nuffnang 3

25 April 2014

Fiesta Riuh Sakan Utusan Malaysia di Putrajaya


Selamat pagii
Selamat berhujung minggu

Semalam Qaseh berkesempatan ke Fiesta ini

yang sedang berlangsung di Presint 2, Putrajaya
semalam hari pertama fiesta 
belum ada acara menarik cuma di malam hari 
ada program Rilek Santai bersama Ustaz Kazim


Ada pelbagai acara menarik yang akan berlansung
hari ini & esok seperti :-
Tele-Match
Explorace
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Karaoke 
Pertandingan memancing
Pemeriksaan kesihatan
cabutan bertuah

Seisi keluarga boleh enjoy di sana ye!
Kanak-kanak boleh sertai pertandingan mewarna

 Bapa-bapa & kaum lelaki boleh sertai 
pertandingan Memancing
hadiah pun menarik untuk yg menang

Untuk Ibu-Ibu, Isteri & kaum Wanita
boleh shopping di lebih kurang 50booth yg di sediakan
macam-macam ada daripada Makanan, Pakaian, Produk Kesihatan, 
Produk Masakan dan macam-macam lagi.


Ini gambar tempat kejadian semalam punya
Ini laluan masuk ke Fiesta tuu


Booth-booth yg telah dibuka &
 mula berniaga dr pukul 10.00pagi lagi


Posing dengan Arash Mohamad & Isterinya
yg juga buka booth jual "Berjah ikan bilis"
sangat peramah & sporting laki bini ini


Sebenarnya Qaseh & Stokis Putrajaya 
buka booth di sini juga dan semestinya
kami jual Qaseh Gold serta 
produk-produk keluaran Ana Edar yag lain


Keadaan semalam agak panas jadi mata pun jadi cepet
mata tak tahan silauan panas teramat hu huu


Haa apa lagi jom pakat serbu Fiesta 
Riuh Sakan presint 2 Putrajaya
jangan lupa singgah-singgahlah
BOOTH 24
Boleh rasa Qaseh Gold secara percuma!

Tapi Hari ini & esok saya tak bertugas
Geng-geng Stokis Qaseh Gold
sentiasa ada melayan anda semua..








21 April 2014

Result Cemerlang amalkan pemakanan sunnah



Gembiranya hati 
tengok result KAFA
Ayuni yg agak cemerlang

^

^

^


6A 1B 
nombor 6 daripada 24
agak memuaskan bagi saya
Syukur Alhamdulillah

akan dipertimbangkan utk ganjaran
bagi hadiah atau belanja makan shj
just utk buat Ayuni rasa bangga & dihargai
atas pencapaian yg dibuat.

Ini result utk awal tahun punya
harap2 akhir tahun nnt akan dapat 
pencapaian yg lebih baik lagi
InsyaAllah...

Kini semakin yakin dengan mengamalkan
Qaseh Gold Junior makanan sunnah
yg bagus untuk MINDA anak-anak saya

selain itu, 
Doa Mama sentiasa mengiringi Ayuni
Tahniah Sayang!!!
I love u 









Qaseh Gold Junior
Minda Booster!
 Energy Booster!


Whatsapp/sms 0173008665





20 April 2014

Teroka Pusat Sains Negara & Rumah Hantu


Penerokaan Alam Sains & Teknologi 
bersama Anak-anak di Pusat Sains Negara
Ahad 20 Mei 2014

Perasaan teruja buat pertama kali
mmg tak pernah ke sana sblm ini
umur dah masuk 30an dah anak 2 
baru dapat jejak kaki ke sana 
duduk KL dah hampir 7tahun 
akhirnya dpt juga lihat Pusat Sains lebih dekat



JOM lihat keterujaan kami anak beranak di sana!!!



Di laluan masuk je dah teruja tau
seperti melalui terowong didasar laut


Penerokaan bermula 
Mengenali sistem tubuh Manusia










Penerokaan diteruskan lagi
Ini dibahagian tengah-tengah di dalam Pusat Sains
tempat utk relax, ada pertunjukkan sains, playground pun ada






Jelajah ke bahagian lain pulak
banyak benda nak cuba
bukan sahaja Anak-anak
tapi Mak Bapak pun nak tak tertinggalan
almaklum kecik-kecik tak dapat merasa







Dah habis teroka kat tingkat bawah 
naik pulak ke tingkat atas 

Masuk ke "Science of Fear"
dlm bahasa Melayu Rumah Hantu
sorry xde gambar nak kongsi
sbb tidak dibenarkan ambil gambar
Tapi agak menyeramkan jugak lahh
sampai Ayuni takut sampai menangis kuat giler
walaupun masuk separuh, terpaksa patah balik
habis nangis, barulah Ayuni ckp kaki dia terkena benda
oo patut la lalak sakan hu huu...





Last explore sblm balik
rasa mcm nak tercabut kaki 
non stop explore lebih kurang 2jam kebih


Kayuh-kayuh tapi mentol tu menyala sikit je hu huu
ponat nak mengayuh daaa

Kongsi sedikit info Pusat Sains Negara
terletak di Bukit Kiara
Tiket masuk murah je
RM6 - dewasa
RM3 - Kanak-kanak (7-12thn)

Tiket masuk termasuk sekali "Science of Fear"
RM8 - dewasa
RM 5 - Kanak-kanak (7-12thn)

Info-info lain boleh klik SINI



















17 April 2014

Hidupkan Sunnah Rasulullah setiap hari



Assalamualaikum...
Salam Sejahtera di Hari Penghulu segala hari..
moga dapat keberkatan dalam kehidupan



Rasulullah kami umatMu

Walau tidak pernah melihat wajahMu
Kami cuba mengingatiMu
Dan kami cuba mengamal SunnahMu

Kami sambung perjuanganMu
Walau kita tidak pernah bersua
Tapi kami tidak pernah kecewa
Allah & Rasul sebagai pembela


Marilah bersama hidupkan kembali 
sunnah-sunnah Rasulullah yg kita cintai

Semoga kehidupan kita sentiasa dalam Redha Allah swt
dan dilimpahkan nikmat & keberkatan dalam setiap perbuatan



Amalan Sunnah ini kita lebih dekat dengan Allah
buat dengan ikhlas bukan nak kerja pahala sahaja
tetapi yg penting nikmat ketenangan & kebahagian 
yg kita perolehi....

Alhamdulillah, Syukur....





15 April 2014

Nak cari tudung mcm Dato Siti...


Dato Siti memang cantik
pakai apa pun nampak cantik
suka tengok dia berfesyen
Anggun & bergaya w/pun bertudung

Cantik kan Dato Siti
Dress Merah yg menyerlah
mmg suka dengan gayanya

saya berkenan sangat dengan tudung hitam tu
kat mana nak dapatkan ye
ada tak yg jual sebiji mcm Dato Siti pakai
hu huuu nak pakai dinner nnt
baju dah ada tudung pulak xde lagi
kebetulan tema lebih kurang mcm Dato Siti pakai
RED & BLACK



kalau ada yg jual boleh terus 
whatsapp/sms Qaseh 017-3008665 tau!



14 April 2014

Mawar Fareeda maksud sebenar "mengikut Kemampuan"


Memang Hangat Isu Mawar isteri Fizo Omar & Tudung Fareeda
laman sosial Fb & Blog mmg banyak status & komen tentang ini
bermula dengan isu rampasan tudung-tudung yg meniru rekaan Tudung Fareeda
sehingga isu status FB Mawar Fareeda yg memberikan komen yg dianggap Sombong

Akhirnya Mawar telah mengeluarkan statement memohon maaf

maksud sebenar "mengikut kemampuan" adalah 
pelbagai pilihan rekaan, saiz dan harga

Jadi bukan salah "Tudung" ye
atau salah "Mawar"
salah faham je
komen dr admin Mawar yg tak sepatutnya keluar 
yg menambahkan Isu yg sedia Panasss

Isu hak cipta tu rasanya tak perlu diperbesarkan
kerana ia hak sesebuah syarikat

walaupun tudung tu singkat ka tak labuh ka tak ikut syariat ka
kita boleh pilih samada nak pakai tudung yg macam mana
jadi tepuk dada tanya lah diri sendiri ye
let say tudung bawal & shawl jadi pilihan 
ramai je yg pakai singkat padahal boleh labuhkan
jadi ikut si pemakai tu la dia nak berfesyen mcm mana





Jika orangnya cantik
pakai apa pun cantik
tak kira mahal ke murah ke
betul tak???
bertuah Fizo Omar








13 April 2014

Merentas Desa


Happy Happy Monday 
Big Smile in Blue
No More Monday Blue


Hujung minggu yang penatttt
turut serta dalam "Kejohanan Merentas Desa" 
sekolah Ayuni...
di Taman Tasik Permaisuri

Papa, Ashraaf & Ayuni
ready for Merentas Desa
Ayuni muka masam sebab tak jumpa kawan-kawan kelas dia


Ayuni dah jumpa kawan kelas dia
berbaris dengan kawan-kawan dia
bersiap sedia untuk merentas desa


Dah habis Merentas Desa
tak sampai separuh tasik pun lari
tapi mmg penat sbb awal2 lagi dah speed
masa turun bukit mmg laju
tp masa naik bukit azabnya hu huu
mmg minta nyawa maklumlah kurang senam
Ayuni yang tolong tarik Mama dia
Sorry Ayuni sbb Mama Ayuni tak dapat hadiah
15orang terawal je yg dpt hadiah
apa pun mmg seronok lari beramai-ramai.
Sihat & Ceria!








10 April 2014

1st update 2014

Haiii...semua,
jap nak tarik nafas jap....
Fuhhh..penat membersihkan sawang & habuk2 dlm blog ni.
lama giler tak update blog
lama sangat tak jenguk rakan-rakan blogger yg lain
sorry ye uoll semua

Now, i'm already back
banyaknya benda nak share tapi xtau nak mula yg mana he hee
excited bebonar mcm mula2 buat blog je
walaupun tak banyak yg berubah 
tp a lot memori yg tak dpt nak update di blog
Qaseh masih lagi fulltime housewife 
dan juga buat Biz Online.


Alhamdulillah 
hampir setahun Qaseh terjun dlm bisnes Qaseh Gold ni
Akhirnya dapat upgrade jadi Stokis 
syukur, semakin luas rezeki buat aku dan anak-anakku.
Bisnes yang berkat InsyaAllah membawa nikmat.

oklah Qaseh nak blogwalking jap
hmm nak terjah blog sapa dulu ye...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...