nuffnang 3

17 August 2010

Azab Kubur : Peringatan Allah swt kepada HambaNya

Pagi-pagi ini aku terfikir ttg mimpi yg aku alami mlm td. Apa maksud mimpi tu? kenapa ia terjadi dlm mimpi aku? Apa yang telah aku lakukan? banyak pertanyaan yg belum terungkai masih bersarang di mindaku kini.

Aku tak berapa ingat sgt ttg mimpi tu tp yg betul2 aku ingat mimpi aku tu ada tiga kematian serentak dlm satu hari. Org yg meninggal tu pulak org yg aku kenal tp bukan saudara-mara aku. Serius fikiran aku mmg tergangu skrg. kalo nak ckp mimpi tu mainan sekarang kan bulan Ramadhan semua setan dah di ikat.

Aku dpt rasakan mcm ia suatu petanda bg aku supaya beringat, ye lah maybe ada kesalahan yg telah aku lakukan tanpa aku sedari. Ya Allah... Kau Maha Besar, Lagi Maha Mengetahui.

Minggu lepas aku ada terima satu email ttg Azab Kubur, maybe aku terbawa2 sgt ttg cerita ni..

Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt








Dalam Hadis Rasulullah saw : Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang. Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya. Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

5 comments:

Fieza79 said...

ya allah takotnya kalo dgr bab2 azak kubur...moga di ampunkan segala dosa2..huhu

josh healy said...

hi, hope it's ok to contact you here. we would love to include your blog on our giveaway search engine: giveaway scout (http://www.giveawayscout.com). have a look and if interested, use our online form to add your blog (http://www.giveawayscout.com/addblog/ ). thanks, josh

rATu kEBaYA said...

dahsyatnye seksaan kubur... memang takut..

harap dosa2 dapat diampunkan.. amin..

Qaseh said...

Dalam Bulan Ramadhan ni marilah kita sama menginsafi diri.

Mama Nuriel said...

..ngeri tgk pic tu....huhuhuu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...