nuffnang 3

30 November 2011

David Teo bengkak mata penangan Ombak Rindu

Assalamualaikum...







Hari ini hari pertama filem Ombak Rindu yang ditunggu-tunggu keluar pawagam. So, aku sangatlah excited nak pergi tengok petang nanti..

Ini semua gara-gara terbaca surat khabar kelmarin “David Teo sebak tonton Ombak Rindu” nangis sampai bengkak-bengkak mata lagi tu tengok pra tonton filem tu. 

Apa lagi lepas kelas petang semalam aku pun pergi Midvalley membeli nasib baik ada ingatkan dah sold out.
Filem yg diadaptasi daripada novel  nukilan Fauziah Ashari ini sememangnya popular ketika aku belajar di Universiti dulu. Mmg aku beli novel dia tp dah hilang. Aku rasa dah lebih 3 kali jugak aku khatam novel ni dan setiap kali baca jugak airmata ini mengalir bagaikan air paip kalo ditadah baldi sampai melimpah-limpah agaknya. Serius tak tipu punya percayalahhhh.
terima kasih Papa kerna izinkan Mama pergi tgk wayang malam ni dgn my BFF (Anum).Terima kasih juga kerna sanggup jaga Ashraaf malam ni.


24 November 2011

Perjuangan Suci seorang IBU

Assalamualaikum.
Semoga hari penghulu segala hari membawa barakah kepada kita semua.



Ingin aku kongsikan video ini untuk tatapan semua ibu dan bakal ibu terus berazam & bersemangat dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini demi anak-anak yang amat dikasihi. Sesungguhnya Kasih Ibu Kasih Sejati dan Abadi.







Khas Buat wanita yg bergelar IBU, UMI, BONDA, MAMA, MAMI dan sewaktunya.



Ibu Ibu Ibu
Oh Ibuku
Ibulah yang melahirkan ku
Ibulah yang mengandungkan ku
Ibulah yang membesarkan ku
Ibulah Ibu Sejati

Oh Ibuku
Pengorbanan Ibu tiada nilainya
Sanggup bertarung nyawa lahirkan ku ke dunia ini
Sanggup bersusah payah sembilan bulan aku dalam perutmu
Sanggup bersabar dengan karenah ku dari bayi hingga dewasa
Semuanya Ibu sanggup lakukan demi aku

Oh Ibuku
Kasih dan sayang yang kau berikan
tulus ikhlas tidak harapkan belas
Setiap belaian dan pelukan mu
ternyata erat dan mendamaikan jiwa
akan aku ingat selamanya

Ibu Ibu Ibu
Oh Ibuku 
Terima kasih atas segala-galanya
Terima kasih ya ALLAH
kerana berikan aku IBU
yang terbaik di dunia ini



Khas buat anak-anak Mama (Ayuni & Ashraaf)



Anak-anak Mama
yang amat Mama sayangi
Kamulah bak permata yang berkilauan
menyinari hari-hari Mama
tak kira di saat suka ataupun duka
kamu tetap di sisi Mama

Anak-anak Mama
yang amat Mama kasihi
demi kamu Mama akan terus berjuang
bertekad dan berazam memberikan yang terbaik
walau pelbagai ujian mendatang
akan Mama harungi selagi hayat di kandung badan

Anak-anak Mama
yang amat Mama cintai
Mama ingin melihat kamu membesar
menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa
di dunia dan juga di akhirat
itulah doa Mama setiap hari

Anak-anak Mama
Aisyatul Ayuni dan Adeel Ashraaf
Kasih, sayang dan cinta Mama
hanya buat kamu berdua
Kamulah anugerah terindah daripada yang Maha ESA
yang tidak ternilai buat Mama.








# Moga Ashraaf cepat sembuh daripada demam panas dah 2 hari dah kesian Mama tengok.

23 November 2011

BOTAK

SALAM 1 MALAYSIA


Ehhh apa yg BOTAK?
Siapa yg BOTAK?
cuba teka...

^

^

^

^

^

^

^

^

sapa lagi kalo bukan
Mylittle Hero - ASHRAAF
(nak tunggu jawapan korang lambat sgt)

^

^

^


Lain muka dia
tp tetap cute


tetap bergaya


skrg suka panggil dia
BOTAK


Anak kesayangan MAMA
Tetap COMEY Tetap DEBAB





21 November 2011

Nyaris Maut Kerana Seput Sedut

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia.



Akhirnya Malaysia memenangi pingat EMAS Bola Sepak di Sukan Sea. Memang HEBAT & TERBAIKKK perlawanan malam tadi. Bergema seluruh negara dgn laungan GOLLLL kemenangan malam tadi.

Tapi selepas perlawanan Hati aku bertukar sakit hati + angin puting beliung sbb diaorg main mercun meletup bum bang bum bang sampai Ashraaf yg nyenyak tido terkejut dan terus menangis...GERAMMMM GILER...nasib baik kesabaran aku ada kalo tak mungkin aku dah jadi harimau jadian yg meNGAUMMMM kat diaorg semua.


Baca MyMetro pagi ini
kelakar pun ada takut pun ada
bila baca berita tentang


GADIS TERCEKIK SEPUT SEDUT


Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya malam kelmarin.

Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.
Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.

“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.

“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


- ini mesti kes tengok BOLA KOT -





Moral of the Story

BILA MAKAN JANGAN SAMBIL-SAMBIL TENGOK TV
KALAU TAK JADI MACAM CERITA DI ATAS.




17 November 2011

EKSPO AKHIR TAHUN 2011

Selamat Hari Jumaat penghulu segala hari....

Salam 1 MALAYSIA.



terlebih dahulu sejuta TAHNIAH kpd pasukan bola sepak sukan sea negara kerana telah menang perlawanan menentang Indonesia 1-0 malam td. teruskan semangat berjuang dan semangat melawan MALAYSIA BOLEH!





Ada agenda penting hari ini....
marilah semua ibu bapa kita serbu



Midvalley Exhibition Centre
(Atrium, Hall 1,2 & 3)
18 - 20 November 2011
10.00pagi - 9.00malam

-Masuk Percuma-




EKSPO Akhir Tahun
Yang Paling
KOMPREHENSIF &
MENYERONOKKAN
Untuk Si Manja anda yang
berusia 0-7 Tahun dan
Bakal IBU



Aktiviti menarik menunggu
macam-macam ada






Apa tunggu lagi
jom serbuuuuuuuu

08 November 2011

BESAR Punya!!!

Salam 1 Malaysia.


Macam mana cuti raya korban korang best tak? 3 hari cuti tp tak terasa mcm cuti pun sbb cepat je masa berlalu kan. Alhamdullilah Raya Korban aku balik Perak lagiiii hu huuu. Hari Sabtu pagi2 lepas Subuh terus balik Teluk Intan. Nasib xjem kat lebuhraya PLUS cuma banyak kereta je.

Sampai rumah kul 10.00pg, Mak & Abah terkejut kitaorg balik he hee...mmg aku tak tefon @ bg tau pun nak balik...kasi kejutan sikit. Abah aku tgh hiris daging & Mak tgh masak beras pulut nak buat ketupat. Bukan main senyum lagi Mak & Abah tgk anak menantu & cucu dia balik.ho hoooo.

Mak siap habaq lagi...Abah ada kata "kalo depa ingat kat Mak & Abah depa balik la". mmg lekat kat hati ini kata2 tu. Aku tau Mak & Abah mesti terasa sunyi kalo anak menantu & cucu nya tak balik raya bersama. Ternyata bukan aku sorang yg ingat kat Abah & Mak. Abang aku yg no.3 pun balik jugak tp diaorg sampai ptg dah.

Mmg rezeki kitaorg petang tuuu..Abang Long bawa balik IKAN BESAR PUNYA. mmg abang aku yg sorang ini hobi dia memancing dr muda2 sampai dah berumahtangga dan anak dah 3 org masih memacing lagi..merata ceruk sungai dia pergi memancing. Aku ingat lagi ms aku kecil dulu dia bawa balik ikan TOMAN kat tasik mana entah dia mancing. Kadang2 aku kesian dgn Kak Long (SIL) kena tinggal malam2.



Ikan Jelawat - 4 kilo lebih
(my hubby tumpang bergambar dgn ikan)


Mak sampai xtau mcm mana nak bersiang
besaq sangattt kata Mak



Inilah telur ikan
besar dan banyak giler


ikan yg telah di siang dan
diletakan rempah utk di bakar



Abang Long & Kak Long
tgh bakar ikan jelawat



kepala ikan yg telah dibakar
semuanya xsabar nak makan



isi ikan jelawat ini mmg padat
kenyang malam tu dgn hidangan yg
besar punya...

03 November 2011

Bot Pisang

Selamat Jumaat Al-Mubarak....


Nak tanya korang semua pernah naik Bot Pisang (Banana Boat) tak? Aku...sepanjang hidup ini lah kan xpernah la lagi naik..hu huuuu. Teringin la juga nak merasa naik Bot Pisang ini kan tp belum sampai masa lagi. My Hubby & anak kesayangnya juga yg merasa naik.


Alkisahnya pd hujung minggu lepas, kitaorg anak beranak bersantai di Pengkalan Balak, Melaka. Mula-mula Papa, Ayuni & Sinar mandi manda tiba-tiba datang org bawa Bot Pisang & tanya nak naik tak. Papa tanya budak2 boleh naik tak? Org itu ckp Boleh.


RM10 (dewasa)
 RM5 (Kanak2)

Lepas pakai jaket keselamatan
terus suruh diaorg posing
kat atas Bot Pisang tu


Dah siap sedia di atas Bot Pisang
Ayuni dipeluk oleh Papa
takut melayang pulak nanti


Semua dah ready dah
mesti masing-masing berdebar2


Dah mula dah slow-slow je
pastu laju giler org tu bawa...ngeri


tup-tup dah jauh dr pantai
sayup-sayup je nampak


second round pulak...
Mama tgk je lah kena jaga
Ashraaf yg lena di ulit bayu laut


Dah berakhir
turun boat semuanya jln huyu hayang
penangan Bot Pisang




Selamat Berhujung Minggu Semua
&
Selamat Hari Raya Aidiladha


02 November 2011

Genap 6 Bulan

Assalamulaikum.......

^

^

^

ADEEL ASHRAAF BIN ADLYAS
01/05/2011
08:04 pagi

Alhamdullillah,
Semalam genap la sudah
My Little Hero berusia 6 bulan.
Anak Mama ini dah semakin
cergas, nakal & aktif.


Syukur kpd Allah
dengan rahmat & nikmat kurniaan
yg diberikan kpd Hamba-Mu ini
dapatlah Aku memberikan SUSU IBU
sepenuhnya kpd Ashraaf.


Dengan memberikan yg terBAIK(SUSU IBU)
hasilnya mmg terBAIK(ASHRAAF)


Ashraaf 6 bulan

Berat dah 9.4kg (terlebih sihat & montel)
sangat suka senyum & gelak (bila org panggil nama dia)
ringan mulut (suka berckp ikut bahasa dia)
sudah pandai meniarap & golek2 (xberani nak tido atas katil)
dah pandai sebut Mama & Papa (kdg2 terdengar)
  tangan dah pandai pegang barang
suka sgt isap jari (kdg2 semua jari masuk sekali)
suka menjelir lidah (panjang lidah dia)
suka main air liur (habis gugur rambut aku)
suka lompat2 bila pegang dia (aduhai lenguh giler)
suka tarik rambut orang (exspecially kakak dia)
suka main air bila mandi (habis basah Mama dia)
dah pandai sepahkan mainan (sama mcm kakak dia)

^

^

^

Baby Walker

hadiah utk Birthday Boy
(senang Mama nak buat kerja rumah)

^
^
^

Minat sgt dgn Walker yg merah ni
bentuk dia mcm kereta
siap ada roda kat tepi lagi
tp dah habis stok pulak
tinggal yg display je
sedih tau..............
dah la ada diskaun 20%



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...