nuffnang 3

20 February 2012

Menggigil




ASSALAMULAIKUM....





Inilah kali pertama
aku potong kain sendiri untuk buat baju

fuhhh....menggigil 
tangan pegang gunting nak potong kain


Siap baca BISMILLAH dulu nak potong
takut beb takut tersalah potong
Tapi Alhamdulillah aku berjaya juga akhirnya





itu citer nak potong kain je
 belum citer nak menjahit guna mesin jahit pulak
mmg sejuk dah kaki tangan ini
ye la aku pernah guna mesin jahit mak aku
jenama singer old version yg guna kaki
untuk jalankan mesin jahit tuuu

Kat kelas diaorang guna mesin jahit
industri yg besar & gunakan elektrik lagi tau 
mmg gugup la nak guna
baru pijak pedal mesin jahit tu
bunyi pelik keluar terperanjat sgt2...
sampai cikgu tanya bunyi apa tu?
kui kuiii...
tup-tup jarum mesin tu patah hu huu
sbb aku tersalah pasang benang kot.

Petang ini ada kelas lagi
harap-harap jarum mesin tu tak patah lagi
dahlah aku agak ketinggalan berbanding dengan orang lain
tak pe aku akan berusaha untuk buat yang terbaik
walaupun aku demam sikit hari ini
tapi aku tetap excited nak pergi kelas
Semangat harus ada kan kan kan



17 February 2012

SENI SOLEKAN (ART MAKEUP)




ASSALAMUALAIKUM...



Makeup sememangnya suatu seni yang amat halus dan kreatif. Menghasilkan makeup memerlukan Imiginasi yang tinggi dengan mengaplikasikan teknik-teknik yang betul. Kelas Beauty minggu ini menarik kerana kami mempelajari untuk menghasilkan suatu seni makeup berdasarkan apa saja yang kita lihat dipersekitaran kita.



Jom tonton hasil kerja seni makeup
kami yang baru belajar ini

^

^

^

Hari Rabu
(Sesi Pagi)

In the Making, last touch up


Jiwa Patriotik "Jalur Gemilang"
tak berapa memuaskan takpe baru cubaan pertama


Hasil kreativiti "ANI"
Dapat tempat kedua terbaik


"Angry Bird"
hasil karya seni "HAJAR"


"Daun Hijau"
hasil seni "LINDA"


Bergambar dengan model (hasil kerja seni) masing-masing
sebelum keluar makan tengahari.
Model tak boleh tanggalkan makeup
 (nanti kena marah dengan Cikgu)



Hari Rabu
(Sesi Petang)

Kena jadi MODEL pulak.
Muka aku di makeup oleh "KAK LONG"


Hasil sentuhan "Farah aka MAMA"
Memang unik sbb tu dapat tempat Pertama


Selesai aktiviti seni kitaorang hari tu
semuanya sangat-sangat enjoy

^

^

^

Hari Khamis
(Sesi Pagi)

"Sekuntum Mawar Merah"
Sentuhan tangan aku untuk cubaan kedua


Cubaan kali ini agak memuaskan hati
tapi masih ada yang diperbaiki


"Bunga-Bungaan"
hasil sentuhan tangan MAMA mmg cantik



Hari Khamis
(Sesi Petang)

Penuh bunga-bunga dan dedaun hijau
hasil karya dari kanan (Kechik, Hajar & Noni)


Kechik dengan Cikgu Yasmeen

^

^

^


Akan terus berusaha dan praktikkan untuk menghasilkan hasil seni yang terbaik
"Practise Make Perfect"




16 February 2012

Padan Muka Sendiri




ASSALAMUALAIKUM...




Fuhhhh....tarik nafas dalam-dalam dulu,
tersangat letih dan amat-amat kepenatan minggu ini.
Mengejar masa untuk attend 2 kelas sekaligus dalam satu hari.
Pagi attend kelas Beauty dari pagi sampai petang.
Habis kelas Beauty pukul 4.00ptg
terus balik rumah bersiap-siap untuk attend
kelas Jahitan pukul 6.00ptg-9.00mlm.
Kesian anak-anak sangat-sangat terabai 3hari berturut-turut.



Tak boleh mengeluh banyak-banyak nanti
my Hubby bising sebab diri sendiri yang nak kan.
Jadi Padan Muka sendiri whuooo waaaa...


Nasib baik hari ini tak ada kelas boleh rehat kat rumah.
Rehat???  tak de maknanya rehat.
Baju sebakul besar tuu melambai-lambai je minta di basuh.



Aku yakin BOLEH dan mampu melakukannya.
Tanggungjawab aku sebagai Isteri & Ibu tak akan aku abaikan. Komitmen sebagai pelajar untuk menghadiri kelas
dan fokus dalam pembelajaran akan terus menjadi keutamaan aku sebab inilah IMPIAN & CITA-CITA aku sekarang.





14 February 2012

Belajar Menjahit



ASSALAMULAIKUM...




Akhirnya
cita-cita & impian nan satu ini tercapai juga akhirnya
Alhamdulillah


^


^


^



Dapat belajar menjahit
melalui Program Latihan 1 Malaysia
di Giatmara Bandar Tun Razak




^


^


^



Dah lama aku apply Program ini
bulan Oktober tahun lepas
tapi baru tahun ini ada rezeki
walaupun aku ditawarkan belajar buat "Blaus"
padahal aku minta untuk belajar jahit Baju Kurung
tetapi aku tetap teruja untuk belajar





KONSEP LATIHAN
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.



KUMPULAN SASAR
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:
  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih (focus group)
  • Ibu/Bapa tunggal · Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja Industri / Kilang
  • Pesara
  • Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian


SISTEM LATIHAN
  • Kelayakan 3M (Menulis, Membaca & Minat)
  • Simple & Fleksibel-dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
  • Sistem Modular
  • 80% Amali & 20% Teori
  • Open entry / exit


SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak Uzur
  • Umur 15 tahun ke atas
  • Minat dalam bidang yang dipohon
  • Lain-lain perkara yang menyokong permohonan   


CAJ/YURAN
  • RM1.00/Jam bagi Program Asas
  • RM2.00/Jam bagi Program Pertengahan


JANGKAMASA DAN PELAKSANAAN
  • Berdasarkan modul yang digunakan
  • Maksima 8 Jam sehari termasuk 1 Jam rehat samada dilaksanakan: -
  • Kelas Malam
  • Cuti / Hujung Minggu


BORANG PERMOHONAN
Borang-borang permohonan boleh didapati secara percuma melalui:
  1. Muat turun di sini "BORANG PERMOHONAN LATIHAN 1MALAYSIA-GIATMARA"
  2. Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
  3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri di alamat serta nombor telefon seperti "DISINI"







12 February 2012

Layak ke AKU jadi MODEL?



ASSALAMUALAIKUM...



Aku nak jadi MODEL.
gara-gara "Butik MAMA"

^

^

^



Hanya RM20 Sahaja
Siapa tak nak kan


^


^


^


Tapi Aku layak ke jadi MODEL?


Tinggi 170cm
(dah menepati syarat utk jadi model)



Berat 60kg
(berat pulak terlebih sudah)
but still ikut IBM ok


Umur 28 tahun
(usia bukan penghalang ok)
ayat nak sedapkan hati je hu huu



Status Berkahwin
(anak 2 orang tu, byk komitmen)



Pengalaman jadi Model
(Zero)


Rupa Paras
yang sederhana saje
(tp kalo pakai make up sure Cantikk)


^


^


^

Apa pendapat korang?
patut tak Aku join?
My hubby dah izinkan but My Little Hero kena letak kat babysitter laa








09 February 2012

Di serang Batok dan Selsema




ASSALAMUALAIKUM...




Kuatnya virus Batuk & Selsema yang menyerang diriku ini sehingga aku menjadi lemah tak bermaya lagi. Aku mengalami batuk hampir seminggu dah, selsema pulak baru 3 hari. Tapi serius semalam sangat teruk sehingga aku rasa nak demam pun ada. Petang semalam jugak terus ajak Hubby pergi klinik coz tak boleh tahan dah. Yang sedih jumpa Doktor dia tanya  Batuk & selsema berapa hari? sakit tekak tak? demam tak? xde pun nak check betul2 just check suhu dan tekak je pastu bagi ubat. Padahal aku batuk teruk sangat2 dah macam nak pecah dada ini bila batuk bertubi-tubi tak henti2.










Ada yang suggest makan getah anggur, sapa pernah cuba mujarab ke? Ada juga yg suruh try Madu + limau nipis. Macam nak try semua sebab tak tahan batuk ini semakin menjadi-jadi nak cepat-cepat baik. Nasib baik Mylittle Hero tak diserang batuk & selsema lagi.






08 February 2012

Restoran Haslam



ASSALAMUALAIKUM...




Hari ini kena menghadiri kelas Beauty lagi...So, memang wajib bersarapan dulu. Kalo tak maunya berkeroncong perut aku masa dalam kelas nanti. Seperti biasa aku akan selalu bersarapan di Restoran Haslam sebab berdekatan dengan Academy.




Restoran Haslam terletak di Jalan Pahang Barat
berhadapan dengan bangunan KPJ Tawakal



Pelbagai Menu sarapan pagi ada
Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Sup, Mee goreng
dan Macam-macam jenis kuih miuh.



Inilah sarapan pagi aku
Roti canai kosong + air teh suam



Pagi-pagi mmg kena makan tapi jangan lagi ambil makanan berat sangat sebab nanti dalam kelas for sure akan mengantuk punya. Susah nak belajar nanti, kalo kena time amali (paktikal) tu ok la mmg segar je tapi bila time Cikgu buka slide tgk nota je mesti mulut akan menguap mata pun anak terpejam je...



Apa sarapan kawan-kawan Blogger hari ini? Dekat mana Kawan-kawan semua selalu bersarapan? Jom kongsikan.







06 February 2012

Budak Nakalll





Inilah dia gaya seorang
"Budak Nakal"

^

^

^

^

^

Kalau dilarang makin menjadi-jadi Nakal dia
bikin Mama dia Gerammm je





Alahai Budak Nakal sorang ini
 Tin biskut pun dia boleh buat mainan
Duk tepuk-tepuk sampai nak kemek tin tu






Tak lalu nak jerit-jerit nak marah-marah
lantaklah Budak Nakal ini main puas-puas
bila dah letih nanti tidokan je




04 February 2012

MAULIDUR RASUL




ASSALAMUALAIKUM



- YA NABI SALAMUN ALAIKA -





Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik
 

Telah terbit bulan purnama
Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)
Ya Habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami
 
 
 
 
 
 
 
Marilah kita bersama-sama selawat ke atas
Nabi Muhamad s.a.w






02 February 2012

Semakin Lasak Semakin Ligat



ASSALAMUALAIKUM...




Maaf, 4 hari menghilang tanpa khabar berita. Biasa la bila cuti lama sikit ada kemalasan nak update blog tapi Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sudi jugak menjengah blog Qaseh yang tak seberapa ini.


Sekarang ini sangat-sangat letih melayan mylittle Hero aku yang sorang ini. Semenjak Ashraaf sudah boleh duduk, merangkak sikit, panjat & berdiri ini. Memang tak duduk diam, merangkak ke sana ke mari nasib ruang tamu rumah aku kecik je. Dah pandai sekarang dalam walker duduk kejap je kalo lama-lama mula dia asyik melalak je. Geram sangat, xsenang Mama dia nak buat kerja rumah, nak memasak & basuh baju.


Kalo letak dia main kat bawah, takut kang jatuh telentang, makan benda2 xsepatutnya, main wayar2 kat TV ye laa mana sempat nak tgk 24jam sibuk memasak kat dapur. Buat keje cepat2, hati pun tak tenang, risau-risau je. Serius, penat sangat-sangat terkejar-kejar bila buat keje. Alahaiii Adeel Ashraaf kenapa la Semakin Lasak Semakin Ligat ini...



Inilah tempat kegemaran
Mylittle Hero ini bermain


Tengoklah dia dah start mengemas hu huuu
kuat tangan dia tu pegang white board tu

Kadang-kadang tengah relax2 tengok TV pun xsenang sebab terjerit-jerit kat Ashraaf jangan pergi kat situ, jangan main kat situ nanti jatuh. Baru 9 bulan dia faham ke yang Mama dia marah2...hu huuu. lagi dia suka ada la siap pandang Mama dia pastu senyum lagii.


Betul la kata orang, bukan aku kata tau. Anak Lelaki ini lagi 2kali ganda lagi lasak & ligat dari anak perempuan. Masa Ayuni kecil dulu xde la lasak sangat macam Ashraaf ini...Lasaknya ya Ampunnnn. bukan 2kali ganda dah ini 10kali ganda kot. Setakat jatuh telentang, binjol dahi dan kepala, tangan tersepit tak sah la satu hari wajib ada tp mujurlah xde yang serius lagiii.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...