nuffnang 3

19 September 2011

Cerita sehari sebelum RAYA : Sup Kaki Lembu Vs Ketupat Palas

Sorry lama xupdate...
hari ini just nak kongsi alkisah sehari sebelum menjelang Hari Raya...jom kita ikuti persiapan Raya keluarga Haji Abdul & Hajah Che Basah tahun ni...


Pagi-pagi lagi
Abah pergi pasar beli daging & ayam.


Kaki lembu wajib ada tiap-tiap tahun
sebab anak menantu Abah ni
mmg suka makan "Sup Kaki Lembu"



Kerja-kerja melapah daging dr kaki lembu
ada 4 kaki lembu yg Abah beli
Daging dibuat rendang tok



Anak menantu pun tolong sama
masing-masing sibuk utk persiapan Raya ni



Mak tgh sibuk perah kelapa utk dapatkan santan
nak buat ketupat & rendang



Abang iparku potong kaki lembu dgn kapak
mesti ada skill beb nak potong



kaki lembu ni kena bakar dulu
sampai jadi mcm gambar kat bawah tu



huuu..kaki lembu yg tlh dibakar
mmg dibiarkan hangus hitam legam mcm tu



Kaki lembu td telah di kikis buang yg hitam terbakar hangus td
tinggalkan yg putih berseri je tauu
masukkan kedalam sup yg telah dimasak terlebih dulu



 ni la dia SUP KAKI LEMBU
hmmm mmg sedappp

Tengahari pula, aku & mak pulak sibuk balut ketupat palas lupa nak ambil gambar. Bab ni nak citer lebih skit hu huuu..sebab tahun ni aku telah berjaya buat ketupat palas jantan dgn sekali percubaan. he hee...best sangat-sangat kalo tak asyik jadi ketupat palas betina je.Sbb tu malas nak buat mak sorang2 je dok balut ketupat. Oleh itu, tahun ni aku balut ketupat sampai habis.

nak tau mcm mana rupa ketupat jantan dgn betina
gambar dr google


tengok berbeza kan jantan & betina punya ketupat
tp aku xtau nape org panggil mcm tu
setahun sekali buat ketupat...

Rendang Ayam Tok dan rendang Daging mak laa yg masak. Ada budak kecik ni mmg susah skit nak buat keje. tp semuanya settle satu hari ketupat palas, rendang & sup kaki lembu yg jadi juadah berbuka puasa kami yg terakhir sebelum Raya esoknya.  




3 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

perghhhh....terangkat tngk sup tu...

bab ketupat ni..kakD sampai skg tak pandai nak balut nya...selalu tak jadi...

So Shy Lady said...

salam qaseh

ooo gitu cr buat sup kaki lmbu
meriah, meriah

baru akak tau ktupat ada jantina hehehe..

kakyong said...

salam singgah,

kaki lembu ni renyah nak melayannya... harus lah bersabor dan kuat semangat..

tp kakyong tak berapa gemor sup kaki lembu nih.. jiran sebelah guna sgt sup kaki lembu & rajin pulak tu deme menyiang & menyiapkan nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...