu

 Dah ubah tempat tak kena serang dek air laut lagiii

 boleh main pasir dengan tenang hu huu

 Cedok pasir sikit2 buat lubang

Kasi gali lubang besar-besar nanti kita tanam kakak 

Tengah melihat orang naik Banana Boat

  sambil main sambil makan keropok lekor panas-panas

Kakak datang mengacau Ashraaf main pasir

Seronoknya Ashraaf main pasir, 
nasib baik tak masuk mulut

Sebelum pulang, posing2 gedik dulu

Ashraaf dah kesejukkan setelah 1jam
mandi laut tapi tak mau naik lagi tu hu huu

Nanti kita datang mandi laut lagi ok.
syoknya mandi laut...mama dia yang lebih2





*********************************************************************************************




"CABUTAN BERTUAH" 
bg mereka yg LIKE page D'Qaseh Beauty Home 
dan 
Follow di blog http://dqasehbeauty.blogspot.com/

Ia bermula 23/10/2012 - 23/11/2012.
cabutan akan dibuat pd 24/11/2012.
Cabutan 2x di FB dan Blog.

Pemenang Pertama
Facial percuma
(bg kwsn KL, Cheras & Ampang shj)

bg pemenang Pertama luar kwsn
1set Bio-Gold Collagen Facial Mask
+ 1set Eye Collagen Mask

Pemenang Kedua
1set Bio-Gold Collagen Facial Mask




30 October 2012

WW : Mylittle Princess ber FACIAL ...



ASSALAMULAIKUM...







WORDLESS WEDNESDAY


^


^


^


^


^


Mylittle Princess aka Ayuni
ber facial sampai tertidur hu huu


 ^
^
^
 ^
^
^


29 October 2012

Gambar Raya Aidiladha 2012





ASSALAMUALAIKUM...



Kami sekeluarga menyambut Raya Aidiladha di Melaka
inilah gambar-gambar raya kami di kampung




 Pagi-pagi raya pulang ke Melaka
sepanjang jalanraya sangat lancar kereta pun tak banyak


 Ashraaf & Ayuni tak sabar 
 jumpa Atok & Nenek di kampung


 Baru sampai rumah Atok
Rehat sekejap baru makan ketupat & rendang


 Dirumah moyang Ashraaf
lepas kenyang makan ketupat posing2 pulak 


 Mencari kutu di kepala Papa
hu huuu


 Ashraaf tengah geram hu huu
habis rambut Papa


 Ashraaf, Papa, Ayuni, Haziq & Maksu Sinar


 with mylittle Hero
muka masam je hu huu


 Senyum la skit Ashraaf
Mama dia je yg lebih2 


 Ashraaf dah xmau beraksi dah
nak turun kejar ayam moyang pulak


 Sedondon anak beranak biru 
Haziq tumpang sekaki bergambar


 Haziq anak adik ipar
kitaorg 2keluarga je yang balik raya Melaka


 Posing peace pulak hu huu
 

 bergambar di pondok kecil moyang 
di tepi dapur rumah moyang


 Beralih ke depan rumah Moyang pulak
posing2 lagi dgn mylittle Hero


hmmm...susahnya nak senyum anak Mama ni
tapi Mama tetap sayanggg Ashraaf














Ingin khidmat Facial di rumah
call/sms Qaseh 017-3008665

Like : Facebook





23 October 2012

WW - Berapa tinggi saya ?


Cabutan Bertuah
klik SINI




ASSALAMUALAIKUM...



Ada yang sudah bercuti ke...
Wahhh tak sabar nak Raya ye...
Berhati-hati semasa memandu dijalanraya...
Semoga selamat sampai ke kampung hendaknya...






WORDLESS WEDNESDAY


^

^

^

^

^

^

^






Haa...
cuba tengok gambar betul2
boleh tak bagi tahu
Berapa tinggi saya?














"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA 
UMAT ISLAM DI SELURUH MALAYSIA"



22 October 2012

Bila Suami komen......



ASSALAMULAIKUM...




Apa kata anda, 
bila si suami memberi komen tentang anda?







Suami : Mama dah kurus la...
Isteri : ye ke? (Senyum sampai telinga)
Suami : Makan banyak2 badan Mama dah nampak tulang je.
Isteri : hmm (tak terkata apa2),  
           dalam hati - ingat dia suka aku kurus.


 ^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

*ini adalah situasi yg aku alami, terlalu kurus kah aku sampai dpt komen begitu dr suami tercinta. mmg aku akui aku semakin kurus sejak dari aku masuk hospital bulan lepas. Baju2 dan seluar2 aku pun banyak yang longgar, aku pun tak tau kenapa berat badan aku tak mau naik padahal selera makan aku besar jugak satu hari boleh katakan 6kali makan (sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, minum sblm tido) tahap kesihatan aku pun baik sekarang. Jadi, aku perlu buat sesuatu sblm dpt komen dr suami lagi. Kawan-kawan blogger semua boleh bantu tak?













Ingin Rawatan Muka hanya di rumah
sms/call 017-3008665 


Maklumat lanjut boleh pergi ke FB
atau blog D'QasehBeauty

21 October 2012

Perasmian & Cabutan Bertuah



ASSALAMUALAIKUM.


Selamat kembali bekerja kawan-kawan...
Demi rezeki atas nama kehidupan...




Hari ini secara rasminya
Qaseh ingin memperkenalkan kepada semua

^
^
^

d'Qaseh Beauty Home

Menawarkan perkhidmatan Rawatan Muka & Solekan dari rumah ke rumah di sekitar Kuala lumpur, Cheras, Ampang, Kajang, Bangi, Serdang dan Putrajaya/Cyberjaya. 
 

(kalau sudi klik LIKE ye kawan-kawan)
^
^
^

Jemput juga singgah di blog

 
Kalau dah singgah FOLLOW sekali ye

^
^
^
^
^

Berita gembira buat semua
Sempena perasmian d'Qaseh Beauty Home hari ini
d'Qaseh Beauty Home akan membuat "Cabutan Bertuah"
kepada mereka yang sudi LIKE & FOLLOW

Mudah saja kan
ia bermula 23/10/2012 - 23/11/2012
Cabutan akan di buat pd 24/11/2012
Cabutan 2x di FB dan Blog

 Pemenang Pertama akan mendapat  
Facial percuma berharga RM45.00
(bg kwsn berkenaan shj)


bg pemenang Pertama luar kwsn
1set Bio-Gold Collagen Facial Mask 
+ 1set Eye Collagen Mask
Bernilai RM30.00

Pemenang Kedua
1set Bio-Gold Collagen Facial Mask 
Bernilai RM20.00



Kepada yang berminat untuk mendapatkan 
perkhidmatan Facial dan Makeup
Boleh pm saya di akaun Facebook
 atau sms/call di 0173008665 (Qaseh)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...