nuffnang 3

06 August 2012

Baju Raya dah Siap


Assalamulaikum

Salam 18 Ramadhan 1433 Hijrah


Sudah 2hari tak berapa sihat. Batuk+sakit tekak +demam mmg terlantar tak bermaya je kat rumah. Alhamdulillah masih diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh sayang tau nak tinggal puasa. Jadi bertahan jugak sampai berbuka walaupun tekak perit & batuk tak henti-henti. Disebabkan isteri tak dpt masak my hubby pun beli juadah untuk berbuka dekat bazar ramadhan je. 


Panadol dah telan 2biji slps berbuka & sahur, ubat batuk pun 2sudu sekali pas berbuka & sahur tapi masih belum kurang. mungkin nak kena pergi jumpa doktor jugak ini. Dalam sakit dan terbaring di atas tilam dapat panggilan telefon yang membawa perkhabaran gembira. Baju raya yang aku tempah kat sepupu di kampung dah siap. Ingat lagi tak segulung kain yg aku borong kat Jakel sebelum puasa. kalau tak ingat tgk entry ini .Huu huuu...tak sabar nak balik kampung hujung minggu ini nak ambil baju raya kitaorg sekeluarga.


Hajat di hati nak DIY baju raya aku dengan patch lace + beading macam gambar kat bawah ini.


Credit to Beadmeplease










-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Doa Ramadan: Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu, dengan cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak."
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

wahhwahh...tak sabar nak raya ke? :)

|| NaFiRaa || said...

cantek~ kalo buat sendirik lagi puas hati~

Kesuma Angsana said...

jaga diri yek... mmg cantik ler baju tu

che mid said...

ha ha hilang sakit bila dengar kabo baju dah siap ya... harap2 raya nanti sihat hendaknya ya..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

berapa harga nya bead macma tu ye

Sha Saperi said...

WAHHHH...cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...