nuffnang 3

07 March 2013

Sotong masak dakwat




ASSALAMUALAIKUM....
Salam Hari Penghulu Segala Hari
Jumaat Mubarakah


Selamat Hari Wanita
kepada semua yang bergelar Wanita



Di hari Jumaat yang mulia ini
Qaseh nak kongsi resepi dengan rakan-rakan semua
sebab myhubby sangat sukakannya


Resepi ini dapat dari Mak Ngah 
(mak saudara sebelah suami)
yang tinggal di Terengganu.
Masa Qaseh sekeluarga bercuti di sana
Mak Ngah masakkan Sotong Dakwat ini
MyHubby kata sedap sangat 
sampai tambah 2 3 pinggan nasi.


Jadi, Qaseh pun apa lagi
minta resepi la dari Mak Ngah
Balik je KL terus cuba buat
Alhamdulillah menjadi jugaklah
inilah hasilnya tapi Qaseh tambah dengan sayur-sayuran
dan lebihkan kuah sedikit sebab anak-anak Qaseh suka banyak kuah






Mula-mula pelik jugak kenapa nama Sotong Masak Dakwat 
Masak dengan dakwat pen hitam ke????
rupa-rupanya cecair berwarna hitam dalam sotong tu lah dipanggil dakwat





Bahan-bahannya

1. 6ekor sotong segar
2. 3 cecair hitam sotong (jgn pecahkan dulu)
3. 2ulas bawang putih
4. 3ulas bawang merah
6. sedikit halia
7. 1batang serai
8. lobak merah
9. bunga kobis
10. kacang pea
11. sedikit kunyit
12. sedikit garam
13. planta/minyak masak
14. sedikit air


Cara Masakannya

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak dan planta.
2. kemudian masukkan bawang merah & putih yang telah ditumbuh halus
3. kemudian masukkan pula serai yang dikerat 2 dan dititipkan bersama-sama halia yang potong nipis-nipis.
4. bila sudah naik bau bahan tumisan masukkan lobak merah, bunga kobis & kacang peas gaulkan sebati
5. masukkan sedikit air supaya sayur-sayur tadi empuk
6. baru masukkan sotong dan cecair hitam gaulkan
7. Kemudian masukkan sedikit kunyit & garam
8. biarkan sebentar baru tutup api.













Selamat Mencuba
walaupun hari ini hari Wanita
tetapi kita tetap masak untuk 
suami & anak-anak tersayang

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

aaa sedap nyer!

Kakzakie said...

Oh... sesaja tak buanglah yg hitam tu bagi jadi dakwat ye Qaseh..

Nafira usof said...

sedapnye sotonggggg!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...