nuffnang 3

06 December 2011

Amanah Saham Didik (ASD)

ASSALAMULAIKUM....



Pagi ini susahnya nak bangun, bayangkan bangun dgn mata masih terpejam hu huuuu. boleh berjalan pulak tu sampai ke bilik air. serious mmg badan ni rasa letih sgt2 padahal malam tadi tidur awal jugak, inilah gara-gara Mylittle Hero yg asyik terjaga dan menangis je malam tadi. Rasa macam malas je nak pergi ke kelas hari ni.



Sebelum masuk kelas perkena nasi lemak & teh tarik lagi la membuatkan mata ni bertambah berat sampai aku bayangkan kalo lah ada bantal & tilam tambah selimut sedapnya TIDUR...whu waaaaa..jadi nak mengelakkan daripada menguap je dlm kelas sempatlah nak buat entry & layan FB sementara kelas bermula.


So, entry kali ini nak cakap tentang
Tabung Masa Depan Mylittle Hero.

^

^

^ 

TA DAAAA
$$$

^

^

^

Cukup umur Ashraaf 6 bulan hari itu
terus ajak my hubby Maybank buka akaun
"Amanah Saham Didik"(ASD)

^

^

^



Masukkan duit Ashraaf yg org sedekah
masa dalam pantang kat kampung
dan juga duit RAYA puasa & Haji
banyak juga, takut simpan kat rumah lama-lama
nanti habis mak bapak dia guna (time pokai)



Apa itu ASD?


ASD diwujudkan untuk menggalakkan tabiat menyimpan terutamanya di kalangan ibu bapa bagi membiayai pendidikan anak-anak. ASD diterbitkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) terbuka kepada bumiputera seawal usia enam bulan pada harga RM1 seunit dengan pelaburan permulaan sebanyak 100 unit dan maksimum 100,000 unit. Dengan saiz dana berjumlah 300 juta unit, ASD merupakan skim amanah keenam PNB di samping Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Nasional 2 (ASN2), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020).


Kelebihan-Kelebihan ASD?

1. ia mudah tunai dan boleh dijual balik pada bila-bila masa, kecuali semasa tempoh tawaran awal iaitu daripada 20 April hingga 19 Mei, 2001.

2. ASD yang diawasi oleh pemegang amanah bebas, Amanah Raya Bhd. merupakan pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan kompetitif di bawah pengurusan profesional dengan rekod prestasi yang baik.

3. Pelaburan dalam skim ASD boleh dibuat dalam bentuk tunai, cek, draf bank, potongan gaji, skim pelaburan KWSP dan arahan tetap.

4. bayi atau kanak-kanak seawal usia enam bulan hingga 17 tahun, ibu bapa atau penjaga boleh membuat pelaburan skim ASD dengan membuka Pelabur Akaun Bijak ASD dan Pelabur Berdaftar adalah bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas. Apabila kanak-kanak itu mencapai umur 18 tahun, pelaburan di dalam Akaun Bijak akan dipindahkan ke dalam akaun di bawah nama kanak-kanak tersebut sebagai Pelabur Berdaftar.

5. yuran perkhidmatan sebanyak 0.25 peratus ke atas nilai unit jualan balik yang melebihi 5,000 unit akan ditolak pada akhir tahun kewangan daripada hasil pengagihan pendapatan (jika ada).

6. Pengagihan pendapatan dikreditkan ke dalam buku pelaburan dan urus niaga ini boleh dibuat di Ibu Pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau ejen-ejen ASNB seluruh negara seperti Pos Malaysia Berhad, Malayan Banking Berhad, Mayban Finance Berhad, Bumiputra-Commerce Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

FATWA Pelaburan Amanah Saham?






Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah Membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Nasional (ASN), Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Skim seumpamanya serta dividen atau bonus yang diterima adalah HARUS.



# Menabung adalah perkara paling penting bagi IBU BAPA demi Masa Depan Anak-Anak Tersayang.




4 comments:

aliza said...

salam kenal dan dofollow sini

yuppp akak sokong, menabung untuk anak2.. akak cuma buka akaun simpanan biasa je kat BR.. tapi yg lecehnya kalu sempat akak p tambah kalu tak bersawang le akaun budak2 ni, tengah bercadang nak potong gaji untuk TH plak, biar sikit asal ada tabungan kann...

Unknown said...

bagus untuk jangka panjang...

munna said...

munna pun nak buka untuk anak munna jugalah....

Mama Kembar Tiga said...

ehh dah leh bukak dah eh? bulan lepas mama pi nak bukak kat pos opis katanya dah penuh. nnt pasni nak pi try bukak lah. for now duit semua masuk tabung haji dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...