nuffnang 3

26 January 2011

Limau Oh Limau

Woooo...dapat satu kotak limau dr supplier.
biasalah Tahun Baru Cina ni
mesti meriah dgn Limau.
Kalo xde Limau mcm xkena pulak kan.

Limau XXL lagi, ada 20 biji.



Apa lagi petang semalam enjoy
dgn limau yg sgt la manis ni.

23 January 2011

Delima Antara Dua : Mana satu pilihan terbaik

Alhamdullilah kandungan sudah masuk 24 minggu...aku dan baby sihat walafiat. Hmm berat dah bertambah 4kg lagi..dah semakin membesar ibu dan baby ni...aku xkisah la berat bertambah yg penting anak dlm kandungan aku sihat.

Sekarang ni aku dlm
...DELIMA...

Susahnya nak buat pilihan antara dua.

Firstly,
Delima utk pilih Hospital Kerajaan atau Swasta
Antara

Kebaikan
- 5 minit je dr rumah
- Pakej bersalin dari RM 500 (normal sahaja)
- Persekitaran sgt selesa dan layanan yang baik
Kelemahan
- Tidak boleh pilih doktor
- terdapat banyak doktor pelatih
- Husband xdpt temankan di wad (waktu melawat je boleh masuk)

dengan


Kebaikan
- Konsep Islam yang diamalkan
- Semestinya Doktor perempuan Islam (boleh pilih)
- Husband boleh teman setiap masa
- Persekitaran dan layanan yg sgt mesra
Kelemahan
- Pakej bersalin bermula dr RM 1300 (normal sahaja)
- jauh dari rumah (30 minit)

Secondly,
Delima utk pilih Breast pump Manual atau Auto
Antara

Avent Manual
- Harga RM 290++

dengan

Mini Electric Medela
- Harga RM460++


Dah naik buntu fikir mana satu yang terbaik utk aku dan baby. hmm..nak minta pendapat rakan-rakan semua mana yang pilihan yang paling bijak dan terbaik.

Kalo nak bg suggestion pun boleh...harap sangat boleh tolong ibu mengandung yang dalam DELIMA ni.


18 January 2011

Saya sangat suka kan nya

Tiada yang lebih hebat daripada menikmati daging empuk yang disaluti dengan sos lada hitam enak. disajikan bersama hirisan bawang dan roti bijan. ia kini telah menjadi hidangan yang dinantikan oleh rakyat Malaysia (termasuk aku) setiap tahun.

cuba teka apakah ia?

saya sangat suka kan nya, memberikan saya keriangan berkekalan.....

Ia  adalah.......
*
*
*
*
*
*
*
BEEF POSPERITY BURGER

KINI MENJADI HIDANGAN TENGAHARI AKU DAN JUGA BABY

02 January 2011

MENARA CONDONG MERCU KAMPUNG HALAMANKU

Tak Lambat utk ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kpd semua. Hmm...kini usia kandungan aku dah masuk minggu ke-20. kiranya dah 5 bulan la..,perut dah semakin nampak. Hari Khamis lepas nak g scan baby mana tau dpt tau baby boy ke girl ke utk hadiah tahun baru tp doktor yg biasa aku check up tu xde pulak. so, terpaksa la postpone minggu ni.

Masih dlm Mood Holiday, So, layan je la gambar2 holiday at hometown minggu lepas.
*
*
*
PISA MALAYSIA

Menara Condong Teluk Intan. dibina pada tahun 1887, pada pemerintahan British. berasaskn rekabtk Pagoda krn kontraktor yg bina adlh org Cina. Jika dilihat dr luar menara ni spt mempunyai 8 tingkat tp sebenarnya hanya ada 3 tingkat shj. sedikit condong krn asas tanah menara ni lembut kerna berhampiran dgn sungai perak.


Aksi Ibu Mengandung di Menara Condong

Aksi bersahaja bersama Ayuni

Aksi yg terlebih tp belum melampau lagi.

Aksi yg xingat, ingin melayang ke udara
tp kaki masih mencecah tanah.

si bapa pun xmau lepas beraksi di menara condong

so sweet...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...