Semoga hari penghulu segala hari membawa barakah kepada kita semua.
Ingin aku kongsikan video ini untuk tatapan semua ibu dan bakal ibu terus berazam & bersemangat dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini demi anak-anak yang amat dikasihi. Sesungguhnya Kasih Ibu Kasih Sejati dan Abadi.
Khas Buat wanita yg bergelar IBU, UMI, BONDA, MAMA, MAMI dan sewaktunya.
Ibu Ibu Ibu
Oh Ibuku
Ibulah yang melahirkan ku
Ibulah yang mengandungkan ku
Ibulah yang membesarkan ku
Ibulah Ibu Sejati
Oh Ibuku
Pengorbanan Ibu tiada nilainya
Sanggup bertarung nyawa lahirkan ku ke dunia ini
Sanggup bersusah payah sembilan bulan aku dalam perutmu
Sanggup bersabar dengan karenah ku dari bayi hingga dewasa
Semuanya Ibu sanggup lakukan demi aku
Oh Ibuku
Kasih dan sayang yang kau berikan
tulus ikhlas tidak harapkan belas
Setiap belaian dan pelukan mu
ternyata erat dan mendamaikan jiwa
akan aku ingat selamanya
Ibu Ibu Ibu
Oh Ibuku Terima kasih atas segala-galanya
Terima kasih ya ALLAH
kerana berikan aku IBU
yang terbaik di dunia ini
Khas buat anak-anak Mama (Ayuni & Ashraaf)
Anak-anak Mama
yang amat Mama sayangi
Kamulah bak permata yang berkilauan
menyinari hari-hari Mama
tak kira di saat suka ataupun duka
kamu tetap di sisi Mama
Anak-anak Mama
yang amat Mama kasihi
demi kamu Mama akan terus berjuang
bertekad dan berazam memberikan yang terbaik
walau pelbagai ujian mendatang
akan Mama harungi selagi hayat di kandung badan
Anak-anak Mama
yang amat Mama cintai
Mama ingin melihat kamu membesar
menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa
di dunia dan juga di akhirat
itulah doa Mama setiap hari
Anak-anak Mama
Aisyatul Ayuni dan Adeel Ashraaf
Kasih, sayang dan cinta Mama
hanya buat kamu berdua
Kamulah anugerah terindah daripada yang Maha ESA
yang tidak ternilai buat Mama.
# Moga Ashraaf cepat sembuh daripada demam panas dah 2 hari dah kesian Mama tengok.
2 comments:
Tanpa ibu tiadalah anak, tanpa anak tiadalah ibu, ironinya saling memerlukan kasih-sayang dan doa sesama diiringikan...
itulah hakikatnya.... seorg ibu sanggup mgorbankan nyawanya sendiri demi membawa anaknya ke muka bumi.. kasih syg y x pernah bkesudahan hingga akhir hayat.
Post a Comment