nuffnang 3

21 November 2011

Nyaris Maut Kerana Seput Sedut

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia.



Akhirnya Malaysia memenangi pingat EMAS Bola Sepak di Sukan Sea. Memang HEBAT & TERBAIKKK perlawanan malam tadi. Bergema seluruh negara dgn laungan GOLLLL kemenangan malam tadi.

Tapi selepas perlawanan Hati aku bertukar sakit hati + angin puting beliung sbb diaorg main mercun meletup bum bang bum bang sampai Ashraaf yg nyenyak tido terkejut dan terus menangis...GERAMMMM GILER...nasib baik kesabaran aku ada kalo tak mungkin aku dah jadi harimau jadian yg meNGAUMMMM kat diaorg semua.


Baca MyMetro pagi ini
kelakar pun ada takut pun ada
bila baca berita tentang


GADIS TERCEKIK SEPUT SEDUT


Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya malam kelmarin.

Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.
Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.

“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.

“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


- ini mesti kes tengok BOLA KOT -





Moral of the Story

BILA MAKAN JANGAN SAMBIL-SAMBIL TENGOK TV
KALAU TAK JADI MACAM CERITA DI ATAS.




3 comments:

alyyani said...

uish, scary kot!

luahfikiran said...

SALAM,
HARIMAU DAH BAHAM GARUDA ! KALAU DAH KALAH TU, BUAT CARA KALAH LAH ! INI KAN SUKAN !


p/s. DATANG LE ! INI SPECIAL INVITATION. MASA PANJANG DARI 10 PAGI HINGGA 3 PETANG. OK LF DAN ISTERI TUNGGU

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

haha memang kelakar...tp tu la... kadang2 sampai boleh meragut nyawa tu yg takut tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...