nuffnang 3

10 December 2013

Buku Sekolah Darjah satu



Minggu ini dan minggu seterusnya sangat busy dengan persiapan untuk persekolahan sekolah anak. Banyak persiapan yg harus dilakukan maklumlah anak pertama (Ayuni) yang masuk ke Sekolah Rendah means Darjah satu tahun depan.

Hari Isnin lepas baru berkesempatan ke Sekolah Rendah hanya 200meter dari rumah...Alhamdulillah Ayuni dapat Sekolah yang dekat dengan rumah. Bertemankan dengan seorang jiran yang juga anak dia darjah satu tahun depan (kawan tadika Ayuni) tapi Jiran dah ada pengalaman dah 3orang anak dia yang sekolah. yang akan masuk darjah satu ni yang bongsu sekali. 



Inilah Kedai Buku Sekolah Rendah. Siap berpagar & bermangga lagi, mungkin untuk tujuan keselamatan. Nasib baik lah pergi dengan Jiran jadi, memang follow dia je. Dia cakap ambil list buku-buku untuk darjah satu dulu kita tengok dulu tanda yang mana nak beli. Hu huu, aku menurut je sebab aku satu benda pun tak tau first time jadi kenalah ikut orang yang dah berpengalaman.



Qaseh kongsikan list-list buku sekolah untuk darjah satu punya. Tengok dari list tu memang banyak yang nak kena beli. Tapi nasib baik aku ada penasihat (Jiran), dia cakap yang A, B memang kena beli. Yang C & D tu pilih yang mana nak beli sebab bukan barang wajib beli kat luar pun boleh beli. Jadi, list C aku pilih beli buku lukisan je. List D aku pilih beli Kamus sahaja.




Bila sudah pilih kasilah kat kerani Kedai Buku tu, Dia akan tengok list yang kita tanda pastu baru dia akan ambil buku-buku yang kita nak sahaja. Bila sudah dapat Jiran cakap jom check dulu takut dia bagi silap. Aku pun tak terfikir nak check nasib baiklah jiran ingatkan.



Proses check satu per satu buku yang diberi selesai. Banyak ini je buku-buku yang dibeli kira-kira hampir RM60 jugak. Terima kasih sangat pada Jiran sebab dia bagi tau kalau tidak memang semua dalam list tu aku beli kot. Maklumlah teruja lebih bila anak nak masuk sekolah rendah hu huu. Jiran ada cerita dulu masa anak sulong masuk darjah satu mmg dia beli semua yang ada dlm senarai tapi ada juga buku yang mmg tak guna pun sampai habis sekolah. 


Selesai satu perkara, banyak lagi yang kena beli ini...memang kena cukupkan dalam minggu ini juga sebab takut nanti terkejar-kejar masa pulak. Pendaftaran dan Orientasi darjah satu 30 Disember ini. Jadi 2 minggu lagi kena 100% semuanya disediakan.







2 comments:

-iLLa- said...

Murahnya...saya sampai rm200+...tu pun x semua yg dibeli..

Aishah Amin said...

salam kenal :)

Visit my journey to WAHM Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...