nuffnang 3

31 July 2010

Memo : Tuan Rumah akan berehat drpd aktiviti berblogging dan sewaktu dengannya

Assalammualaikum wbt...

merujuk kpd tajuk memo diatas, saya tuan rumah kpd blog dqaseh2u ingin memaklumkan kpd semua bahawa saya akan berehat drpd sebarang aktiviti berblogging selama seminggu iaitu bermula 2hb Ogos hingga 6 Ogos 2010.

Saya terpaksa berehat drpd aktiviti berblogging, facebook dan yang sewaktu dengannya kerana saya kan menghadiri suatu Kursus anjuran PUNB.


Sebenarnya kursus ni adalah lanjutan drpd Program Siswazah Perintis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad yg telah saya sertai hampir 2 bulan. Kursus ini sgtlah bagus untuk para siswazah bumiputera yg berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Terdapat 2 skim yg ditawarkan oleh PUNB iaitu :-

Diharapkan kpd semua kawan2 blogger memahami situasi dengan jelas. saya terlebih dahulu minta maaf sekiranya selama seminggu blog saya ni tidak upadate dgn entry baru dan tiada blogwalking ke blog kawan2 semua. Saya berharap agar kawan2 dpt mendoakan sy supaya success dlm kursus ini kerana 4 hari saya juga akan tinggalkan anak n suami yg tercinta semata2 mengejar cita-cita saya yang satu ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,

Qaseh Suhaida.


"Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-Layuan"
" Intai Saya Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-Rinduan"


28 July 2010

Siapa kata MADU itu Racun, bukan Manis ke!

Apsal tajuk madu & racun ni, hmmm...sabarlah nak citer la ni. tak sabar nampak...terasa ke? soal MADU MADU ini mesti ramai wanita yg sensitif kan. Dari mana nak mula citer ye...hmm korang ingat lagi tak n3 Qaseh yg bertajuk Dalam Kenangan. Kisah ttg Kak Fad...Hari minggu yg lepas sy tlh menghadiri majlis nikah Kak Fad n Pasangannya. menjadi isteri no. 2 dlm erti kata lain berMADU.


Cantik Kak Fad mcm anak dara w'pun umur dah mencecah 41 thn.

Mmg xmudah utk Kak Fad buat keputusan utk berkahwin semula tambahan lagi menjd isteri kedua. tp kalo dah takdir xdptlah kita melawannya. Pernah suatu hari sy menyelami perasaan Kak Fad dan dia bercerita dgn sy dia bukannya saja2 nak kahwin lagi ttp dia pikirkan masa depan anak2 sbb dia rasa dia xmampu utk didik mereka seorg diri. Sungguh besar pengorbanan Kak Fad n alhamdulilah dgn niat murni kak Fad tu akhirnya mendpt restu isteri pertama n keluarga suaminya itu.

Kak Fad menunggu hampir 5 bulan utk mendpt keputusan mahkamah syariah w'pun mendpt persetujuan semua pihak. tetapi dia tetap tabah menghadapinya. Hampir 5 bulan juga dia tlh menghijrahkan diri serta anak2 ke Kampung bakal suaminya dan berdekatan dgn isteri pertama. Alhamdullilah dia n anak2nya dpt menyesuaikan diri dan xpernah bergaduh dgn bakal MADunya itu.

 Jadi Siapa Kata MADU itu RACUN!

Sy pun mengharapkan agar kak fad hidup aman damai dgn rumahtangga yg dibina sekarang.

22 July 2010

Kisah Suami Mithali yg Wajib Contohi oleh para Suami


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadkepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan.

Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.

Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.

Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.

Bagaimana?
 
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplahdengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya.

Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

"SEBARKAN LAH MOGA-MOGA KISAH NI AKAN MENJADI PEDOMAN KPD LELAKI YG BERGELAR SUAMI"

20 July 2010

Sakit Tekak mmg memeritkan ttp Sakit Hati amat menyeksakan!

sudah 2 hari tekak aku betul2 sakit...xselesa aku dibuatnya. asyik nak batuk je...hmm aku betul2 xsuka sakit tekak ni. Macam mana nak atasi atau nak kurangkan sakit tekak ni. aku xberapa sukamkn ubat klinik kalo boleh aku nak cara lain yg lebih berkesan.

Malam2 pun teruk.bila baring je batuk tak henti2. mmg xdpt nak tido. kalo ada sapa ada petua utk hilangkan sakit tekak bolehlah kongsi dengan saya. tak dpt buat keje la bila asyik batuk2 je. hari ni pun sy ambik half day.

Aku mmg sakit hati yg amat sgt bila diri ni dituduh xmjlnkan tanggungjawab yg diberikan. sehabis mungkin aku berusaha berikan yg terbaik dlm semua kerja yg aku lakukan. ya mmg salah aku disebabkan terlupa suatu perkara shj aku dituduh sedemikian rupa mmg xadil bagi aku. aku insan biasa yg mudah terlupa dan bukan aku sengajakan.

semalaman aku xdpt tido memikirkan perasaan sakit hati aku ni. kenapa dia suka buat tuduhan tanpa usul periksa, tanpa rasa timbangrasa dan tidak fikirkan perasaan orang. Aku mmg xsuka perasaan mcm ni, haruskan aku mengalah dan melangkah tanpa menoreh lagi.

besar sgt ke ksalahan aku ni, sedangkan kerja yg aku lakukan sehingga hari ini xpernah pun dihargai. Ya Allah, Sesungguhnya aku pohon padaMu berikanlah kekuatan kpd hambaMu yg lemah ni.

"Sakit tekak boleh diubati ttp Sakit hati sukar dicari penawarnya"

15 July 2010

Argghhh...Sakit Belakang akhirnya membawa aku ke SPA

Aduhhh,,,sakit belakang. Malam semalam xdpt tido sakit berdenyut2. oh my God...ini disbbkan aku telah tergelincir di office slps balik dr lunch. ms tu hujan mmg lantai tu licin. aku jatuh xla teruk sgt, kaki aku terpeliut skit je...xterduduk pun sbb aku sempat tahan dgn tangan. tp malangnye kasut aku putus haa haa, ada mamat tu nampak dia pun tergelak..aku pun cepat2 la bangun.

lepas jatuh aku xrasa apa2 pun.xla sakit...so aku naik office kerja mcm biasa. bila balik umah aku rasa badan macam senguh2 semacam. cepat2 aku call my husband mintak balik cepat coz nak minta dia urutkan. sakit skit je tp saja mengadu lebih2 hee hee bila lagi nak manja2 kan.

tp serius mlm tu mmg xdpt tido nyenyak tau sakit pinggang menyucuk2...pusing kanan pusing kiri pun xleh tido. kaki aku pulak kejang sebelah...adduuuuh sakit.mmg kuat aku mengerang smpi husband yg tido kat sblh pun terkejut, pagi2 my husband ajak g klinik...mmg kalo boleh aku nak cuti je. you all tahu doktor tu ckp ape? dia suruh aku g SPA urut badan coz dia check xde apa2 yg serius pun.

hmmm...SPA..aku mmg xpernah langsung g SPA ni. aku pun minta izin dgn husband g SPA dia pun ckp pergi la tp urut badan je tau. mujurlah kat area umah aku ni ada byk SPA n pusat kecantikan. So aku decide g kat FARISA SPA & BEAUTY BULUH PERINDU

SPA ini terletak di Sebelah Q Bistro.

Aku ambik pakej urutan satu badan
(urutan dr kaki hingga kepala) pastu dpt
sauna Free ( 20minit)
saja kasi gambar suam2 bahaya bg yg terang2

Slps sauna mula la urutan satu badan selama 1 jam ( mula belakang badan 20 minit, bahu 10 minit, paha n betis 10 minit,  kaki 10 minit dan kepala 10 minit). Kak Lin urut mmg sedap terasa gila2 adakalanya aku pulak yg xtahan masa dia tekan belakang aku dgn kuat..tp xde la aku menjerit hee hee aku tahan gak sampai bberbunyi arghh..br Kak Lin tu slow sikit tekan ms urut. Pengalaman berSPA yg pertama bg aku mmg seronok maybe pas ni sebulan sekali aku nak menyaSPAkan diri ha haa haa. Pakej yg aku buat ni xdela smpai seratus pun..servisnye mmg aku puashati dgn layanan pekerja dia yg sgt la baik dan peramah....


13 July 2010

Buang toksin dari badan untuk kesihatan : Boleh percaya ke?

Firstly, aku memohon maaf kerna hampir 2 minggu tidak update blog. masa dan kemalasan diri ini membuatkan aku mengabaikan blog ni.

Kali ini aku ingin berkongsi rawatan untuk kesihatan yg aku sendiri telah mencuba. Menyahkan toksin yg banyak dlm badan kita adalah sesuatu yg bagus. Produk yg aku cuba ni adalah BAMBOO DETOX FOOT PATCH. ia berasal dr teori ubatan tradisional China.

satu pek ni ada 4 pcs bamboo detox


HASIL PENYAHTOKSIN DR BADAN AKU
Dr kedua2 belah tapak kaki.

Lihatlah sendiri toksin yg telah kuar dr tubuh badanku.

Terpulang la kepada korang nak percaya ke tak...belum cuba belum tau! hasilnya sgt berkesan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...