nuffnang 3

29 May 2012

Borong Kain di Jakel



Assalamulaikum,,,,


Sekian lama tak update blog hu huuu....
bukan nya sibuk atau xde idea tapi ....???...no answer.


Masa cepat berlalu sekarang dah hujung bulan Mei, lagi 2 hari dah masuk bulan Jun. Tak lama lagi je nak masuk bulan Ramadhan then pastu RAYAAA....

Jadi, perancangannya tahun ini nak tempah baju utk satu keluarga sbb tahun lepas beli yg ready made je. Biasalah nak sedondong anak beranak dipagi raya nanti. lagipun baju readymade tak berapa sedap pakai dan kain dia kurang berkualiti. Maka dengan itu, hujung minggu lepas setelah memujuk rayu myhubby akhirnya sampailah ke Masjid India berangkut la sekali mylittle hero dan Ayuni.

Sampainya di Masjid India, teruslah menuju ke Jakel. Masuk je, mata sudah rambang melihat kain2 yang cantik2. Daripada depan ke belakang daripada satu kain ke satu kain tapi belum berjumpa yang berkenan dihati. Bila aku berkenan myhubby pulak tak berkenan nasib baik pembantu Jakel tu sabar je melayan kerenah kami laki bini. Pusing lagi satu round mencari kain yang dikehendaki, Ashraaf dah start merenggek, panas dan nak menyusu. Myhubby dah ajak balik dia ckp nanti dtg sendiri cari dan beli je lahhhh. Pastu aku cakap dah datang ni terus beli la nanti malas nak datang dahh. Aku pergi menyusukan Ashraaf di Surau dulu, sampailah dia tidur barulah aku mencari kain yang diingini. Last2 myhubby decide nak ambil kain yang aku berkenan mula2 tadi.


Nahhh ambil satu gulung kain tu dia borong
*
*
*

Biru turqoise menjadi pilihan tahun ini
15meter tuuu, mmg cukup malah terlebih kut untuk buat
2pasang baju melayu dan 2pasang baju kurung
harap2 ada lagi orang yang nak ambil tempahan




6 comments:

che mid said...

Wah.. biru kita tahun ni!

ct rahani said...

biru turqoise.. memang cantik.. menyerlah gitu..

miloais milo said...

awalnya dah menempah beb...

Zie Madini said...

kenapa lah kat sini takde jakel ek...uwaaaa

Outbound di Malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Nurul Trend said...

Berapa harga 1 gulung ni kat Jakel?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...