nuffnang 3

31 July 2012

Mee Goreng Udang Basah



Assalamulaikum

Salam 12 Ramadhan 1433 Hijrah




Cukup simple, mudah & cepat juadah berbuka 
kami sekeluarga malam tadi hanya

Mee Goreng Udang Basah
+
Air Soya Cincau


 Kenyang tak terkata
walaupun sedikit masin tp tetap 
 menambat selera suami tercinta
 


Resepi Mee Goreng Udang Basah

Bahan-Bahannya
1. 2 biji bawang putih
2. 3 biji bawang merah
3. 1 sudu besar sos tiram
4. 2 sudu besar sos tomato
5. 1 sudu besar sos cili
6. 1 sudu besar cili boh
7. 1pek bebola ikan
8. sayur sawi
9. Udang sederhana besar (tak kisah berapa ekor pun)
10. garam 
11. 1/2 sudu besar kicap manis
12. mentega/ minyak masak 
13. mee kuning
14. kuib pati ayam

Cara-cara membuatnya
1. Panaskan kuali kemudian masukkan mentega bersama minyak masak. 
2. tumiskan bawang putih & merah yang ditumbuk halussehingga naik bau
3. masukkan kuib pati ayam, sos tiram, sos tomato, sos cili & cili boh, masak sehingga pecah minyak
4. kemudian masukkan bebola ikan & sawi dan gaul sehingga mesra dgn sos tadi
5. selepas itu, masukkan pula sedikit garam (agak-agak la ye!)
6. barulah kita masukkan udang yg dibuang kulit dan gaul lagi sehingga udang kemerah-merahan dan telah mesra dgn sos tadi.
    (ingat udang tidak boleh masak terlalu lama nanti keras dan hilang manisnya)
7. Akhir sekali masukkan mee kuning yang telah di celurkan dgn air panas terlebih dahulu. Gaulkan sehingga mesra dgn semua bahan-bahan tersebut barulah masukkan sedikit kicap manis untuk menambah rasa (jgn terlalu banyak sbb dah letak garam tadi kan) kalau nak betul2 basah letakkan air sedikit.

*

*

*

*

*



Hanya 30 minit
Siap untuk hidangan
Selamat mencuba
Selamat Berbuka






#minta maaf ye kalo gambar-gambar di atas membuatkan anda tertelan air liur



29 July 2012

Bengkel Kecantikan Mary kay


Assalamualaikum

Salam 10 Ramadhan 1433 Hijrah



Pada 27hb Julai 2012 (Jumaat), berkesempatan menyertai satu bengkel kecantikan atas jemputan rakan Facebook Rafiedza Rashid. Bengkel yang di adakan di Ampang Waterfront adalah secara percuma tau. Jadi, siapa yang tak nak kan bagai "pucuk dicita ulam mendatang". Bab makep & cantik ini memang kegilaan aku sekarang. Walaupun pada mulanya my hubby tak mengizinkan tapi Alhamdulillah setelah dipujuk2 akhirnya dia bagi jugak. Thank you sayang...I love you very much!




Siapa pernah dengar tentang produk kecantikan Mary Kay
Siapa yang pakai & pernah guna produk ini? 
*
*
*
Serius, baru tahun ini aku kenal produk Mary Kay
jadi mmg tak pernah guna pun produk ini
Maybe sebab tu aku pun teruja untuk mencuba produk ini
 


Bengkel di mulakan dengan penerangan oleh LelaNgaliman Image Pro (Mary Kay Beauty Consultant) tentang Mary Kay & produk-produknya. Barulah aku tahu serba sikit tentang Mary Kay, rupa-rupanya produk ini berada di Malaysia sejak tahun 2004 lagi dan jenama Mary Kay diambil daripada nama pengasas produk sendiri iaitu Mary Kay Ash.

 
Mary Kay bukan sahaja mempunyai produk kosmestik seperti dalam gambar di atas tetapi juga ada produk-produk penjagaan muka dan badan. Selesai penerangan kita semua diajar cara & tip untuk mencuci muka mengikut langkah yang betul. hu huu baru tahu cara yg betul selama ini suka hati je cuci muka.


Masa yang ditunggu-tunggu, Lela membuat demo cara apply make up menggunakan produk-produk Mary Kay di hadapan satu per satu sambil menerangkan sekali maklumat produk yang digunakan. Pastu tu turn kitaorg pulak berdemo pada muka sendiri dengan produk-produk Mary Kay ini.


Tengok la masing-masing bukan khusuk lagi makeup. Semuanya fokus pada cermin untuk last touch up pada muka masing-masing sehingga orang tangkap gambar pun buat tak tahu je. Dekat 1 jam jugak baru masing-masing siap makeup dan hasilnya tgk bawah.

Jeng

Jeng

Jeng
 

 Tadaaa...How I look? 
so sweet 
so natural
i really love it 
 


 Me and Feexa Nicoll 
 Sesi terakhir pada hari itu setelah cantik-cantik, 
semuanya berposing-posing la ambil gambar kan
Feexa ada menjual busana muslimah Hijab N the city 

 
Sebelum balik sempat bergambar dengan 
Lela dan Rafiedza (Mary kay Beauty Consultant) 
buat kenang-kenangan.



27 July 2012

Zikir


Assalamualaikumm...

Salam 9 Ramadhan 1433 Hijrah...



Hujung minggu ini balik Melaka. Berpuasa dan berbuka puasa dengan Ayah & Ibu Mertua pulak. 


Alhamdulillah dah masuk 9 hari kita berpuasa, masih mampu bertahan daripada lapar & dahaga. tapi masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya nafsu & hati ini supaya bersih daripada segala perkara yang noda. 

Begitu juga dengan Pancaindera & anggota badan kita seperti :-

1. Mata - mesti dipelihara daripada melihat perkara-perkara yang boleh menambahkan dosa.

2. Telinga - Hindarilah telinga daripada sebarang khabar angin, fitnah, umpat keji dan berita2 sensasi yang hanya ditokok tambah penyebarnya.

3. Mulut - wajib dijaga daripada menipu, mengata, mengumpat & menyebarkan fitnah serta bercakap sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Bak kata perpatah "kerana mulut badan binasa".

4. Tangan - Peliharalah tangan daripada memegang, bersalam & bersentuh dengan orang yang bukan muhrim, mencuri, meragut, mengambil barang-barang orang lain tanpa izin dan sebagainya.

5. KakiWajib dijaga daripada melangkah ke tempat-tempat maksiat, menyepak & menentang orang lain.

6. Hati - mengsucikan hati daripada perasaan hasad dengki, cemburu, buruk sangka, iri hati, tidak puashati, marah, dendam dah sebagainya. 


InsyaAllah kita mampu melakukanya, Bersih & Suci luaran dan dalaman daripada segala perkara yang menambahkan dosa. Di bulan penuh rahmat dan keberkatan, mulia lagi suci ini sama-samalah perbanyakkan amalan & ibadat.



Zikir





26 July 2012

Pasangan TerMuda berkahwin di Malaysia




Assalamulaikum...

Salam 6 Ramadhan 1433hijrah




Perkahwinan pasangan paling muda
Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun)







Sudah tertulis mereka berdua ditakdirkan berkahwin di usia yang muda
Semoga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat


sumber Youtube




KAHWIN MUDA BAHAGIA
(Ustaz Kazim Elias)





24 July 2012

TV vs Handphone

Assalamulaikum...

Salam 5 Ramadhan 1433 Hijrah.




Dugaan di awal bulan puasa, sudah 2hari 2malam kitaorang sekeluarga tak dapat menonton siaran di TV disebabkan oleh TV telah rosak. Hu huu...dekat2 raya ni boleh pulak TV ni buat hal. Ini semuanya gara-gara mylittle Hero main tekan-tekan butang Power (On/Off). Dah lama jugak si Ashraaf suka main butang tu...bila time Mama & Papa dia sedang syok punya tengok cerita kat TV tu dia dengan suka-suki pergi tutup(Off button). Lepas tu boleh pulak buat muka tak bersalah, bila orang suruh dia tekan balik (On) dia buat tak tau je. Memang geram sesangat.....


Bila butang On/Off tu dah rosak maka skrin TV tu golap golito la tiada la berwarna warni seperti selalu. Alahaiii BORING nya tanpa TV huwa waaa...tak dapat tgk berita dan cerita lagi hu huuu. Layan internet je tapi tak best mcm layannn TV.


Kalo nak hantar TV pergi baiki pun dah tentu-tentunya 2 3 ratus melayang kot. Sebab sebelum ni hantar repair sebab TV kena sambar kilat pun 200++. So, cakap dengan my hubby beli TV yang baru je lah. Boleh pulak my hubby cakap kalo beli TV baru, handphone baru tak ada la. Aduhai...dia kasi bini dia ni pilihan TV baru ke Handphone baru!....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ceritanya  bulan lepas, si Suami nak belikan handphone baru utk isteri dia yg tersyg nilah sbb handphone yg isteri dia pakai sekarang banyak problem je...tapi isteri dia ni ckp nanti dululah, si Isteri yang panjang akal ni pun bagi satu idea yg baik punya. Minta si suami belikan handphone bulan depan sebagai hadiah hari lahir si Isteri.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Padan muka aku, last-last aku jugak yang terkena. kempunanlah aku nampak gayanya nak pakai Handphone baru...apa la nasib-nasib nak buat macam mana kan..redha je lahhh.





Kek Batik Coklat Badam



Assalamulaikum...



Juadah sampingan berbuka puasa
*
*
*
Kek Batik Coklat Badam


 
mintaa maf la ye sbb dah potong baru ambil gambar
bagi sedikit kat jiran hu huu

Resepi hasil google tapi diubahsuai ikut selera kita la kan
Bahan-bahan yang diperlukan perti berikut:-

1 ketul Mentega
1 bar coklat masak
3 cawan serbuk Milo
1 cawan susu pekat manis
3 biji telur ayam
1 bungkus biskut marie



Cara-cara memasak boleh tengok video bawah ini

*

*

*




Selamat mencuba....






- SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA -


 


22 July 2012

Tinggal Kenangan



Assalamualaikum,
Salam 3 Ramadahan 1433 hijrah



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin Nya kita masih lagi berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ini hari ke-3 kita semua berpuasa, Alhamdulillah puasa pertama dan kedua telah selesai ditunaikan dikampung bersama-sama Mak dan Abah yang tersayang.


Semasa dikampung sempatlah aku melawat rumah pusaka tinggalan Abah & Mak dikampung yang berdekatan lebih kurang 5kilometer dari rumah sekarang. Sudah lama aku kepingin ke rumah pusaka yang mana meninggalkan seribu macam kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Seperti kata perpatah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat kita dilahirkan.



Rumah Pusaka yang usang dan terbiar inilah aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga aku berjaya ke Menara Gading. Kami 6 adik-beradik semua membesar di sini. Kami membesar dikelilingi sawah padi yang terbentang meluas dengan suasana kampung yang indah,damai  dan udara yang nyaman sangatlah-sangatlah aku rindui.



Tatkala melihat rumah puaka ini, macam-macam kenangan yang kembali terimbau di kota fikiran aku. Segala kenangan di sawah padi, mandi sungai, memancing, bermain di halaman rumah, kenduri kahwin abang & kakak, berpuasa dan beraya di rumah ini masih jelas terbayang di dalam ingatan aku.



Rumah pusaka ini asalnya adalah rumah 2tingkat (bawah batu atas papan) seperti kebiasaan rumah-rumah kampung. Mempunyai 2bilik bawah dan 2 bilik atas, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas dan besar. Sayang seribu kali sayang rumah yang dibina hasil usaha dan titik peluh Abah mengerjakan sawah padi kini terbiar sepi tiada penghuni. Tiada apa yg tinggal lagi dirumah ini semuanya hanya tinggal kenangan.











Jual Murah
(Nursing Inner)


RM 20

19 July 2012

Niat Puasa


Assalamualaikum...


Salam Jumaat Mubaraka...


Ramadhan yang dinanti akhirnya tiba...
Selama sebulan kita akan berpuasa...
bukan sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga
tapi menahan kita daripada membazir, hasad dengki, bersabar, mengumpat/mengata dll
perbanyakkan ibadat di bulan mulia ini
dengan membaca doa, berzikir, berselawat, bersedekah dan sebagainya.



Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf dengan kawan-kawan blogger semua jika ada tersilap bahasa dan kata dengan penulisan saya sehingga ada yang terasa hati tanpa saya sedari. Semoga kita dapat sama-sama menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesempurnaan.




Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.


Jangan lupa niat puasa malam nanti.








#* Malam ini nak balik Kampung (Teluk Intan). Nak berpuasa dan berbuka puasa hari pertama bersama-sama Mak & Abah tersayang.

18 July 2012

Berani Punya Budak



Assalamualaikum....



Pagi yang sejukkkk...
Sejuknya sehingga terasa hingga ke tulang

Sebelum cerita pasal "Berani Punya Budak" 
(bukan filem Adflin Shauki ye harap maklum).  
Ada satu soalan nak aku tanya dengan korang

 



Apakah reaksi korang 
jika melihat aksi-aksi di dalam gambar di bawah?









Reaksi aku....
Tak terkata...hanya sempat menjerit.
Ashraaf....turunnnnnnnnnnn

Reaksi Ashraaf...
pandang aku dengan muka selamba tak de buat salah apa
pastu siap berjoget2 di atas kereta tu


Budak Bertuah...
Memang Berani Punya Budak...


Rendang Daging BerKerisik


ASSALAMMULAIKUM...



Hujan rahmat telah turun membasahi Kuala Lumpur petang ini. Sejuknya rasa sedapnya kalau dapat sambung tidur lagi huhuu. Ehhh...mana boleh! dah pukul 6ptg ni. Nak kena masak jap lagi myhubby balik kerja tentu lapar maklumlah hujan-hujan macam ni. 


Tapi tak tau nak masak apa?


Semalam, dah masakkan rendang daging planta. Biasalah Mood Raya tu datang je tiba-tiba kan...(padahal puasa pun belum lagi kui kuii)


Rendang Daging berKerisik


Cepatlah datang idea nak masak apa ni? 
godek-godek peti ais ada ikan kembung dengan ikan keli je.
 Nak buat sambal ikan keli cili pulak xde dah habis semalam masak rendang.
 Sonang-sonang buat ikan kembung goreng aje lahh 
pastu masak sup kentang dengan suhun.





Jom Masak


17 July 2012

16 July 2012

Hot Chocolate Drink



Assalamualikum...

 


Entry di petang hari...almaklum pagi2 sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga. Waktu petang macam ini baru ada masa untuk diri sendiri berehat sambil2 ber Facebook dan ber Blog. Petang-petang yang redup di KL ini sangatlah sesuai untuk perkena secawan Hot Chocolate bersama biskut kering.




Minuman coklat The Milk Story dari Lunatots menjadi pilihan saya.
(dah macam iklan pulak)




Kenapa Minuman Coklat ini menjadi pilihan saya?

1. Saya sangat sukakan dan gilakan coklat.  
(coklat berkhasiat dan boleh meningkatkan hormon kasih sayang)



2. Minuman ini adalah 4 in 1 - coklat, halba, susu dan gula  
(sangat mudah masukkan satu pek minuman coklat bersama air panas 
ke dalam cawan kemudian kacau dan boleh diminum)




3. Menambahkan susu ibu kerana mengandungi Halba (fenugreek) yang terbukti dapat memperbanyakkan susu badan.
(Setiap peket mengandungi kisaran halba sebanyak 12g)

 Alhamdulillah
rezeki untuk Adeel Ashraaf
penuh botol hanya ber Marmet 
selama 10minit pd sebelah breast shj




Percubaan pertama Minuman coklat dari Lunatots sangat memberangsangkan bagi saya. Walaupun sekotak berharga RM29.90 dengan hanya 10pek shj tetapi ianya sangat berbaloi-baloi. Rasanya sangat sedap penuh dengan nikmat coklat lazat sehingga tak terasa langsung halba yang ada dalamnya. 


Minuman Coklat The Milk Story sangat bagus untuk persediaan di bulan puasa nanti terutamanya untuk ibu-ibu menyusu seperti saya.



12 July 2012

Berwajah baru


ASSALAMUALAIKUM..

Salam penghulu segala hari.....





Macam biasa hari ini lepak di rumah sahaja bersama mylittle hero kesayangan aku ini. Dia tengah sedap tidur jadi sempat lah Mama dia update blog sekejap. Hari ini goyang-goyang kaki je rehat-rehatkan badan dan minda sebab semalam dah seharian bertungkus-lumus mengemas rumah.

Semalam angin rajin datang membuak-buak sehingga satu rumah kemas & bersih. Bangun pagi-pagi kemas tempat tidur, kemas barang-barang mainan yang bersepah-sepah, vakum, mop lantai, kemas ruang tamu, dapur dan bilik stor.

fuhhh...mmg bermandi peluh jugak semalam. rasa-rasanya 1kg lemak sudah terbakar hu huu. nasib baik Ashraaf tak meragam sangat semalam cuma suka ikut buntut aku je lah. Jadi dengan mood angin kerajinan aku semalam sempatlah aku merubah wajah baru ruang tamu rumah aku.




Gambar ruang tamu asal
sebelum berubah wajah


Masa ini baru habis vakum je.
Pas vakum2 entah macam mana dpt idea untuk ubah kedudukan sofa. 
memang dah lama jugak sofa tu di situ
tak silap dekat 2tahun jugak la.
lagipun minggu depan dah start puasa
jadi biarlah aku ubahsuai sekarang untuk wajah baru raya nanti
(awal gilerr kan, biarlah yang penting aku happy).




Gambar
Selepas berwajah baru


^


^


^




Ta daaa...yeahhh...berjaya!
ternyata aku berpuashati dengan usaha aku semalam.
Sofa L-shape dan jadik Loongg shape
nampak lebih kemas, teratur dan lebih luas.
langsir tu dekat raya baru tukar
kalo ada bajet lebih nak beli sarung cushion
sekali dengan cabinet tv baru
Mood Raya Sudah Datang



 



Jual Murah-Murah


Cooler Bag for let go

harga klik di SINI



09 July 2012

Jual Murah

Assalamualaikum.




JUAL MURAH-MURAH AJE



Nursing Inner (Long Sleeve)
RM 20.00
(harga asal - RM29.90)

jenama Autumz bersaiz "S"
beli di OneBabyWorld
(tak pernah pakai sbb tersalah beli saiz)



Cooler bag + Ice Pack



RM 35.00
(harga asal - RM55.00)



Percuma breast milk storage bags
jenama Autumz
boleh muat 8bottle & single breastpump
(hanya pakai 3kali sahaja)



Disposable Breast Pads
RM 15.00
(harga asal - RM31.90)


Percuma 4keping Breast Pads
Jenama Bumble Bee
Beli di OneBabyWorld
(tak pernah guna pun)


Bottle Feeding
RM 15.00
(harga asal - RM35.00)

jenama Momma (BPA Free)
(tak pernah digunakan langsung)




Neck SiliconeTeat  
RM 10.00
(harga asal - RM17.90)

Jenama NUK Classic Standard
Step 2 ( 6-18 bulan)
Percuma Stokin baby (6-12bulan)




Neck Nipples
RM 6.00
(harga asal - RM12.00)

Jenama Fiffy (0-6bulan)
Percuma Stokin baby (6-12bulan)



Puting
RM 10.00
(harga asal - RM16.00)
 Jenama Anakku (0-6bulan)
 Percuma pemegang puting
(tak pernah guna)




Semua harga di atas tidak termasuk caj Pos
Siapa Cepat Dia Dapat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...