nuffnang 3

18 September 2014

Japanese Village di Bukit Tinggi



Salam Jumaat Mubarakah.
Rasa sekejap je dah nak hujung minggu 
belum ada apa2 plan utk hujung minggu ini

^

^

^

Sambungan citer Bukit Tinggi lagi
Daripada Colmar kitaorg naik kereta pergi 
ke Japanese Village yg terletak lebih kurang 2km
perjalanan 5minit je ke sini 

tempat parking kereta adalah terhad
Shutter bus disediakan tapi kena beratur la

Nak ke Japanese Village tu kena naik atas bukit ok
memang agak penat menapak sbb kena daki 45 darjah juga
nasib baik kami pakai sport shoe hari tu


Masing-masing dah kepenatan
dah hampir 7minit mendaki bukit


Sampai ke pit stop 1
disajikan pemandangan dari atas bukit 
yg sangat menyegarkan mata & rasa nyaman
rehat sambil photogedik jap


Mendaki lagi 200meter ke atas 
barulah sampai di papan tanda ini
fuhh lega rasa 
ada banyak jugak tempat boleh pergi kat sini


kita orang decide ke sini dulu
kat sini macam taman yg banyak pokok bunga2 jew


kat dlm Botanical garden terdapat juga Restoran Jepun
namanya Zyo Zan Tei Restaurant


Ini Map kat Botanical Garden tu
kitaorg tak turun sampai bawah pun

Seterusnya kita orang ke Rumah Jepun pulak 
kena daki bukit lagi ke atas
tp kali ini lebih kurang macam jungle trekking pulak


Lebih kurang 3minit daki sampai pintu gerbang ini
posing dulu kena daki lagi hu huu


Daki lagi 2minit sampai lah ke Rumah Jepun ini
Nak pakai kimono kena RM20 seorang


Jalan2 kat area Rumah Jepun ini
mmg agak mencabar berbatu2 & berbukit2
jalan pun kecil & sempit


Spa ini tutup
tumpang bergambar kat situ jap
tempat lain ramai sgt orang hu huu


Ini rumah Jepun kecil je
muat 2@3 orang je kot


Payah benor nak tangkap gambar family
Ashraaf nak main pasir je keje nye


Menuruni jalan berbatu2 untuk turun ke bawah
Ashraaf suka sangat melompat2 kat batu tu

Hampir 45minit kat Japanese village
next place ke Animal Park atau Rabbit Park
hanya 6minit ke animal park dari Japanese Village

Masuk Animal park kena tiket
RM 3 dewasa & Kanak2 (3tahun ke atas shj)

Tak pernah tangkap gambar dengan rusa dekat macam ini
mmg jinak2 rusa kat sini


Kat belakang tu mmg banyak sgt arnab dlm sangkar
tapi bau mmg menyegat la kat sini
nak tangkap gambar punya pasai


Ada juga pot yg dibiarkan arnab berkeliaran 
ramai yg masuk sini tangkap arnab
bagi makan & bergambar


Ada macam2 jenis arnab
daripada warna putih sampai ke warna hitam legam
ini Arnab jenis apa aku pun tak tau


Tak berapa comel arnab ini 
gebu je lebih
ini je yg dapat tangkap hu huu

kat sini juga ada playground
jadi budak2 ini xkisah pun arnab dgn rusa ini
syok duk main kat playground
mama diaorg je yg excited lebih

satu lagi kat sini pun boleh tunggang kuda
budak2 sesuai la sbb kuda dia kecil je
tapi tak ingat berapa bayaran

Masing-masing dah kepenatan
dan masa untuk pulang
pukul 4.30 petang kami semua bergerak pulang ke KL

Lebih kurang separuh hari spend kat Bukit Tinggi
10.30 pagi dari KL - 4.30 petang balik
Untuk yg jauh disyorkan untuk bermalam 
kalau ada bajet lebih
sebab mmg agak kepenatan utk lawat semua tempat
Kitaorg sempat pergi 3tempat sahaja
ada juga tempat yg tak cover habis
apa pun suatu percutian yg seronok.





1 comment:

Unknown said...

kali kedua komen rasanya, sebelum ni akak singgah melalui edisi blog. kena pergi bila balik kl nanti, mcm menarik tgk gambar2 Qaseh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...