nuffnang 3

10 August 2010

Bersahur dipagi 1 Ramadhan 1431 hijrah bagi tahun 2010

Aku tiba2 terjaga dr tidur, pukul berapa ni? terus saja aku lihat jam di handset aku. ehh baru kul 3.50pagi dahh. terover pulak aku ni maybe aku dah set dlm otak aku utk bangun sahur kot. padahal aku dah set kan alarm dlm handset kul 4.10pagi...memandangkan awal lagi aku pun tidur balik coz tggu je sampai alarm berbunyi. lagipun malam tadi aku dah masak nasi siap2 sblm tidur. So, bangun nnt just goreng telur dadar dengan masak sardin je...

Tepat kul 4.10pagi alarm pun berbunyi...aku pun terus bangun pergi ke dapur. aku nak buat telur dadar dulu so aku dah pecahkan 5 biji telur kot. tapi geramnya aku, telur yg pertama yg aku pecah tu dah busuk...nak muntah jugak aku. tapi nak cepat aku abaikan je..terus hidupkan api dapur gas aku, tapi slow je api...dlm seminit mcm tu dah padam ehh kenapa ni? kuali aku pun xpanas lagi. Oh...tidak, gas dah habis mcm mana ni...tak sahur la jawapnya.


Last2 dapat idea, aku kan ada periuk multicooking
(hadiah kahwin dulu).



Dengan pantas aku keluarkan periuk tu dr bawah meja cuci2 sikit coz berhabuk dah lama xguna simpan je. kalo xsilap ni kali yg ke 5 menggunakannya. Dengan senang hati aku mengoreng telur dadar dan pastu aku masak sambal sardin.

Kul 4.50pagi, semuanya dah masak dan terhidang diatas meja sekali dengan air teh O panas. Cabaran seterusnya kejutkan suami dan adik2 ipar aku utk bersahur. Nasib baik semuanya senang bangun kalo tak hangin gak aku kalo diarg liat nak bangun.

Akhirnya semuanya selamat bersahur sekali dengan niat untuk puasa esok hari. Azan Subuh pun telah berkumandang menandakan kita sudah mula berpuasa. jadixboleh makan dan minum lagi sehingga waktu berbuka nanti( jadi tggulah Azan Maghrib pulak ok).

Saya sekeluarga ingin mengucapkan
"Selamat Bersahur & Menjalani Ibadat Puasa dengan Penuh KESABARAN, KETAQWAAN DAN KEIMANAN kpd ALLAH swt".

3 comments:

Anonymous said...

Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
Terima kasih ya kerana berkunjung ke blog Kak G.
Selamat Beribadah.

Azuan said...

selamat berpuasa dan selamat bersahur hehee..

Qaseh Suhaida said...

terima kasih kak G dan Azuan,
semoga semuanya selamat berpuasa dengan jayanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...