nuffnang 3

08 May 2012

Ashraaf kena jangkitan kuman

Assalamualaikum.....


Hari ini sudah 5hari 5mlm berkampung di Hospital Pantai, Bangsar KL. Mylittle Hero kena jangkitan kuman di paru-paru. Bagaimana Ashraaf dapat jangkitan kuman? Serius aku tak tau jawapannya. Banyak faktornya dan penyebabnya Ashraaf dapat jangkitan. Bermula dengan batuk-batuk yang berterusan hingga seminggu kemudian demam dan selsema pulak menyerang selama 5hari kemudian yang paling aku takut bila Ashraaf terkena campak satu badan dengan suhu badan yang sangat tinggi mencecah 39'C, terus aku cakap dengan myhubby untuk rujuk terus doktor pakar disebabkan keadaan Ashraaf yag semakin teruk dan lemah sangat-sangat.


Hari pertama di Hospital, Satu badan Ashraaf dah penuh dgn campak
mata bengkak sbb tidur malam asyik terganggu dgn batuk2 & selsema.


Hari kedua di ward C529
Asyik merengek aje...still demam
Mama tgh makan so Papa lah terpaksa pujuk


Hari ketiga Ashraaf, Pagi tu nampak sihat sikit
main-main dalam katil tak merengkek sangat


Ashraaf kena ambil darah sebab suhu badan dia naik mendadak sehingga 39.7'C
air kencing dan berak dia pun kena check takut ada jangkitan lain.


hari keempat, setelah doktor bagi suntikan antibotik
Ashraaf semakin bertambah baik dan cergas dan ceria
Terima kasih kepada Management & Staff of MRCB
dengan Fruits Basket yang special ni.


Inilah rutin setiap hari Ashraaf di ward
satu hari lebih 5kali kena masuk gas
setiap kali tu jugak dia meronta2 minta dilepaskan
Kesian Anak Mama.


Alhamdulillah,
Petang ini dah boleh discharge
hu huuu...rindunya dengan rumah.
macam manalah keadaan rumah harap2 ok la.

Semoga Adeel Ashraaf kembali aktif dan ceria seperti dulu.
"Mama Sayang Ashraaf sepenuh hati Mama"








8 comments:

Jiejah @ Iza said...

sama plak dgn my adeel .
last month kene campak berserta demam yg x kebah² 2minggu .
sampai kene check darah.
Alhamdulillah skrg dah ok.

moga ashraaf sihat sejahtera. paham sgt hati mak bapak time anak sakit ni huhu

Cik ira said...

insyaALLAH semua akan oke..
sabar ye kak..
tuk asraaf, makan ubat ye .. jgn nakal2 tau..

|| NaFiRaa || said...

alhaiii.. kesiannye~ luluh hati tengok anak sakit kan..
moga cepat sembuh yer~

Kakzakie said...

Tak sampai hati tengok anak-anak kecik kena cucuk sana-sini, kena paksa walau utk kebaikan. Kalau kakak memang dah menangis. Anak kena injek pun kakak tak boleh tengok suruh abang yg pegang...

Moga aqeel terus sihat ye sayang.. auntie doakan.

atty's said...

semoga ashraaf sayang cepat sembuh ya..sian ashraaf..

jemarisuri said...

alhamdulillah dh blh balik...semoga baby cepat sembuh dan ceria smula lepas ni...insyaallah...

ct rahani said...

salam kenal.. sy follow sini yer..

alahai ciannya ashraaf.. semoga cpt sembuh ye syg.. :)

Zie Madini said...

kesian arr dia :( semoga dia cepat sembuh zie doakan...aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...