nuffnang 3

12 March 2012

10bulan 12hari dah boleh berjalan



ASSALAMULAIKUM...




Hari yang sangat istimewa dan bakal menjadi sejarah bagi aku kerna Mylittle Hero dah mula berjalan. Bukan hanya satu langkah tapi berlangkah-langkah sampai aku sangat-sangat teruja melihatnya. Dalam usia Ashraaf yang baru mencecah 10 bulan 12 hari, tetapi dah mampu menapakkan tapak kakinya yang comel ke depan sambil mengimbangi tubuhnya daripada jatuh. Sungguh aku bertuah kerana dapat melihat Ashraaf perkembangan dia hari demi hari di depan mata aku sendiri.


Cepatnya Ashraaf dapat Kakinya, Ayuni dulu setahun lebih jugak baru boleh berjalan. Hero Mama sorang ini sangat-sangat maju ke hadapan. Ashraaf juga dah pandai melambaikan tangan kalo kita cakap "babai". Gigi Ashraaf dah masuk 3 batang. Ashraaf juga dah pandai cakap "nak nak" kalo dia nampak kita tengah makan atau lambat suapkan dia makan. Suka sangat panjat dan naik atas sofa. dan satu lagi kegemaran dia suka kutip benda kat lantai atau kat mana-mana masuk mulut (yg ini mmg aku geram).







...MAMA sayang ASHRAAF...









2 comments:

saya tak tipu....nina the mummy n the boys said...

wah!!cepatnye jalan!!

|| NaFiRaa || said...

sonokkan dapat lihat perkembangan anak2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...