nuffnang 3

20 June 2012

Surirumah berijazah



Assalamulaikum...


"Surirumah Berijazah"
(Tajuk perbincangan dalam Wanita Hari Ini)


^

^

^


Aku adalah Surirumah Berijazah
sepenuh masa

Aku berkelulusan ijazah sarjana muda
Pengurusan Pembangunan
major Pengurusan Projek
Universiti Utara Malaysia
Tahun 2006


4 tahun bekerja di syarikat swasta
Selepas melahirkan Adeel Ashraaf
aku nekad untuk berhenti kerja
kerana aku mahu menumpukan perhatian
membesarkan anak kecilku dan
seterusnya menguruskan rumahtangga
sepenuhnya.


Sekarang sudah setahun aku bergelar
Surirumah sepenuh masa
Alhamdulillah, aku gembira dan bahagia
membesarkan anak-anak sendiri
di depan mata dengan kehidupan kami yg sederhana


^

^

^
Berbaloikah belajar tinggi-tinggi sampai ijazah
tapi akhirnya terperuk di dalam rumah juga.

 
Pendapat aku, Sangat-sangat berbaloi-baloi kerana aku lakukan demi masa depan anak dan keluarga yang tersayang. Memang kita menghabiskan masa bertahun-tahun belajar tinggi-tinggi tapi takkan sama walaupun seminit masa kita bersama anak2 dan suami. Orang kata masa itu emas, jadi masa itu amatlah berharga jadi hargailah masa yang ada untuk melihat anak-anak membesar kerana masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.

Ilmu yg aku dapat masa belajar aku boleh gunakan untuk mendidik dan mengajar anak. Selain itu, dengan ilmu yg aku miliki juga amat berguna untuk menguruskan perbelanjaan/ kewangan dan ekonomi rumahtangga dengan lebih efektif. Jangan ingat Tangan yang Menghayun Buaian Tak Boleh Mengocang Dunia.





1 comment:

Unknown said...

setiap insan ada rezekinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...