nuffnang 3

04 January 2016

suami yg busy anak2 sekolah



Assalamualaikum.....
Pantang hari ke 22


Semalam bermulanya episod persekolahan untuk sesi 2016.....

Ayuni masuk darjah 3 dan yg paling teruja nak tgk mylittle hero Ashraaf yg masuk ke tadika tahun ini.

Pukul 7.10 dah siap 
Punya excited nak g sekolah
Kakak Ayuni dah boleh siapkan diri sendiri
Ashraaf disiapkan oleh papanya

Tahun ini en hubby pulak yg super busy prepare dan handle anak2 sekolah. Daripada malam semalam Hubby bertungkus lumus siapkan apa yg patut



Tolong balutkan buku2 sekolah Ayuni
Hampir 10buah jugak
Tahun2 sebelum ni, kitaorg balut sama2
Tahun ni hubby aje buat sorang
Dah siap balut, nak patah pinggang katanyer. 


Tolong iron tudung sekolah Ayuni 5helai
Baju dan kain sekolah mama dah iron awal2 lagi. Tudung aje lambat iron sbb nak jahit lencana dulu. 


Paginya pulak, en hubby lagilah sibuk 
Pagi2 dah kejutkan si hero tu
Pastu bawa g mandi
En hubby siapkan air suam lagi mandikan si hero sorang tu.
Dengar juga si hero tu nangis kejap
Sbb pagi2 kena paksa bangun dan mandi


Lepas si hero siap, 
en hubby buatkan sarapan pulak
Barulah en hubby siapkan diri dia hu hu
Aku masih atas katil dgn si baby.

Pukul 8 baru en hubby dgn Ayuni dan Ashraaf keluar rumah


Ini masa en hubby daftar dan bayar yuran tadika Ashraaf
Hampir RM300 juga utk yuran dan uniform skali di Tadika Islam Sri Cendana ini.


Nama Ashraaf paling atas sekali
Dapat kelas Saidina Ali
Nama2 semua sedap2 dan ada yg terlampau panjang smpi 4patah perkataan


Sblm register kita try bj uniform dulu
Nak tgk saiz apa yg sesuai dgn si hero ini


Mula2 try saiz M
Tapi nampak besar sgt dgn Ashraaf
Pastu try saiz S pulak
Baru sedang2 elok aje dgn Ashraaf
Jadi tempahlah 2 pasang uniform


Lepas bayar yuran terus cikgu bagi balik
Hari ini barulah masuk kelas 
(next entry citer Ashraaf dlm kelas)
Tapi Ashraaf duk sakan main dan berlari sana sini
Maklumlah kebanyakkannya anak jiran2 jadi ada yg Ashraaf kenal


En hubby tunggu kakak Ayuni habis kelas KAFA pukul 10.30pg baru balik rumah
Balik rumah en hubby bergegas g beli makanan tenghari pulak sbb xsempat dah nak masak. Aku pun xsempat masak sbb ada baby kecik ni mmg susah nak buat keje. Kakak Ayuni nak ke sekolah kebangsaan pulak kul 1 nanti. 

Terima Kasih en hubby sbb sanggup ambik cuti 2hari semata2 nak uruskan anak2 sekolah. Mmg tengok hubby kepenatan ke sana ke sini rasa kesian jugak. Tapi barulah dia rasa kan sbb masa Ayuni dulu aku sendiri yg uruskan semua, dia relax aje. 









1 comment:

Nafira usof said...

hehehe.. memang kelam kabut di buatnye. lagi2 kalo sebelom nih x pernah handle hal2 sekolah anak.
part balut buku tu memang boleh bengkok pinggang.
hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...