nuffnang 3

31 July 2012

Mee Goreng Udang Basah



Assalamulaikum

Salam 12 Ramadhan 1433 Hijrah




Cukup simple, mudah & cepat juadah berbuka 
kami sekeluarga malam tadi hanya

Mee Goreng Udang Basah
+
Air Soya Cincau


 Kenyang tak terkata
walaupun sedikit masin tp tetap 
 menambat selera suami tercinta
 


Resepi Mee Goreng Udang Basah

Bahan-Bahannya
1. 2 biji bawang putih
2. 3 biji bawang merah
3. 1 sudu besar sos tiram
4. 2 sudu besar sos tomato
5. 1 sudu besar sos cili
6. 1 sudu besar cili boh
7. 1pek bebola ikan
8. sayur sawi
9. Udang sederhana besar (tak kisah berapa ekor pun)
10. garam 
11. 1/2 sudu besar kicap manis
12. mentega/ minyak masak 
13. mee kuning
14. kuib pati ayam

Cara-cara membuatnya
1. Panaskan kuali kemudian masukkan mentega bersama minyak masak. 
2. tumiskan bawang putih & merah yang ditumbuk halussehingga naik bau
3. masukkan kuib pati ayam, sos tiram, sos tomato, sos cili & cili boh, masak sehingga pecah minyak
4. kemudian masukkan bebola ikan & sawi dan gaul sehingga mesra dgn sos tadi
5. selepas itu, masukkan pula sedikit garam (agak-agak la ye!)
6. barulah kita masukkan udang yg dibuang kulit dan gaul lagi sehingga udang kemerah-merahan dan telah mesra dgn sos tadi.
    (ingat udang tidak boleh masak terlalu lama nanti keras dan hilang manisnya)
7. Akhir sekali masukkan mee kuning yang telah di celurkan dgn air panas terlebih dahulu. Gaulkan sehingga mesra dgn semua bahan-bahan tersebut barulah masukkan sedikit kicap manis untuk menambah rasa (jgn terlalu banyak sbb dah letak garam tadi kan) kalau nak betul2 basah letakkan air sedikit.

*

*

*

*

*



Hanya 30 minit
Siap untuk hidangan
Selamat mencuba
Selamat Berbuka






#minta maaf ye kalo gambar-gambar di atas membuatkan anda tertelan air liur



4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

terliuuurr!!nak salin resepi ehhh..

Fara Ada said...

pagi pagi dah bukak page makanan..
lambat lagi ni nak berbuka..hehehe..
nampak sedap aje mee goreng basah udang ni...hehe..

atty's said...

kelmarin pun masak mee goreng utk berbuka.

|| NaFiRaa || said...

sedapnye.. terliur tengok udang2 tuh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...