nuffnang 3

27 March 2012

Pecah Rumah




ASSALAMULAIKUM...



Hari ini keluar rumah dengan perasaan yang tidak tenteram kerana memikirkan tentang cerita Pecah Rumah yang berlaku di Apartment aku sekarang ini.


Ceritanya disampaikan oleh Kak Ina @ Babysitter Ayuni & Ashraaf. Petang semalam balik je dari kelas terus la pergi ambil Ashraaf kat rumah Kak Ina di tingkat 8. Sampai je depan rumah dia, aku tengok grill luar bermangga siap pintu pun berkunci lagi. Sambil ketuk pintu dalam hati tertanya-tanya la sbb selalu Kak Ina tak pernah kunci grill. Beberapa kali ketuk Kak Ina pun buka pintu dengan buka kunci mangga dia pun terus cerita petang semalam rumah Aiman kena masuk pencuri habis semua bilik di geledah. Bederau darah dengar cerita Kak Ina, dalam kepala macam mana rumah aku sbb terus ambil Ashraaf tak balik rumah lagi...


Kak Ina sambung cerita lagi...pencuri itu dapat laptop sebijik je sbb Mak Aiman tak simpan barang kemas dalam rumah. Pencuri itu masuk masa mak bapak Aiman pergi kerja. Pastu Kak Ina cakap rumah tingkat 14 pun kena pecah masuk jugak minggu lepas waktu semua orang pergi kerja. Pencuri itu dapat habuan besar sebab dapat rantai & gelang emas lebih kurang RM 10k jugak. Barang makanan dalam peti ais pun habis pencuri-pencuri itu kerja kan. yang aku tak boleh tahan itu Kak Ina kata Pencuri itu siap boleh duduk lepak makan-makan lagi. Mmg menangis tuan rumah dia Kak Ina kata. Risaunya aku masa itu sbb barang kemas aku pun aku simpan dalam almari bilik tidur je. Kak Ina kata polis bagi tau kalo barang kemas tu simpan dalam beras kat bawah sekali. Tapi dalam hati aku kata kalaulah pencuri itu angkut sekali beras itu sama la jugak kan.


Aku pulak boleh tanya macam mana pencuri/penyangak tu boleh masuk. Kak Ina ceritalah, pencuri tu guna cecair/asid letak kat mangga jadi cair la mangga tu. pastu pencuri tu pandai buat tombol pintu tu sampai terbuka. Hmmm...pandai betul diaorangkan. Semua kes-kes ini dah dilaporkan kat polis tapi pencuri itu belum dapat di berkas. Tapi aku syak mesti orang-orang yang tinggal kat Apartment ini jugak yelah macam mana diaorang tahu yang tak de orang kat rumah.


Bagi aku ok la pencuri itu masuk masa kita tak ada kan kalo jadi macam MAWI itu, mmg aku trauma seumur hidup tau...Kena ikat pastu diacukan parang lagi mmg masa tu nyawa hanya di hujung parang tu je lahhh....ngeri-ngeri.


Apa-apa pun kita mesti selalu beringat sewaktu keluar atau masuk rumah. Perhatikan tidak ada orang yang ikut kita. Kalo ada kita harus berwaspada, ambil langkah berhati-hati dengan pasang mangga yang canggih dan mahal skit ke. Barang-barang kemas kita pakai atau letak dalam beg bawa pergi kerja atau letak dalam kereta ke.Duit pun kalo boleh jangan simpan banyak-banyak kat rumah, masukkan terus dalam bank. 


Lagi satu jika kita nak keluar pergi kerja, bacalah "Bismillahi tawakal tu Alallah". kita mesti sentiasa berserah kepada Allah. Kita keluar bekerja mencari rezeki, jadi kepada Allah kita memohon supaya rumah, anak-anak dan diri kita dilindungi daripada sebarang kemudaratan.







4 comments:

|| NaFiRaa || said...

isk3... pencuri sekarang nih memang bijak2 kan~ tak terjangkau dek akal neh.. lepas nih kena lebih berhati2 k~

Salina@IbuAqil said...

risaukan.. nak tdo mlm pon risau skrg ni.. ermmmmm!!

miloais milo said...

dah pasang grill pun - masih jugak risau nak tinggalkan rumah...

pencuri skang ni - hebat banget kekdahnya....
ada grill pun depa bleh gak masuk curik...

So Shy Lady (SSL) said...

thanx f sharing. moga jd pringtn utk kita smua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...