nuffnang 3

27 March 2013

ASSALAMUALAIKUM....



Apa plan korang hujung minggu ini
kalau masih tak ada plan
jom pergi di sini

^

^

^



D'Qaseh Beauty akan buka booth di sana
berkolaborasi dengan Hijabfreak2u

Dengan pembelian RM 150 ke atas 
dalam satu resit di Booth kami
korang akan dapat Makeover secara percuma


Bagi korang yang booking Makeup atau Facial
akan diberikan Manicure secara percuma




Apa tunggu lagi
Datang la ramai-ramai
singgah di Booth no.10
jumpa Qaseh di sana...



15 March 2013

18,000 tiket percuma ke WaterWorld I-City Shah Alam



ASSALAMULAIKUM....

Berita baik untuk semua.......
Sempena Cuti Sekolah & Matta Fair




Taman Tema digital, I-City Shah Alam 
menawarkan 18,000 tiket percuma bernilai RM700,000 
kepada orang ramai untuk berkunjung 
ke taman tema air WaterWorld I-City 
bermula 15 Mac 2013 hingga 15 September 2013.


Sumber : Utusan Malaysia


Tempahan tiket boleh dibuat secara dalam talian 
melalui www.i-city.my/free atau klik SINI
Setiap individu boleh menempah maksimum 10 tiket 


Tempahan berkonsep 
"SIAPA CEPAT, DIA DAPAT"
Segera rebut peluang keemasan ini
kerana jumlah tiket percuma
terhad 100 keping sehari


Sangat rugi tau kalau terlepas peluang ini
Biasanya tiket masuk ke WaterWorld I-City RM40 seorang
Qaseh dah buat tempah untuk kami anak beranak


InsyaAllah 1 May 2013 kami bakal beraksi 
dan bermain air di sana
sempena menyambut ulang tahun kelahiran 
ADEEL ASHRAAF yang ke 2 tahun






















07 March 2013

Sotong masak dakwat




ASSALAMUALAIKUM....
Salam Hari Penghulu Segala Hari
Jumaat Mubarakah


Selamat Hari Wanita
kepada semua yang bergelar Wanita



Di hari Jumaat yang mulia ini
Qaseh nak kongsi resepi dengan rakan-rakan semua
sebab myhubby sangat sukakannya


Resepi ini dapat dari Mak Ngah 
(mak saudara sebelah suami)
yang tinggal di Terengganu.
Masa Qaseh sekeluarga bercuti di sana
Mak Ngah masakkan Sotong Dakwat ini
MyHubby kata sedap sangat 
sampai tambah 2 3 pinggan nasi.


Jadi, Qaseh pun apa lagi
minta resepi la dari Mak Ngah
Balik je KL terus cuba buat
Alhamdulillah menjadi jugaklah
inilah hasilnya tapi Qaseh tambah dengan sayur-sayuran
dan lebihkan kuah sedikit sebab anak-anak Qaseh suka banyak kuah






Mula-mula pelik jugak kenapa nama Sotong Masak Dakwat 
Masak dengan dakwat pen hitam ke????
rupa-rupanya cecair berwarna hitam dalam sotong tu lah dipanggil dakwat





Bahan-bahannya

1. 6ekor sotong segar
2. 3 cecair hitam sotong (jgn pecahkan dulu)
3. 2ulas bawang putih
4. 3ulas bawang merah
6. sedikit halia
7. 1batang serai
8. lobak merah
9. bunga kobis
10. kacang pea
11. sedikit kunyit
12. sedikit garam
13. planta/minyak masak
14. sedikit air


Cara Masakannya

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak dan planta.
2. kemudian masukkan bawang merah & putih yang telah ditumbuh halus
3. kemudian masukkan pula serai yang dikerat 2 dan dititipkan bersama-sama halia yang potong nipis-nipis.
4. bila sudah naik bau bahan tumisan masukkan lobak merah, bunga kobis & kacang peas gaulkan sebati
5. masukkan sedikit air supaya sayur-sayur tadi empuk
6. baru masukkan sotong dan cecair hitam gaulkan
7. Kemudian masukkan sedikit kunyit & garam
8. biarkan sebentar baru tutup api.













Selamat Mencuba
walaupun hari ini hari Wanita
tetapi kita tetap masak untuk 
suami & anak-anak tersayang

04 March 2013

Merajuk & dipujuk





ASSALAMUALAIKUM....


Alhamdulillah, 
masih lagi diberi peluang untuk meneruskan 
kehidupan bersama-sama orang yang disayangi

Alhamdulillah,
masih lagi dapat melihat wajah-wajah suami
dan anak-anak setiap kali bangun tidur

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah 
Ya ALLAH
atas nikmat yang diberikan


Apatah lagi dapat melihat
gelagat & ragam 
anak-anak ku
di depan mata ku sendiri


 Ashraaf sudah pandai merajuk
baru Mama dia marah sikit
buat2 pejam mata, baring pastu nangis2


 Biasa la marah anak gitu-gitu je
sebab terlampau nakal sangat
sekali nangis tak nak bangun-bangun
Si Kakak la yang pujuk hu huu


 Si Kakak angkat adik letak atas reba dia
touching juga bila tengok si Kakak pujuk si Adik
Ashraaf still nangis tapi slow2 je...


Pastu dah xdengar Ashraaf nangis dah
ingatkan dah ok bila Kakak dia pujuk
rupa-rupanya dah TIDUR
alahai mylittle Hero kesayangan Mama
merajuk2 nangis2 sampai boleh tidur.


Esok jangan nakal-nakal lagi ye
hati ibu mana yang xsedih tengok anak dia nangis
tapi kadang2 ibu kena tegas 
dalam mendidik supaya anak-anak Mama
menjadi orang yang berguna pada Bangsa, Agama & Negara.













































Maixara C-Sential 10,000mg yang pertama di Malaysia
Whatsapp/sms/call 017-3008665





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...