nuffnang 3

29 December 2011

Tadika Islam Majlis Agama Islam W.P KL

ASSALAMULAIKUM...

Salam Jummaat Mubarak kpd semua,



My Princess Ayuni akan melangkah ke Tadika tahun depan. Pada hari Selasa lepas dah daftarkan Ayuni masuk Tadika Islam yang sememangnya dekat dengan rumah. Tadika Islam ini di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi, semua subjek mata pelajaran dan aktiviti tadika ini mengikut isi kandungan daripada MAIWPKL sendiri.



Menunggu giliran untuk berjumpa dgn Pengetua
bayar yuran pendaftaran & yuran utk 2 bulan
(terpaksa angkut Mylittle Hero sekali)



Pengetua yang memakai tudung kuning tuu
sangat peramah orangnya



Ayuni dengan cikgu kelasnya (lupa nak tanya namanya)
kena bayar yuran uniform sekolah, baju sukan & buku sekolah



Inilah uniform sekolah Ayuni kena cuba dulu
 sbb nak pilih saiz yg sesuai dgn My Princess ini
ternyata saiz "S" je yg padan dgn badan Ayuni



Ayuni dapat kelas Saidina Othman
4hb Januari 2012 ada orientasi dan taklimat
5hb Januari 2012 baru Ayuni start kelas




KENAPA TADIKA ISLAM MENJADI PILIHAN?


1. Pendidikan Islamik yang diterapkan
Membina sahsiah diri anak-anak diperingkat awal dengan pendedahan dengan kisah-kisah Rasulullah & surah-surah hafalan, bacaan doa & alunan zikir seterusnya diamalkan dalam kehidupan harian mereka.


2. Pengajaran Asas Islam secara Formal
Perkara-perkara Fardhu Ain seperti cara-cara berwudhu, solat, hafalan surah akan diajarkan secara formal di Tadika Islam. Disamping itu, pemakaian uniform sekolah yg bertudung dapat mendidik anak-anak untuk menutup aurat.


3. Membentuk Akhlak Mulia dalam Diri Anak-anak
Membentuk akhlak yang baik kerana di ajar supaya menghormati ibu bapa, guru, berdisplin, berdikari & sebagainya. Pendedahan kepada ayat-ayat Al-Quran & Zikrullah akan melembutkan hati mereka agar mudah mendengar kata dan menyuburkan karakter Muslim dalam jiwa anak-anak.




"Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi." Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim, maka Ibu bapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya.






28 December 2011

MENTOR-MENTOR MUSIM KE-6

Program Mentor TV3 kini kembali lagi 
Mentor musim yang ke-6 pada tahun 2012.
Tak sabar menanti kemunculan program ini dikaca TV
 kerana barisan Mentor-Mentor yang hebat & popular.


Mentor Pertama
(RAMLAH RAM)

(46 tahun) 
Asal dari Kg Kesang Muar Johor
Dilahirkan pada 19 Februari 1965
bintang kelahiran RTM pada tahun 1985. 
Popular dgn lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu

"Saya bukan nak cari orang yang boleh jadi macam saya. Tapi seorang yang saya nak asah bakatnya menjadi seorang penyanyi profesional yang hebat. Tak kisah lelaki atau perempuan. Paling penting, dia tak klon mana-mana penyanyi dan ikhlas nak berkerja (mendapat bimbingan) dari saya" - Ramlah Ram. sumber: Malaysiandigest



Mentor kedua
(ADAM)

Mohd Aizam B. Mat Saman
(28 tahun)
Berasal drpd Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Lahir pada 19 September 1983
Tempat ketiga Program Realiti Akademi Fantasi ke 2

"Mula-mula ditawarkan memang saya tidak percaya tapi apabila fikirkan semula tidak salah saya menerima cabaran tersbeut kerana saya juga mahu mencari pelapis untuk muzik pop dan tarian ini." kata Adam. Sumber: Murai



Mentor ketiga
(OGY AHMAD DAUD)

Fauziah Ahmad Daud
(48 tahun)
Lahir pd 10 Oktober 1962 di Singapura
anak kpd seniman Ahmad Daud & primadona filem Melayu, Saadiah.
Lagu popular Bunga-Bunga berguguran
Heroin filem Azura pd tahun 1984

"Akak tak kisah dik, lelaki ok. Perempuan pun ok. Seorang yang menpunyai mental dan fizikal yang kuat. Kesungguhan yang tinggi. Dan...boleh menyanyikan lagu wajib "Macarthur's Park oleh Richard Harris, dengan baik", - Kak Ogy. sumber: Malaysiandigest



Mentor keempat
(FERHAD)

Ferhad Najib
(38 tahun)
Penyanyi kelahiran Singapura
Popular dengan lagu "Kasih Berubah"
Kini bergelar Penyampai Radio Mix FM

"Saya mencari seoranga yang versatil- boleh menyanyi lagu moden, tradisional, rancak dan balada dengan baik. Boleh menari. Berbangsa Melayu. Boleh bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik. Seorang yang berkeyakinan tapi rendah diri. Boleh berbahasa Inggeris. Dan saya mencari seorang protoge lelaki" - Ferhad. sumber: Malaysiandigest


Mentor Kelima
(ELLA)

Nor Zila Binti Hj Aminuddin
(45 tahun)
lahir pada 31 Julai 1966, Gelugor Pulau Pinang
Popular gelaran Ratu Rock Malaysia
Lagu popular "Tiada Tangisan Lagi"

"Saya tak kisah lelaki ker perempuan. Janji dia mempunyai suara yang unik (yang Ella tak pernah dengar katanya).Punya penampilan menarik dan bergaya dan... boleh bermain alat muzik tak kisah apa pun." - Ella. sumber: Malaysiandigest



Mentor Keenam
(FAIZAL TAHIR)

Ahmad Faizal B. Mohamad Tahir
(33 tahun)
Lahir pada 26 Oktober 1978
Naib juara rancangan realiti One in a Million (musim 1)
Lagu popular "Sampai Syurga" (menang AJL 23)

"Saya belum berikan kata putus serta masih belum bersedia untuk menjadi mentor. Sehingga semalam mereka (pihak penerbitan) menghubungi saya pun , saya belum berikan kata putus untuk menjayakan program tersebut atau tidak." kata Faizal. sumber: murai


 Sama Popular Sama Hebat



Mentor sesi ujibakat akan diadakan pada 13 sehingga 19 Februari di Sri Pentas TV3, Tawau, Kota Kinabalu, Miri dan Kuching. Had usia peserta terbuka kepada individu berusia daripada 18 sehingga 26 ahun dan tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman.

27 December 2011

Jejak Upin Ipin di Muzium Negara

Seronok sangat dapat menjejaki kartun kanak-kanak paling popular
UPIN & IPIN di Muzium Negara hujung minggu yg lalu.


Pameran hingga 31 Disember 2011
Tiket Masuk RM 12 (dewasa)
kanak-kanak RM 6 (6thn ke atas)
pastu dpt baucer KFC lagi
lucky draw pun ada


 
Kali pertama melawat Muzium Negara
sejak lebih 6 tahun bermastautin di KL ini


Bergambar di luar Perkarangan Muzium
belakang tu Kereta Lembu dr Melaka



Ada Persembahan Muzikal Upin & Ipin
mmg terbaik dan berbakat besar bebudak ini



Masuk je dlm pameran ada karektor kura-kura Upin & Ipin
apa lagi wajib berposing dulu



Pondok Atok siap ada mainan lagi
Ayuni selamba je main masak-masak hu huu



Siapa lagi Comel Ayuni ke Upin ?
semua watak dlm karton Upin & Ipin ada tau



Ini pulak Opah Upin & Ipin


 
Rumah Upin & Ipin pun ada tau


Gambar potrait semua watak Upin & Ipin
dlm rumah Upin & Ipin

Ashraaf dimeja Upin & Ipin belajar
banyak betul buku-buku Upin & Ipin



Cantik bilik Kak Ros
Pink colour lagi



Bilik Upin & Ipin



Salah satu scene dlm cerita Upin & Ipin


Anak siapa yang kena tinggal ini



Suka main game inicari perbezaan
tapi dekat setengah jam xdpt2 jugak



Ayuni suka sangat dgn watak Kak Ros ini


 
Sebelum balik posing di luar sekejap
(belakang tu bangunan CIMB yg Papa tgh buat)



Tiba-tiba Maskot Upin & Ipin buat persembahan
Ramai giler budak2 yg serbu termasuk Ayuni


Seronok Ayuni dapat tangkap gambar dgn Upin
(Papa Ayuni pun suka gak tuuu)


Ayuni seronok sangat sampai tak mau balik
hu huuu terpaksa la Papa pujuk-pujuk
makan aiskrim dulu....



25 December 2011

‘DiGi iPhone 4SURE 4 ME’

I WANT IPHONE 4S

I WANT

I WANT

I WANT

BECAUSE IT'S WAS AWESOME!!!

IT'S THE MOST AMAZING
IPHONE YET


SIRI

Your wish its command


 
Siri on iPhone 4S lets you use your voice to send messages,
schedule meetings, place phone calls, and more.
Ask Siri to do things just by talking the way you talk.
Siri understands what you say, knows what you mean, and even talks back.
Siri is so easy to use and does so much,
you’ll keep finding more and more ways to use it.


AWESOME!!!


 
ALL NEW CAMERA
The you can't believe
it's on a phone camera


 
With 8 megapixels and all-new optics,
this just might be the best camera ever on a mobile phone.
It just might be the only camera you’ll ever need.
And if you think that’s amazing, wait until you see your photos.



DUAL CORE  A5 CHIP 
Picking up where amazing left off


The dual-core A5 chip delivers even more power.
The 8MP camera with all-new optics also shoots 1080p HD video.
And if there’s anything else you need, just ask Siri.


iOS 5
The world's most advanced
mobile operating system


With its easy-to-use interface, amazing features,
and rock-solid stability, iOS is the foundation of iPhone.
And even as others try to catch up,
the technologies and features built into iOS keep iPhone years ahead.


 
iCloud 
 Your content
On all your devices


 
iCloud stores your music, photos, documents,
and more and wirelessly pushes them to all your devices.
Automatic, effortless, and seamless
it just works.



‘DiGi iPhone 4SURE 4 ME’







 

24 December 2011

Lisa Jodoh Yusry

Terjawap sudah segala persoalan


 Lisa Surihani Mohamed (25)  
&
Yusry Abdul Halim (38)

memang sah berCINTA



Lebih kurang 2 bulan lagi mereka akan bakal bergelar suami isteri
kerana pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya
pada Jumaat, 23 Februari 2012 selepas solat Asar.
Majlis resepsi mereka pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa,
Putrajaya (PICC) pada 26 Februari 2012.



Pengumuman istimewa itu berlangsung dalam suasana tenang dan damai
setenang & seindah lokasi majlis di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya.
Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, Encik Abdul Halim dan isteri, puan Zarina Fenner disertai abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, puan Siti Amira Ahmad,



“Seperti yang katakan, perhubungan ini berlandaskan sebuah ‘perhubungan matang’,
kami mula berkenalan di antara satu sama lain menerusi BBM.
Bila sudah sering berbual-bual, berkongsi pandangan,
barulah kami saling mengenali peribadi masing-masing"
(Lisa)
Sumber Oh Bulan



Yusry mengumumkan pada hari Jumaat lepas
keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda
(hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti)
bukannya bertunang. Nampak tak cincin di jari manis Lisa tu.




Doakan Semoga percintaan mereka berakhir dengan pernikahan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...