nuffnang 3

12 June 2012

Keluh Kasih Bapaku

Assalamualaikum,

Sebelum berakhirnya cuti sekolah (hujung minggu yg lalu), Kami semua balik ke kampung halaman ku (Teluk Intan). Melihat Bapaku yang masih duduk dikerusi roda dengan kaki kirinya masih berbalut dan ibuku yang semakin kurus serta cengkung membuatkan hatiku sayu sangat. Dengan usia yang telah menjangkau setengah abad, Abah dan Mak masih tabah meneruskan kelangsungan hidup walaupun pelbagai dugaan dan ujian mencabar kesabaran mental dan fizikal.

Abah sudah hampir 2tahun menahan sakit akibat luka yg belum sembuh akibat terkena benda tajam di sawah padi. Keadaan luka Abah semakin bertambah teruk sejak akhir-akhir ni, luka semakin merebak dulu luka hanya sebesar duit 50sen tapi kini sudah hampir separuh kaki kiri Abah dan kerap mengeluarkan darah yang banyak. Sudah bermacam-macam ubat dan ikhtiar yang Abah cuba tapi semuanya hampa.

Baru-baru ini, Doktor mengesahkan kaki Abah kena kanser kulit sebab tu tak boleh sembuh. Jadi, doktor minta Abah buat pembedahan bagi membuang keseluruhan tapak kaki kiri supaya kanser pada luka tu dapat dibuang semuanya. Aku dapat merasakan ia satu tamparan yang hebat buat Abah. Abah tak mau melakukan pembedahan sbb tak nak kehilangan kakinya. Lagipun doktor tak menjamin 100% kaki Abah pulih seperti asal. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah swt semoga Abah cepat sembuh dan sihat kembali.

Walaupun kaki Abah sakit tapi Abah jarang mengeluh dengan kami adik-beradik. Tapi sebaliknya yang Abah keluh kesahkan tentang kami 6 beradik. Walaupun sudah 4orang telah berkeluarga termasuk aku dan tinggal berjauhan tapi Abah tetap mengambil berat keadaan kami semua termasuk cucu-cucunya. Hanya tinggal 2orang iaitu adik-adik lelaki aku yang tinggal dengan Abah & Mak. Abah sentiasa mengeluh tentang 2beradik ini, yang sorang dah lebih setahun habis Diploma tapi masih menganggur manakala yg bongsu pula, habis SPM dah tak nak sambung belajar, kerja pun tak nak. Abah meluahkan perasaan kepada aku tentang sikap dan kelakuan 2beradik yang nyata menyakitkan hati Abah & Mak. Memang banyak keluh kesahnya diceritakan pada aku. Aku hanya mampu menjadi pendengar...tapi dalam hati aku sedih sangat-sangat kenapalah adik2 aku buat macam ini kat Abah & Mak.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terasa sebak seketika...!!!
Tak mampu lagi untuk meluah rasa di dada
Cukuplah setakat ini sahaja.



Abah,
Ternyata kasihMu selagi nyawa dikandung badan
Tiada apa yang dapat mengantikan kasih sejatiMu
Terima kasih atas segala-galanya.







- SELAMAT HARI BAPA -











2 comments:

miloais milo said...

sabar nokkk...
kesian ngan abah uols...
iols bab2 sakit ni tak berapa tau lah...
kena tanya kat doktor - ada tak pilihan yang lain...

berkenaan adik2 uols tu - kena slow talk lah ngan depa...
sampai bila nya nak jadik lagu tu aje kan????

Encik Lan said...

Insya Allah ada jalan untuk mengurangkan atau mungkin untuk menyembuhkan. Dah cuba produk Forever Living?
Insya Allah ada penawarnya. Jemput ke blog kesihatan saya di hhtp://penawarsihat.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...