nuffnang 3

21 September 2011

Demam Panas sangat Bahaya...

Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia, Semalam dpt berita anak akak aku yg bongsu Adam masuk wad hari selasa lepas. then, pagi td akak aku call so, aku pun tanya kenapa adam masuk wad? my sis cakap adam kejang sebab demam panas. Panas dia tinggi sgt sampai 39'C. my sis ckp lagi adam kejang sampai keluar buih. bila my sis ckp mcm tu dada aku tiba2 berderau rasa risau sgt kat Adam. aku tanya lagi apa doktor ckp? doktor kata kena jangkitan kuman. my sis ckp Adam dah ok dah hari ni.


Gambar my Sister dgn Adam
masa hari raya hari tu




Adam yang Cute & Comel




Syukur alhamdulillah Adam dah ok...serius mmg sebagai ibu aku pun dpt rasa apa yg my sis rasa. My little hero baru-baru ni kena sakit telinga pun aku dah risau. dah bawa pergi check doktor tp Dr ckp xde masalah apa2, xde binatang masuk atau taik telinga tersumbat. so dia just bg antibiotik sbb takut kena jangkitan kuman. tapi telinga sebelah kiri je yg kena mmg xboleh sentuh langsung mesti dia akan melalak. 2 3 hari ini mmg Ashraaf asyik meragam je la sbb dia rasa tak selesa dgn telinganya yg sakit.


Jangan ambil mudah jika anak anda demam terutamanya jika demam panas.

Berapa perkara yang perlu dilakukan jika anak kita demam.


1.Mesti monitor suhu badan anak dr semasa ke semasa,
 terlampau panas boleh menyebab serangan sawan 
 (beli satu termometer dengan alarm fever)

2. Dapatkan syrup paracetamol 125mg/5ml.
dos untuk anak 1 tahun ialah 125 mg,
ambil bila perlu, maksimum 4 kali sehari

3.Kalau tak pun cuba dapatkan suppository paracetamol
(ubat masuk punggung) dengan dos 125 mg,
ambil bila perlu, maksimum 4 kali sehari

4. tampal koyok dekat dahi anak terutamanya bila tidur
atau basahkan kepala & rambut anak dengan air sejuk.

5. Mandikan anak anda sekerap yang boleh
untuk menurunkan suhu badan.

6. Kalau boleh, cuba jangan selimutkan anak
dengan selimut yang tebal dan memakai baju tebal
kerana ini akan menghalang haba untuk keluar dari badan.

7. Segera berjumpa doktor jika suhu badannya tidak menurun!



5 comments:

anisalya said...

doc pun akan ckp basahkan anak2 tu kerap sikit kalau demam. anis la kalau demam buat risau semua orang. tambahan pulak dengan sejarah pneumonianya tu. tp dah namanya ibu. dgr anak buah msk wad pun dh buat kita risau kan...

Shaherah said...

mak cakap.. kalau demam.. lap lap kan badan dengan air.. nnti kurang ckit panas nyer.. tp skrg.. lau demam memang kne jumpe doktor kan.. takut laen penyakit..

Sarah Syazwani said...

alhamdulilah sihat anak ur sis..risau juga jd mcm tu..bygkan ank sendiri pun dah risau

LadyBird said...

dr kata telinga tak sakit, xde jangkitankuman.. tp kenapa dia bagi antibiotik? x bgs tuk kesihatan anak2 andai antibiotik diberi tanpa sebab. :(

Khairul Akmal said...

adik saye pun demampanas skang nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...