nuffnang 3

30 April 2010

Saya Nak Ganti WARDINA


"WARDINA SAFIYYAH"

Secantik dan Seindah namanya.
Sememangnya dikenali ramai.....
Seorang PELAKON, PENGACARA & PERSONALITI TV
di Malaysia.

Tetapi apa kisahnya sehingga ada org nak ganti Wardina
Alkisah sebenarnya dalam Mysuperkids


Inilah "MODEL" yang di cari

Picture - Without Makeup

Picture -After Makeup


SAYA NAK GANTI WARDINA SEBAB
saya suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini,
disamping dapat menimba pengalaman yang berharga
saya juga ingin membina keyakinan yang lebih baik daripada sekarang.


Tarikh tutup
Hari Khamis 6 Mei 2010,
jam 5.00 petang.


Cepat Kekawan,
jgn ketinggalan merebut peluang keemasan ini Sekarang.

27 April 2010

"Lebih Hangat Daripada Biasa"

Assalamualaikum .....semua.
Baru balik dari Cameron Highland....
hari ini bukan nak citer pasal my holiday 
tp berkenan tajuk entry. 
takkan tak biasa dengar kot.....cuba teka?

lmbt la korang ni...Radio Hotfm la.....
semmg menjadi radio pilihan No. 1 dihatiku..
di mana saja, radio Hotfm la yg akn aku dengar
maupun dlm kereta, di office & di telefon bimbitku
sentiasa akan kedengaran 
 "Lebih Hangat Daripada Biasa"

Sebenarnya, aku excited sgt citer 
pasal Hotfm ini adalah kerana aku terserempak dgn 
HOTFM VIVA ZOOMERS 
pd ptg hari jumaat yg lalu.my lucky day...
aku hantar kereta aku ke tmpt cuci kereta berdekatan
Q Bistro di Bandar Sri Permaisuri ini....
 Tiba-tiba aku ternampaklah kereta ini...

 Mula2 nampak....eh, kereta hotfm...
aku hanya melintas tanpa pikir apa2 pun
aku masuk & start kereta n bukak radio HOTfm. 
the time DjTini yg keudara dgr dia ckp dgn sesorg 
tp aku xberapa dengar sgt...tp bila dia sebut je 
"VIVA ZOOMERS akan berada 5 minit 
di hadapan SpeedMart Bndr Sri Permaisuri...
barulah tertangkap dimindaku...kereta tadi....

Aku nampak dari kereta aku bebudak 
Viva Zoomers ini 
baru keluar n susun barang2 kat belakang kereta..
dah ada 2, 3 org dok tggu kat situ.
So, pun terus la keluar g tggu kat situ gak.

mcm2 soalan diajukan..berkaitan dgn Hotfm & TV3,
malangnya aku xdpt jwp coz ada org 
lebih cepat dr aku...Heee Heee

 Antara hadiah2 yg aku dpt dr 
Viva Zoomers...
Tq HOTfm

23 April 2010

Alkisah Bowling

Alkisahnya berlaku pada hari RABU yang lalu,
company aku telah mengadakan satu acara yang sememangnya yang pertama dalam sejarah company ni...

Ini dia siap dengan banner drpd pihak penganjuran lagi...

Acara yg diadakan di Pandan Lake Club tu mendapat sambutan yang diluar jangkaan drpd pelbagai lapisan pekerja (pekerja bawahan hingga atasan) semuanya join.

Yang Sebenarnya,
ini adalah first time aku main bowling ini
......mmg xsabar giler nak pegang bola masa tu.
very d' excited pegang bola bowling
untuk pertama kalinyeee

Lontaran yg pertama....
rasa2nye bola tu pergi mana?
sapa leh teka...

result utk pusingan pertama...
cuba teka lagi
aku punya yang mana?

my husband dgn aksi bowlingnye...
dgn sokongan padu Ayuni drpd belakang

Yang paling atas tu my husband
punya result....ok tak?

Aksi bergambar je lebih......
aksi lontaran bowlingye kemana yek...?

Second round.....
result boleh laaaa
bg yg br blajar mcm aku ni...

Aksi lontaran untuk terakhir
dgn penuh bergayanye....
tp 6 pin je yg kena

Last kopek, masuk longkang akhirnyaaaa
.....wahhh ha ha haa

Final round....
resultnye better than first n second round...

Abis acara bowling,
acara bergambar pun bermula..
Layan ye la ok...

mama2 yg sporting2 belaka....

Bebudak Ofis yg turun padang bowling mlm tu...

Ayuni pun xmau terlepas bergambar,
depan bola bowling lagi tuuuuuuuuuuuuuu

Hamper-hamper yang menjadi rebutan pada mlm tu....
milik siapakah gerangan hamper2 ini.
hampir tepat pukul 12.00tgh mlm
keputusan pemenang diumumkan...
*
*
*
*
*
*
Muka2 pemenang pada malam tu....
mana pulak muka aku?


20 April 2010

SYUKUR..........ALHAMDULILAH



ALHAMDULILAH..ALHAMDULILAH..ALHAMDULILAH

SYUKUR........kepada yang ILLAHI kerana melimpahkan rezeki yang berlebih-lebihan buat HambaMU,  

Ya ALLAH..............
HambaMU yang Daif lagi Hina ini ingin mengucapkan sejuta kesyukuran atas kurniaan rezekiMu yang tak terhingga buat kami sekeluarga.

Ya ALLAH...........
Aku SUJUD SYUKUR padaMU


Sesungguhnya....
KAU lah yang MAHA PEMURAH Lagi MAHA PENGASIH.


Note 1: 
Hip Hip Horeeey.....
suamiku dpt bonus semalam,
BONUS yg diluar jangkaan sehinggakn myhusband 
"TAK PERCAYA" 
 dpt byk tu smpai 2, 3 kali g check kat ATM.....
Berapa??? Shhhhh.......rahsia.

Note 2: 
Hip Hip Horeeey.....
Holiday to Cameron Highlands this weekend! 

 
Cameron Highlands..........I'm Coming!






 

19 April 2010

Dqaseh2u : Imej terbaru

Teruja giler dpt tempekn new header ni...look very d'ceria, unik n baru ada class. Dah lama dah aku nak tukar header ni tp hari ni br ada peluang.
HOPE U ALL LIKE IT. 




Sbenarnya aku nak beri nafas baru blog aku ni.,bg lagi unik n sesuai dgn tema KASIH yg diguna. 



Next time, aku nak tukar background pulak tp aku masih fikir idea yg sesuai dgn header br ni. 




Jd, kpd kekawan yg kreatif n baik hati bolehlah kiranye dpt kongsi idea dgn qaseh.

12 April 2010

Blog special for Contest-Giveaway

Aku ingin mempersembahkan kepada semua......blog qaseh special for contest & giveaway. Maklumlah very d' excited masuk contest n giveaway.....so, aku pun decide utk buat satu blog khas untuk apa2 aje contest n giveaway.



First Contest yg Blog mamayuni sertai ialah dari blog Zati


06 April 2010

LADANG JAGUNG BAPA MERTUAKU

Ini kisah hujung minggu lepas, aku balik KG husband kat Masjid Tanah, Melaka. Selalunya org kata balik Kg tanam jagung tapi  alkisahnya aku n husband balik Kg petik jagung.....terbalik pulak. xkisahlah janji hujung minggu hari tu mmg seronok. Ikutilah kisah-kisah kitaorg kat ladang jagung kepunyaan
Bapa Mertua Aku ni.


Keluasan Ladang Jagung Hampir 4 ekar



Ayuni & Dak Sinar sempat posing dengan
buah jagung yg telah dipetik.



Papa ayuni dengan hasil kutipan jagungnya....



Berehat seletah penat petik jagung, itu pun baru 1/4 ladang je.



Pondok kecil yg menjadi tempat untuk berteduh.



Hasil jagung yang telah direbus,,,
Hmmm warnanya sgt menarik



Papa bukan main melantak jagung tu sampai
mama kat depan dia pun xperasan



Abang ipar n wife dia pun sama,
bapa mertua aku lalu pun xsedar.

Bapa Mertua aku dan bagi seguni buah jagung balik KL, banyak giler xtau nak wat ape...separuh adik ipar aku dah bg kat girlfriend dia. pastu aku ada rebus bbrapa bijik bawa g office. Tinggal laa lagi bberapa bijik xtau nak wat pe? Nak wat bubur aku xminat sgt. So, aku pun google laaa.
Pas tu jumpa resepi ini.






Hmmmm, sekarang dah tau nak buat apa.....buat yg senang je...cucur jagung heeeee. Tp kalo sesapa ada resepi jagung yg nak kongsi boleh jugak. jangan la malu jangan la segan...

01 April 2010

SI TEDI BUAT 'CONTEST' : BILA DAK ITAM BERDIALOG


Contest kali ini lain dari yang lain coz kena kreatif &
mesti ada daya imaginasi yang fantastik
Aku memang sukakan cabaran,
jadi aku xmau lepaskan peluang untuk join contest ini.

siapa yang rasa2nya mempunyai idea yg kreatif
jemput-jemputlah join contest yang dibuat oleh
Hadiah2 pun menarik-menarik belaka.


Bila Dak Itam Berdialog : Part 1



Bila Dak Itam Berdialog : Part 2


Apa macam OK ke KO?
xkisahlah yang penting aku dah join,
korang mcm mana
Apa tungguuuu lagi.....


Berikan 2 sebab mengapa kamu berkunjung, membaca dan mengomen di Kadang Kala Diam Itu Adalah Lebih baik?

Blognya cantik dan kreatif
Tuan Blog yang penyayang terutamanya kepada haiwan
    (contoh yg terbaik)

Berikan satu tajuk 'entri' yang paling kamu sukai atau yang terkesan dihati! tidak ingat tajuk tulis isi2 penting pun diterima.

"Kisah Dak Utih yang pergi untuk Selama-lamanya"
   ( kisah yg benar-benar menyentuh perasaan)

Berikan 1 tajuk atau perkara atau isu yang dapat membuatkan Kadang Kala Diam Itu Adalah Lebih Baik lebih mantap, lemak berkrim disukai ramai.

Hanya sedikit perencah "ASAM GARAM KEHIDUPAN" Resepi yg Terbaik, lemak & krim hanya memudaratkan kesihatan.

" Saya mengharapkan Kadang Kala Diam Itu Adalah Lebih Baik "Menjadi yang TerBaik Daripada Yang Terbaik Tetapi Jangan Lupa Siapa Anda"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...