nuffnang 3

14 September 2011

Sambutan Hari Malaysia & Hari Kemerdekaan 2011

As Salam,


Hari ini hari Khamis, esok Jumaat...cutiiii. excitednyee boleh pergi jejalan beraya di open house. Esok ada sambutan Hari Malaysia & Hari Kemerdekaan ke 54 di Dataran Merdeka.



Merdeka, Merdeka, Merdeka


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.[2] Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]



Tema Tahun 2011






Penutupan Jalan Secara Berperingkat Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia 2011

Tarikh : 10hb September 2011 - 16hb September 2011
Masa : Bermula 6.00 pagi

Lokasi :
  • Jalan Travers / Jalan Damansara
  • Jalan Mahameru / Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
  • Jalan Lembah / Jalan Perdana (Masjid Negara)
  • Jalan Munshi Abdullah / Jalan Dang Wangi
  • Jalan Dang Wangi / Jalan T.A Rahman
  • Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Mahkamah Persekutuan
  • Jalan T.A Rahman / Jalan Raja
  • Bulatan Hishamuddin / Jalan Lembah
  • Jalan Tembusu / Jalan Lembah
  • Jalan Cenderasari / Jalan Perdana
  • Jalan Kinabalu / Susur Bukit Aman
  • Jalan Kinabalu / Bulatan Hishamuddin
  • Jalan Raja / Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Pasar Besar / Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Ampang / Jalan Tun Perak
  • Bulatan Dato Onn / Jalan Parlimen
  • Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut
  • Jalan Sultan Ismail / Jalan T.A Rahman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...